Tun Salleh Abas: Menteri tak faham undang-undang jangan cakap isu royalti

CG Sponsors




mdshamz

Active Member
Joined
Dec 22, 2007
Messages
1,394
Reaction score
24
Points
25
KUALA TERENGGANU, Jan 21 — Bekas ketua hakim negara Tun Mohd Salleh Abas berkata, ahli-ahli politik termasuk anggota jemaah menteri dari Umno, yang tidak mahir tentang undang-undang pembangunan petroleum tidak wajar memperkudakan isu pertikaian wang royalti antara kerajaan negeri dan pusat khususnya dalam tuntutan Kelantan sekarang.

Oleh itu tegas beliau, dari segi undang-undang, rakyat kini seolah-olah dikelirukan oleh ahli-ahli politik yang berfikiran sempit tentang selok-belok perundangan dalam isu tuntutan royalti minyak oleh Kelantan dan Terengganu.

“Persoalan yang ada di hadapan kita semua sekarang ialah berkaitan hak sesebuah negeri dalam menuntut royalti dari Petronas, bukannya dari kerajaan pusat.

“Orang ramai mesti faham perkara ini. Sekali lagi saya tegaskan, bukanya dari kerajaan pusat.

“Kerajaan pusat juga mendapat royalti dari Petronas,” kata beliau ketika ditemui di kediamannya di sini.

Timbulnya penafian hak oleh kerajaan pusat terhadap Terengganu dan Kelantan dalam isu tersebut, beliau berkata adalah kerana terdapat unsur politik, lantaran dendam kesumat pemimpin Umno terhadap PAS.

Salleh merujuk sejarah pembayaran royalti minyak kepada Terengganu sebanyak lima peratus, yang dibayar dua kali setahun semasa pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Namun kata beliau, hak itu disekat selepas berlaku peralihan kuasa kerajaan negeri kepada PAS pada 1999. Terengganu dikuasai PAS pada 1999 manakala Kelantan diambil alih oleh PAS sejak 1990.

Salleh antara individu terlibat langsung dengan penubuhan Petroliam Nasional Berhad pada 1974 yang terikat dengan Akta Pembangunan Petroliam 1974 amat memahami matlamat awal penubuhannnya terlalu kecewa terhadap kesulitan yang sedang berlaku sekarang ini. “Ia tidak lain semata-mata kerana hati busuk sesetengah pemimpin Umno. Dulu Terengganu. Sekarang Kelantan pula dinafikan haknya,” katanya
.

Mengulas lanjut, isu tuntutan royalti minyak kini dicemari pelbagai tafsiran tidak jelas dari mereka yang tidak mahir dengan undang-undang kerana politik telah mengatasi kepentingan rakyat.

Tegasnya, bab undang-undang perlu ditelaah secara mendalam oleh ahli politik sekiranya perkara itu ingin dicanangkan kepada rakyat bukannya bercakap berdasarkan kepentingan politik peribadi kerana semata-mata ingin menonjolkan diri di mata ketua.

“Saya amat berharap kepada Tengku Razaleigh Hamzah, bekas Pengerusi Petronas akan membuat penjelasan yang sebaik mungkin demi kebaikan rakyat terhadap hak sebenar dalam menuntut royalti minyak ini,” katanya.

Tengku Razaleigh dijadual memberi penerangan berhubung perkara berkaitan itu di Stadium Sultan Mohd IV di Kota Baru pada 28 Jan ini.

Ditanya beberapa kerat pemimpin Umno Kelantan cuba menjadi hero menafikan hak itu, Saleh berkata, “itulah sifat rakyat yang cuba derhaka pada negeri sendiri.”


Menurutnya situasi begitu tidak menjadi satu perkara yang menghairankan jika tentangan itu datangnya daripada rakyat negeri lain.

“Kalau itu boleh dikira sebagai hasad dengki tetapi kalau dari rakyat negeri sendiri, susahlah nak kata apa pada mereka ini,” ujarnya.

Sebelum ini dua rakyat kelahiran Kelantan dalam jemaah iaitu Datuk Mustapha Mohamad dan Datuk Dr Awang Adek Husein dilabel sebagai tidak ‘cakna’ terhadap kepentingan rakyat negeri sendiri apabila mengambil langkah cuba menolak hak royalti Kelantan sebaliknya terus mempertahan pemberian wang ihsan.

Pemberian wang ihsan kepada Kelantan diumum Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak tahun lalu sebagai ganti royalti dan ia akan dibayar tahun ini.

Ketika diminta mengulas cabaran pemimpin Umno agar isu tersebut dibawa ke mahkamah beliau berpendapat langkah itu adalah pilihan terakhir selepas gagal menemukan titik penyelesaian melalui perundingan.

“Kalau kita tengok kes Terengganu, kes sama lah tu, hingga sekarang masih belum selesai,” katanya.

Menyentuh mengenai pembayaran wang ihsan, Salleh menambah, ia wujud setelah Kelantan membuat tuntutan Royalti.

“Kenapa dulu tidak diberi wang ihsan itu?” soalnya.

“Apa-apa pun yang penting sekarang ini kita semua perlu kembali kepada undang-undang yang dibuat. Khususnya yang berkaitan dengan hak sesebuah negeri terhadap hasil mahsul mereka.

“Dan sesungguhnya itu lah hasrat sebenar penubuhan Petronas,” katanya sambil menyifatkan selagi politik keperibadian menguasai nafsu individu, selagi itu hal ini akan berpanjangan.

Sehubungan itu beliau menyarankan kepada mereka yang tidak terlibat dalam bidang perundangan termasuk menteri-menteri agar berhenti bercakap hal tuntutan royalti yang dibuat kerajaan Kelantan kerana rakyat bukannya bodho.

“Selagi banyak mereka bercakap hal ini, semakin jelaslah kebodhoan dan kedangkalan mereka terhadap undang-undang negara ini,” tambah beliau.
 
Sponsored Post

Halimm

Active+ Member
Joined
Aug 18, 2009
Messages
3,963
Reaction score
14
Points
25
kalau dah hak depa...bagi jer ler...
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
ikut suka UMNO la...

UMNO yang memerintah....:">:">:">
 

renxu

Super Active Member
Joined
Aug 6, 2008
Messages
6,634
Reaction score
213
Points
73
mmg hati busuk depa ni..
 

rajmazwin

Junior Member
Joined
Jan 19, 2010
Messages
73
Reaction score
0
Points
6
argggggggh,aku tak kira ,itu semua duit rakyat,mesti dibagi sama rasa,sama rata,tul tak
 

Kehidupan

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Jan 11, 2008
Messages
25,111
Reaction score
217
Points
123
argggggggh,aku tak kira ,itu semua duit rakyat,mesti dibagi sama rasa,sama rata,tul tak
tak betul, hanya negeri dibawah kerajaan pusat je leh dapat....:">:">:">
 

vizorde

Fun Poster
Joined
Sep 9, 2009
Messages
629
Reaction score
49
Points
20
apa susah2..bagi jerr kat aku..nanti leh aku buat project kat palestine...lagi bermakna :p:))
 

virtualbiz

Active+ Member
Joined
Feb 20, 2008
Messages
4,899
Reaction score
177
Points
33
tak betul, hanya negeri dibawah kerajaan pusat je leh dapat....:">:">:">
habis tu kelantan bawah kerajaan apa kalau bukan kerajaan pusat???? :-?

sepatutnya ayat ko jd mcm ni
"tak betul, hanya negeri dibawah kerajaan BN je leh dapat...." :eek::eek::eek::eek:
 
Sponsored Post
Top
Log in Register