BTC USD 54,098.5 Gold USD 1,792.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Twitter Di Halang Di Nigeria Selepas Ciapan Presiden Di Padam

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,173
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,173
Reaction score
4,272
Points
236
Twitter telah dihalang sepenuhnya di Nigeria hujung minggu lalau selepas ciapan dari akaun Presiden Muhammadu Buhari telah dipadam. Ciapan telah dipadam oleh Twitter kerana mengandungi frasa yang mengancam nyawa golongan pemisah Biafra yang inginkan kemerdekaan dari Nigeria yang melanggar terma perkhidmatan.

Pengharaman selama-lamanya diumumkan oleh Kementerian Maklumat dan Kebudayaan menerusi Twitter. Pihak kementerian mengingatkan pengguna yang cuba memintas halangan seperti menggunakan VPN misalnya akan dikenakan hukuman. Pengguna di Nigeria mula melaporkan Twitter tidak boleh diakses sejak Sabtu apabila menggunakan beberapa rangkaian telekomunikasi utama.

Selain menghalang Twitter, Suruhanjaya Penyiaran Nasional Nigeria (NBC) juga memulakan langkah yang akan memerlukan kesemua operasi OTT dan perkhidmatan Internet di negara tersebut mempunyai lesen sebelum dibenarkan beroperasi. Langkah ini dilihat sebagai salah satu cara untuk menyekat kebebasan suara rakyat Nigeria yang menggunakan platform atas talian untuk mengkritik kepimpinan negara.

 

CG Sponsors




Top
Log in Register