Tutup pusat penggodam

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BEIJING: Polis menutup pusat latihan penggodam yang mengrekrut ribuan orang secara terbuka di Internet dan melatih mereka ilmu melancarkan serangan siber dan menyediakan pelbagai perisian menggodam, semalam.
Operasi dilancar ketika pelbagai pihak mendakwa China menjadi pusat jenayah Internet dan penggodam industri.


Bulan lalu, Google mendakwa akaun e-melnya adalah antara 20 syarikat yang diceroboh penggodam China.


Polis Hubei menahan tiga suspek disyaki menguruskan laman web melatih penggodam, Black Hawk Safety Net yang memberi tunjuk ajar teknik menggodam dan mengedarkan perisian Trojan yang membenarkan penggodam mengakses dan mengawal komputer asing.


Laman web itu mengrekrut lebih 12,000 pendaftar berbayar dan mengaut keuntungan lebih ¥7 juta (RM3.53 juta) manakala 170,000 berdaftar sebagai ahli percuma.


Polis merampas sembilan pelayar, lima komputer dan sebuah kereta dan menutup semua laman web yang berkait dengan Black Hawk. Pihak berkuasa turut membekukan aset bernilai ¥1.7 juta (RM855,883).

Akhbar Changjiang Times melaporkan, operasi itu dilancar hasil siasatan membabitkan 50 anggota polis di tiga wilayah.


Kes itu dirujuk kepada serangan penggodam ke atas sebuah kafe Internet di Macheng, Hubei pada 2007 yang menyebabkan puluhan komputer gagal mengakses Internet hingga lebih 60 jam.


Beberapa suspek yang ditahan April lalu mengaku mereka adalah ahli laman web Black Hawk.


Laman web Black Hawk beralamat 3800hk.com kini tidak lagi boleh diakses tapi notis di forum Internet mendakwa laman web pendua kini beroperasi.


Notis turut memberi jaminan kepada ahli operasi laman web itu akan berterusan dan reputasinya cuba dicalar pengguna Internet.


“Pada masa ini, ada pengguna Internet yang ingin melihat reputasi Black Hawk musnah, menipu ahli dan juga mencuri maklumat. Kita perlu bekerjasama dan menyerang laman web mereka,” ulas notis itu. - AP
 
Sponsored Post

erDrAg00n

Moderator
Joined
Dec 22, 2007
Messages
13,729
Reaction score
5
Points
120
huhuhu...
bestnya law dapat....
den nak hack semua akaun2 yg ada dalam doonia...
pastu anta kat akaun swiss den...
 

zerorise

Active Member
Joined
Nov 16, 2007
Messages
1,063
Reaction score
0
Points
20
Bukan ker Sekolah Penggodam kat Hong Kong??
 

geniusneuro

Banned
Joined
Nov 1, 2008
Messages
19,775
Reaction score
7
Points
115
fuyo, pusat latihan hackersss....

india pon ramai hackers gak...

dgr cte ade diupah utk bekerja di malaysia, ke jage web malaysia...
 

TwiStEd pIps

Super Active Member
Joined
Sep 10, 2009
Messages
7,545
Reaction score
4
Points
65
bez tol.. malaysia takde ke camni.. >:) >:) >:)
 

mohdridzuan®

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Oct 16, 2008
Messages
11,844
Reaction score
38
Points
130
otai2 sume nih...kalau kearah kebaikan xpe gak,
tapi kalau dengki mendengki memang cari bala je
 

lutttfi

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 26, 2007
Messages
7,423
Reaction score
58
Points
70
ade x kelas hack hack nie~
kalo ade pm aku..
hahaha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
29,116
Reaction score
1,076
Points
201
patut la byk tol ip dari HK cube masuk firewall aku ... dam!
 

fix90

Active Member
Joined
Mar 19, 2009
Messages
2,167
Reaction score
11
Points
25
klu ada kat sini kan best..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register