Turun tarif elektrik untuk pendapatan rendah saja

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
KUALA LUMPUR 16 Jan. - Kerajaan diminta tidak menurunkan kadar tarif elektrik secara menyeluruh sebaliknya dihadkan kepada golongan berpendapatan rendah sahaja.

Saranan itu dibuat oleh Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) bagi memastikan mereka yang berpendapatan rendah berpeluang merasai manfaat penurunan tarif elektrik sekali gus membantu meringankan beban.

Setiausaha Agung FOMCA, Muhammad Shaani Abdullah berkata, dalam keadaan ekonomi tidak menentu selain kenaikan harga barang, golongan yang paling banyak menerima tekanan adalah pengguna yang berpendapatan rendah berbanding golongan elit.

"Kalau penurunan tarif elektrik dibuat secara menyeluruh, golongan elit sudah pasti merasai lebih manfaatnya, jadi ini seolah-olah tidak adil,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin, Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor berkata, kementeriannya memerlukan tiga minggu untuk menyediakan tarif elektrik baru yang selari dengan harga gas baru yang dicadangkan oleh Unit Perancang Ekonomi (EPU) di Jabatan Perdana Menteri.

Menurut beliau, ia selaras dengan penurunan harga minyak selain keprihatinan terhadap cadangan pihak industri dalam usaha merangsang ekonomi negara.

Muhammad Shaani berkata, jika penurunan tarif elektrik dilakukan secara menyeluruh, ia turut menggalakkan pembaziran penggunaan elektrik di kalangan pengguna berkemampuan.

Naib Presiden Persatuan Penasihat Pengguna-Pengguna Malaysia (PPPPM), M. Subramanian turut berpendapat supaya golongan berpendapatan rendah perlu diutamakan.

Namun, pada masa yang sama, beliau harap kerajaan tidak mengenakan tarif elektrik pada kadar yang tinggi berbanding sedia ada.

"Apa yang dilakukan oleh kerajaan sekarang wajar dipuji tetapi kita harap kerajaan dapat mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam supaya tidak menekan mana-mana pihak,'' katanya.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, jika kerajaan dapat membuat semakan ke arah pengurangan tarif elektrik, ia mampu memberi kesan kepada kos pengeluaran lain.

Menurutnya, sebagai contoh, sektor perniagaan makanan, pasar raya dan perkilangan merupakan antara sektor yang banyak menggunakan tenaga elektrik bagi tujuan pengoperasian.

"Kalau tarif elektrik diturunkan 15 peratus pun sudah memadai malahan mampu membantu menjimatkan kos pengeluaran sehingga lima peratus,'' ujarnya

Apa punya cadangan nie. Berapa RM sebulan dikira sebagai pendapatn rendah? Kalau RM2000 sebulan hidup kat KL nie belum-tentu cukup tapi kalau dok kat ulu banat RM500 sebulan pun MUNGKIN dah cukup. Abis tu nak kena buat kumpulan ikut negeri pulak ker...:mad::mad::mad:
 
Sponsored Post

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Jadilah... mungkin sedikit membantu......
 

Dianey

Active Member
Joined
Jan 28, 2008
Messages
2,232
Reaction score
72
Points
30
Berapa kerat sangat kerajaan ni membantu.

Baru tadi dengar kat TV Pakbedolah cerita pakej ransangan ekonomi yang akan dikeluarkan oleh kerajaan dekat 7 billion...huhuhu...kroni mana puak la dapat projek2 baru tu...


.
 

ratusanRM

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Apr 8, 2007
Messages
22,690
Reaction score
361
Points
131
apa la KERA jaan ni.... bagi je la semua :-w:-w
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,493
Reaction score
4,245
Points
196
Muhammad Shaani berkata, jika penurunan tarif elektrik dilakukan secara menyeluruh, ia turut menggalakkan pembaziran penggunaan elektrik di kalangan pengguna berkemampuan.

guna pelita ayam, kalau tak nak bazir elektrik.

pukul 10.00 semua kena masuk tidur.
 

gengjawa

CG Top Poster Club, XM Official, Introducing Broke
Platinum Member
Joined
Dec 22, 2006
Messages
33,087
Reaction score
200
Points
123
Muhammad Shaani berkata, jika penurunan tarif elektrik dilakukan secara menyeluruh, ia turut menggalakkan pembaziran penggunaan elektrik di kalangan pengguna berkemampuan.

guna pelita ayam, kalau tak nak bazir elektrik.

pukul 10.00 semua kena masuk tidur.
musim budak sekolah mmg wajib tdo kul 10mlm:D
 

tolong_saye

Junior Member
Joined
Apr 9, 2008
Messages
53
Reaction score
0
Points
6
sedikit membantu tapi bagi rakyat sederhana yang tidak kurang miskinnya, takkan la untuk yg terpilih sahaja?

kesian la kat org seperti kami nih
 
Sponsored Post
Top
Log in Register