BTC USD 62,762.7 Gold USD 4,339.27
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tunai cek palsu RM825,000

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
BATU PAHAT: Seorang kerani sebuah syarikat pemasaran di sini terkejut apabila mendapati wang RM825,000 dalam akaun bank syarikatnya bekerja lesap, 2 Mei lalu.

Kerani itu menyedari kehilangan wang berkenaan selepas melakukan pemeriksaan penyata kewangan syarikat yang diserahkan bank untuk diperiksa.


Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Din Ahmad berkata, ketika menyemak penyata akaun syarikat, kerani terbabit terkejut kerana beberapa cek sudah ditunaikan dalam jumlah besar.

“Ketika membuat semakan terhadap nombor siri cek yang sudah ditunaikan, kerani itu mendapati cek terbabit masih berada dalam simpanannya. Dia kemudian membuat laporan polis.


“Kerani berkenaan turut melakukan semakan dan mendapati individu terbabit melakukan pengeluaran wang menggunakan cek palsu,” katanya, semalam.


Menurut Din, kerani itu memaklumkan empat cek palsu dikenal pasti diserahkan kepada bank dalam transaksi terbabit.


Din berkata, transaksi bermula pada 14 April sehingga 26 April lalu.


“Hasil siasatan, kami menahan seorang individu dipercayai terbabit penipuan itu.

“Suspek yang berasal dari Klang, Selangor dipercayai berpakat dengan beberapa kenalannya untuk melakukan perbuatan terbabit,” katanya.


Menurut Din, selepas ditahan, kerani berkenaan dibawa berjumpa suspek dan mendakwa tidak mengenali serta tidak pernah berurusan dengan individu terbabit.


Din berkata, biasanya, jika berlaku transaksi yang membabitkan cek dalam jumlah besar, bank akan menghubungi pemiliknya.


“Kerani berkenaan mendakwa telefonnya rosak dan menyebabkan dia gagal dihubungi bank.


“Kami masih melakukan siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, kenalan suspek juga masih diburu,” katanya.


sumber:http://www.hmetro.com.my/articles/TunaicekpalsuRM825_000/Article
 
kayo pakcik sekejap.... kalau ada business ni, phone rosak kena inform bank gak ker.... susah... susah...
 
Ntah ntahy, kerani dia pon pakat sama..... Alasan baik punya, HP rosak.. sebab tu tak boleh di hubungi...
 
kayo pakcik sekejap.... kalau ada business ni, phone rosak kena inform bank gak ker.... susah... susah...

tu yg pelik tu
takkan la dlm opis syarikat tu...dia sorang je pakai telepon :-?
bank tak call boss ke..?

macam la duit tu kerani tu je yg punya.....(suh bank call dia je) :p
 
apa punya alasan la hp rosak. lama tu tarikh transaksinya dari 14 april sampai 26 april, nak dekat2 dua minggu. kerani ni bohong je tu. hahaha
 
Back
Top
Log in Register