Tunggang 'Ysuku' Macam Orang 3 Suku

Recommended Brokers


Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,395
Reaction score
2,008
Points
176
19.07.2019 - Butterworth, Tiga remaja diberkas polis ketika berlumba dan menunggang secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 pagi, tiga mereka berusia 16 hingga 19 tahun ditahan ketika berhenti di Hentian Rawat dan Rehat (R&R) Bagan Ajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, sepasukan pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara melakukan Op Samseng Jalanan bermula tengah malam.

Noorzainy berkata, hasil risikan dan pemerhatian di lokasi, pihaknya mengesan beberapa kumpulan motosikal ditunggang secara melulu dan berbahaya bermula dari Plaza Tol Bagan Ajam menghala ke Pusingan U Pelabuhan Pulau Pinang sebanyak beberapa pusingan.

“Pasukannya kemudian bertindak mengekori kumpulan motosikal itu sebelum semua suspek berhenti di R&R Bagan Ajam.

“Hasil pemeriksaan dijalankan, tiga remaja berusia 16 hingga 19 tahun ditahan,” katanya.

Beliau berkata, salah seorang mereka masih bersekolah manakala dua lagi bekerja sebagai tukang gunting rambut dan kedai makan.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan maksimum RM15,000.



Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/477223/tunggang-ysuku-macam-orang-3-suku
 
Sponsored Post

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,817
Reaction score
498
Points
131
Main jalan lurus,apa barang...

Enjin kecik,kalau kerap topspeed harihari ride,boleh jahanam enjin,last nanti kena tukar blok sebab dah haus piston...tu yg kadang terkentut kentut exhaust...

Cuba maintain...enjin kecik,agak agak la bawak...

pergi test meleper dah,asah tayar,kat Kuala Kelawang ker,Hulu Yam ker...baru daring...
 
Last edited:

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
40,235
Reaction score
856
Points
161
why u ride like 3 suku..? becoz u know y-suku not y-setengah..
 

iwak

Super Active Member
Joined
Mar 21, 2008
Messages
7,581
Reaction score
37
Points
70
Laju ke moto ni buat race
 

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
9,395
Reaction score
2,008
Points
176
zaman saya main moto EX-5 full racing spec dari HRC pakai klac bleh tapau RX-Z top speed :D ..
 

Epal10

Active Member
Joined
Jan 20, 2013
Messages
1,147
Reaction score
24
Points
25
Zaman motor honda fame dah berlalu, aku senyum jer tgk budak nk up bangga motor nie
Samalah dgn pelawak yg xada keje dok up moto diaorg nk bgi org view
 
Sponsored Post
Top
Log in Register