BTC USD 62,268.8 Gold USD 2,632.77
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Turun kandungan media sosial keputusan penyedia bukan kerajaan, kata Teo

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
142,616
Paid Membership
Joined
Jun 3, 2013
Messages
142,616
Reaction score
25,591
Points
2,866
Awards
1

Turun kandungan media sosial keputusan penyedia bukan kerajaan, kata Teo​

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan hanya mengemukakan permintaan kepada penyedia mengenai laporan sensitif di media sosial.
27 Feb 2024, 2:50pm

972a9d42-social-media-fmt.jpg


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata penyedia platform media sosial mempunyai garis panduan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan menurunkan kandungan.


KUALA LUMPUR: Penyedia platform media sosial akan membuat penilaian sendiri dan tidak menerima sebarang arahan daripada kerajaan untuk menurunkan mana-mana kandungan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Mengikut prosedur, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengemukakan permintaan kepada penyedia platform seperti Facebook, Tiktok dan X apabila menerima laporan berhubung kandungan sensitif di media sosial.




Bagaimanapun, menurutnya penyedia platform media sosial mempunyai garis panduan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan menurunkan kandungan.




“Mereka (penyedia platform) akhirnya akan membuat keputusan sendiri sama ada mereka setuju dengan pandangan SKMM dan kerajaan.




“Sekiranya sesuatu kandungan diturunkan oleh platform tersebut, bermakna platform itu juga setuju dengan penilaian, judgement dan permintaan daripada kerajaan. Sebenarnya ada juga permintaan daripada kerajaan yang ditolak oleh mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai dakwaan kerajaan menurunkan kandungan di media sosial kerana takut dengan kritikan daripada rakyat.

Teo berkata pada tahun lepas, 7,000 kandungan media sosial yang mempunyai ucapan kebencian berkaitan isu 3R (bangsa, agama dan raja) dan berita palsu diturunkan, berbanding 271 kandungan pada 2022 dan 170 pada 2021.

Selain itu beliau berkata program Klik Dengan Bijak adalah antara usaha Kementerian Komunikasi untuk mendidik generasi cekap digital dan beretika dengan 569 program dianjurkan pada 2023 di seluruh negara.

Antara usaha advokasi lain untuk masyarakat menyemak fakta adalah menerusi portal Sebenarnya.my oleh SKMM dan MyCheck Malaysia oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).



Beliau menjawab soalan asal Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memerangi penyebaran maklumat palsu dan salah maklumat dalam media sosial yang semakin meningkat.
 
Sponsored Post

Lim Sian See

·

Kerajaan nafi padamkan posting dalam media sosial sebab kerajaan cuma minta platform media sosial untuk padam. Bukan kerajaan yang padam. Platform media sosial yang padam atas permintaan kerajaan.

1709092781178.png
 

Isham Jalil

30m ·

Video TitTok saya berkenaan kerajaan keluarkan pesara pencen dari IJN semalam dah hilang dan kena delete. Sebelum hilang, video itu telah viral dan mencapai sejuta views dan beribu reposts dan beribu komen dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Saya syak ini mesti kerja kerajaan Madani ini yang arah hilangkan video ini. Kerajaan Anwar ini hati tisu dan cepat koyak. Ada video viral mengkritik yang mereka senak perut saja mereka terus arah delete. Jika konten melanggar undang-undang berita palsu atau hasutan ada akta-akta untuk tangani. Namun ini bukan sebab konten itu melanggar undang-undang, ini sebab kerajaan tak tahan telinga dan senak perut mendengar perkara yang benar. Mereka senak perut sebab perkara yang dikritik itu betul dan mereka tidak boleh sangkal atau lawan dan satu cara saja untuk hentikan senak ini adalah dengan arahkan platform untuk delete.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching semalam di Parlimen kata kerajaan nafi arah delete konten-konten yang mereka tidak suka tapi kononnya TikTok dan Facebook yang buat keputusan sendiri untuk delete, tapi orang tidak percaya. Teo Nie Ching, TikTok dan Facebook ini ada pejabat di Malaysia, kamu tahu mereka pun akan akur kepada kerajaan di sini. Bila kamu atau kerajaan arah mereka delete takkan mereka nak selalu tolak? Yang kamu arah mereka sebab kamu koyak itu kenapa?

Sebelum kamu jadi kerajaan kamu jerit kebebasan bersuara dan kebebasan media dan sebagainya. Kini bila dah jadi kerajaan konten yang kritik kerajaan kamu delete, kamu buat peraturan kawalan media atas nama “etika”, dan kamu ugut hantar radio car. Macamanalah kamu jadi menteri jika telinga nipis dan kritik sikit nangis.

Teo Nie Ching dan Fahmi Fadzil, konten kamu nyanyi lagu ABCDGST tak mahu delete?

408926546_974639140695303_7682129212278215960_n.jpg
 

Turun kandungan media sosial keputusan penyedia bukan kerajaan, kata Teo​

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata kerajaan hanya mengemukakan permintaan kepada penyedia mengenai laporan sensitif di media sosial.
27 Feb 2024, 2:50pm

972a9d42-social-media-fmt.jpg


Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata penyedia platform media sosial mempunyai garis panduan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan menurunkan kandungan.


KUALA LUMPUR: Penyedia platform media sosial akan membuat penilaian sendiri dan tidak menerima sebarang arahan daripada kerajaan untuk menurunkan mana-mana kandungan, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.

Mengikut prosedur, beliau berkata Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan mengemukakan permintaan kepada penyedia platform seperti Facebook, Tiktok dan X apabila menerima laporan berhubung kandungan sensitif di media sosial.




Bagaimanapun, menurutnya penyedia platform media sosial mempunyai garis panduan sendiri sebelum mengambil sebarang tindakan menurunkan kandungan.




“Mereka (penyedia platform) akhirnya akan membuat keputusan sendiri sama ada mereka setuju dengan pandangan SKMM dan kerajaan.




“Sekiranya sesuatu kandungan diturunkan oleh platform tersebut, bermakna platform itu juga setuju dengan penilaian, judgement dan permintaan daripada kerajaan. Sebenarnya ada juga permintaan daripada kerajaan yang ditolak oleh mereka,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan tambahan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (Muda-Muar) mengenai dakwaan kerajaan menurunkan kandungan di media sosial kerana takut dengan kritikan daripada rakyat.

Teo berkata pada tahun lepas, 7,000 kandungan media sosial yang mempunyai ucapan kebencian berkaitan isu 3R (bangsa, agama dan raja) dan berita palsu diturunkan, berbanding 271 kandungan pada 2022 dan 170 pada 2021.

Selain itu beliau berkata program Klik Dengan Bijak adalah antara usaha Kementerian Komunikasi untuk mendidik generasi cekap digital dan beretika dengan 569 program dianjurkan pada 2023 di seluruh negara.

Antara usaha advokasi lain untuk masyarakat menyemak fakta adalah menerusi portal Sebenarnya.my oleh SKMM dan MyCheck Malaysia oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama).



Beliau menjawab soalan asal Sophia Brodi (GPS-Sri Aman) yang ingin tahu usaha kerajaan dalam memerangi penyebaran maklumat palsu dan salah maklumat dalam media sosial yang semakin meningkat.
alahai Teo...tak yah nak sembang lah....rakyat tau lah..tak yah buat kelakar lah...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register