TXT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 401,492
Paid Membership
Top Poster #1
- Joined
- Mar 15, 2010
- Messages
- 401,492
- Reaction score
- 27,573
- Points
- 2,836
- Awards
- 2
ANKARA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju menukar nama Turki kepada Türkiye atas permintaan negara itu.
Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, surat permohonan negara itu diterima daripada Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu Rabu lalu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung Antonio Guterres, supaya memohon penggunaan Türkiye untuk semua urusan.
Katanya, pertukaran nama negara itu berkuat kuasa sejak surat itu diterima.
Cavusoglu mengumumkan penyerahan rasmi surat itu kepada PBB dan organisasi antarabangsa lain pada Selasa lalu.
“Kami membolehkan PBB dan organisasi antarabangsa lain, melihat perubahan ini kepada menggunakan Türkiye,” katanya kepada Agensi Anadolu.
Turki memulakan langkah menukar nama rasminya yang diiktiraf di peringkat antarabangsa dalam bahasa Inggeris kepada Türkiye pada Disember selepas Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan mengeluarkan memorandum dan meminta orang ramai menggunakan Türkiye untuk menggambarkan negara itu dalam setiap bahasa.
“Türkiye diterima sebagai payung untuk negara kita di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
“Türkiye menzahirkan budaya, tamadun dan nilai rakyat Turki,” kata Erdogan pada masa itu.
Erdogan juga mengesyorkan syarikat menggunakan ‘buatan Türkiye’ untuk barangan eksport mereka dan mengarahkan agensi negeri menggunakan Türkiye dalam urusan surat-menyurat mereka.
www.buletintv3.my

Turki Kini Dikenali ‘Türkiye’
ANKARA: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bersetuju menukar nama Turki kepada Türkiye atas permintaan negara itu. Jurucakap PBB Stephane Dujarric berkata, surat permohonan negara itu diterima daripada Menteri Luar Turki, Mevlut Cavusoglu Rabu lalu yang ditujukan kepada Setiausaha Agung...