Tunai Zuhur sebelum Jumaat
KUALA PILAH: Tiga lelaki warga emas yang dipercayai menunaikan solat Zuhur sebelum solat Jumaat tanpa uzur syarie ditahan pihak berkuasa dalam operasi khas di Maahad Ittiba’ Assunnah, Kampung Parit, semalam.
Sepasukan 60 pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Pilah dan Majlis Keselamatan Negeri diketuai Ketua Operasi JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah menyerbu premis dua tingkat berkenaan, jam 1 tengah hari.
Difahamkan, ketika serbuan, berlaku insiden ‘bertikam lidah’ hampir 10 minit membabitkan seorang lelaki berusia 60-an yang cuba mempertahankan tindakannya tidak menunaikan solat Jumaat di masjid kira-kira 500 meter dari kawasan terbabit.
-- H.Metro