BTC USD 28,411.6 Gold USD 1,979.25
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Turki beri akses pangkalan udaranya untuk serang IS.

strom

Legendary Member
gem
Messages
17,846
Joined
Jul 18, 2011
Messages
17,846
Reaction score
4,717
Points
191
WASHINGTON: Turki memberi akses kepada Amerika Syarikat untuk menggunakan pangkalan udaranya sebagai pusat pelancaran serangan terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di kawasan sempadan Syria.

"Maklumat lanjut mengenainya masih dibincang," kata seorang pegawai kanan tentera.

Anggota pertahanan Amerika Syarikat sebelum ini sudah lama beroperasi dari Pangkalan Udara Incirlik di selatan Turki dan kini terdapat kira-kira 1,500 anggota tentera udara di pusat berkenaan.

Pesawat Amerika Syarikat yang mengebom militan IS di Iraq sebelum ini melakukan penerbangan dari Pangkalan Udara al-Dhafra di Emiriah Arab Bersatu (UAE), Pangkalan Udara Ali al-Salem di Kuwait dan Pangkalan Udara al-Udeid di Qatar, yang juga pusat kawalan penting untuk pasukan tentera udara Amerika .

Jet pejuang F-16 Amerika juga ditempatkan di Jordan sejak tahun lalu dan Pentagon sedang berbincang dengan Oman untuk tujuan sama.

Sebagai tambahan, tentera AS juga menggunakan pangkalannya di Diego Garcia bagi penerbangan pesawat B-52, B-1 dan B-2.

Menurut jurucakap Pentagon, dalam perbualan telefon dengan Menteri Pertahanan Turki Ismet Yilmaz, Ketua Pentagon Chuck Hagel mengucapkan penghargaan kepada Turki di atas kesediaan negara itu dalam menyumbang kepada usaha pakatan antarabangsa, termasuk menjadi tuan rumah dan mengendalikan latihan bagi anggota pembangkang Syria.

Terdahulu, Perdana Menteri Turki Ahmet Davutoglu menggesa agar semua pihak memberi sokongan ketenteraan kepada kumpulan sederhana yang membangkang di Syria bagi mewujudkan 'kuasa ketiga' dengan tujuan menumpaskan rejim Damsyik dan militan IS.

Gesaan itu dibuat kerana Turki sebelum ini menerima tekanan supaya mempertahankan bandar Kurdis Syria, Kobani, daripada ancaman militan jihad IS. - AFP

http://www.bharian.com.my/node/11275
 
Top
Log in Register