Tusukan Di Leher

CG Sponsors




izack1981

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2007
Messages
10,380
Reaction score
61
Points
120
MUAR: Penantian seorang isteri apabila suaminya tidak pulang ke rumah bekerja di sebuah kilang perabot, di sini, malam kelmarin, berakhir dengan khabar duka apabila lelaki itu ditemui mati dengan kesan tusukan di leher di tepi Jalan Pagoh-Bukit Kepong, Batu 20, dekat sini, semalam.

Mayat Arsidin Ani, 37, dari Batu 23, dekat Lenga, ditemui dalam keadaan terbaring dan bertopi keledar di bawah pokok kelapa sawit beberapa meter daripada motosikalnya oleh seorang pekerja ladang kelapa sawit, kira-kira jam 7.45 pagi.

Polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) pada mulanya menyangkakan kematian mangsa disebabkan kemalangan jalan raya, namun pemeriksaan lanjut mendapati sesuatu mencurigakan apabila menemui satu kesan tusukan pada leher mangsa, manakala telefon bimbit dan dompet mangsa turut hilang.

Jurucakap polis berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

”Polis turut menemui pemutar skru berhampiran mayat mangsa tetapi masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti sama ada ia digunakan untuk membunuh mangsa,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) untuk bedah siasat.

Sementara itu isteri mangsa, Jamilah Osman, 35, yang turut berada di tempat kejadian enggan ditemubual berikutan terlalu sedih dengan kejadian itu.

Kakak ipar mangsa Saniah Osman, 40, berkata beliau dimaklumkan kejadian itu oleh Jamilah kira-kira jam 8 pagi selepas seorang saudara mereka kebetulan melalui lokasi tempat mayat mangsa ditemui.

Katanya, Arsidin yang bekerja di sebuah kilang perabut di Kawasan Perindustrian Pagoh, dekat sini, keluar bekerja untuk syif jam 8 pagi hingga 5 petang tetapi terpaksa bekerja lebih masa sehingga jam 11 malam.

"Bagaimanapun arwah tidak pulang ke rumah selepas lewat malam. Isterinya tidak mengesyaki sesuatu yang buruk kerana menyangka beliau pulang ke rumah ibunya di Batu 28 seperti kebiasaannya sebelum ini sehinggalah diberitahu mengenai kejadian,” katanya.

Kata Saniah, mangsa mempunyai empat anak berusia antara empat tahun dan 13 tahun dan tinggal di Batu 23 selepas berkahwin dengan adiknya.
 
Sponsored Post

infosinar

Active+ Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
3,723
Reaction score
4
Points
35
jd org biasa pun kene rompak..
jd org kaya lg la..
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
bukan ke Malaysia nih SELAMAT, AMAN & MAKMUR...:-?

ada orang tuh kata, tah spe tah lupa lak....:">:">:">
 

ulam

CG Top Poster Club
Joined
Apr 30, 2008
Messages
22,373
Reaction score
59
Points
120
Gila kentang betui skrg nie, hari2 ada yg tumpor dibuatnya...
apa nak jadi ngn tanahair ku..
 

decalXsia

Super Active Member
Joined
Jun 25, 2008
Messages
5,492
Reaction score
100
Points
73
ni mby bala tuhan nk bg ksdaran kpd pmernth spaya jalnkn hukm islm..
tp nk wt cmne,pmrntah yg mmpunyai kbebaln mlmpo 2 hnya tau tdo ja..
 

epbx

Super Active Member
Joined
Jun 9, 2008
Messages
7,015
Reaction score
6
Points
65
ni mby bala tuhan nk bg ksdaran kpd pmernth spaya jalnkn hukm islm..
tp nk wt cmne,pmrntah yg mmpunyai kbebaln mlmpo 2 hnya tau tdo ja..
apasal kau x pegi tlng...
dulu aku tgk kau rajin tlng org:D
 

ADI78

Super Active Member
Joined
Aug 26, 2008
Messages
6,298
Reaction score
17
Points
65
umah paklah mana plak aman skang ni...mlm je perang ngan bini kat katil:eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register