[TV] Rona Roni Makaroni

CG Sponsors




misscordelia

CG Top Poster Club
Joined
May 26, 2008
Messages
30,420
Reaction score
62
Points
120
Drama terbaru terbitan Radius One temui penonton mulai 27 November.



JODOHNYAdengan Bront Palarae memang panjang. Setelah digandingkan kali pertamasebagai pasangan kekasih dalam siri Sindarela, kini Sharifah Amani ditemukan semula dengan jejaka tinggi lampai itu menerusi sebuah lagisiri arahan Shahrulezad Mohameddin (Ezad), RonaRoni Makaroni, terbitanRadius One Sdn Bhd.

Bagai ada keserasian antara dua pelakon ini walaupunfizikalnya jauh berbeza. Bakat lakonan cukup besar milik kedua-dua anakmuda ini, disokong cerita yang menarik oleh Ezad sendiri, menjadikansiri lakonan mereka cukup diminati.

Jika tidak lama dulu Sindarela menyentuh hati penontonTV3, mulai 27 November ini pula RonaRoni Makaroni ditayangkan AstroRia. Siri ini menemui peminat kedua-duanya pada setiap Khamis, jam 9malam.

Bukan sekadar Bront yang kembali ke sisi Amani, malah dramakomedi romantik berkenaan turut menyatukan dirinya bersama Ezad yangsebelum ini mengarahkannya dalam Emil Emilda dan Sindarela.

"Saya menerima tawaran menjayakan siri ini kerana Ezad. Diamempunyai kepercayaan pada saya untuk muncul dalam siri televisyen.Dialah yang mula-mula memanggil saya berlakon di TV. Apatah lagi, diaseorang penulis dan pengarah yang bijak. Dia serta pasukannya bekerjakeras dan mereka juga jujur dalam pekerjaan.



"Sepatutnya,watak Rona yang saya bawakan itu dilakonkan pelakon lain. Mungkin sudahmenjadi rezeki saya, maka saya sekali lagi dapat bekerjasama denganpasukan Ezad ini. Lagipun, saya memang merindui tenaga kerja Sindarelaapabila kami menghabiskan enam bulan menyudahkan projek 36 episodprojek itu," katanya ketika ditemui pada majlis pratonton drama komediitu di Mutiara Damansara baru-baru ini.

Menurut Amani, lebih membuatkan dia tertarik dengan projekberkenaan apabila watak yang diberikan kepadanya cukup berbeza daripadaperanan yang pernah dilakonkan sebelum ini.

"Dalam Emil Emilda, saya menjadi wanita yang kurang keyakinandiri dan takut-takut, manakala dalam Sindarela saya memegang watakpengkid. Kini, saya berlakon pula sebagai gadis kampung. Ezad sentiasamencipta watak yang berlainan dan mencabar keupayaan saya," katanyayang menganggap watak Rona cukup 慶omel?dan membolehkannya melepaskansegala yang terpendam di dalam menerusi lakonannya kali ini.

Begitupun, katanya, dalam berbuat demikian, dia turutdibelenggu kebimbangan sekiranya lakonannya dilihat keterlaluan. Apatahlagi apabila Ezad sentiasa mahukan kelainan dalam persembahan.
"Tetapi,sebentar tadi saya dengar ibu saya (Fatimah Abu Bakar) ketawaterbahak-bahak sepanjang sesi tayangan. Bagi saya, itu petanda yangcukup baik. Yalah, siapa lagi pengkritik yang paling dekat dengan sayajika bukan ibu sendiri?" katanya mengakui, penampilannya dalam siriberkenaan kelihatan agak sama dengan ibunya ketika muda.

Kembali bercerita mengenai gandingannya bersama Bront, pelakonberusia 22 tahun berkata, tentu sekali dia amat gembira apabiladipasangkan dengan aktor cukup berbakat itu. Lebih-lebih lagi,kedua-duanya sudah cukup lama mengenali.

Amani dan Bront mula bekerja bersama sewaktu menjayakan filem1957: Hati Malaya kira-kira dua tahun lalu. Keakraban itu diperkuatkanlagi apabila ditemukan dalam Sindarela. Selepas setengah tahun bersamamenjayakan projek terbabit, mereka berpisah seketika sebelumdigandingkan semula dalam RonaRoni Makaroni.

"Bront ialah seorang abang yang saya dan adik-beradik sayayang lain tidak miliki dalam keluarga kami (empat adik-beradikperempuan kesemuanya). Dia seorang lelaki yang cukup baik dan kamiboleh berbincang mengenai apa saja - buku, filem, muzik - ketika beradadi lokasi. Malah, kami juga bergaduh hanya kerana percanggahan pendapatterhadap sesuatu topik.

"Begitupun, apa yang lebih penting, dia memberikan sayadorongan untuk lebih kreatif apabila beraksi di sisinya. Itulahkelebihan apabila kita digandingkan dengan pelakon yang baik," kataAmani memuji.

Selain mereka berdua, siri yang pasti menambat hati denganelemen komedi menarik dan drama kisah cinta ini turut dibintangi IsmaYusoof, Wan Sharmila dan Dira Abu Zahar.

Antara lain, ia mengisahkan percintaan tiga segi antara Roni,Rona dan Gia. Roni ialah pemilik dan tukang masak sebuah restoranPerancis di Kuala Lumpur. Dia mempunyai seorang kekasih, Gia, yangdikenali ketika sama-sama menuntut di Perancis. Rona pula seorang gadiskampung yang datang ke ibu kota untuk mencari bapanya. Takdir menemukandua insan ini dalam situasi yang cukup mencuit hati.

Pada awalnya, Roni tidak menyenangi kehadiran Rona dalamkehidupan dia dan adiknya, Jess. Namun lama-kelamaan keadaan berubah,yang seterusnya menimbulkan dilema antara dirinya dengan dua wanitaberkenaan.


Tak sabar nak tgk..tunggu citer ni di Astro Ria.. :)cgrock

(suka tgk dorang dua ni especially Bront la.. :">)
 
Last edited:
Top
Log in Register