Tun Salleh Abas meninggal dunia

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
Tun Salleh Abas meninggal dunia

January 16, 2021 8:28 AM

Mohamed-Salleh-Abas-bernama.jpg

Khamis lepas bekas ketua hakim negara Mohamed Salleh Abas disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Bekas ketua hakim negara, Mohamed Salleh Abas dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 3.20 pagi tadi.

Berita pemergian Salleh dimaklumkan oleh ahli keluarganya menerusi hantaran yang dikongsi di laman Facebook.

“Dengan amat dukacita ayahanda kami, Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3.20 pagi Sabtu, 16 Januari,” kata catatan itu.

Khamis lalu media melaporkan Salleh disahkan positif Covid-19 dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) dan berada dalam keadaan stabil.


 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
Innalillahi wainna ilaihi Rajiun

Allahu, sedihnya.

semoga Allah merahmati beliau dan meletaknya di kalangan hambaNya yg bertaqwa dan soleh
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
PETALING JAYA : Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas, 91, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.20 pagi tadi di Hospital Sultanah Raja Nurzahirah, Kuala Terengganu, Terengganu. Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak-anaknya dalam aplikasi WhatsApp. “Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohd. Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021. May Allah forgive him and place him amongst the righteous....
https://www.utusan.com.my/.../tun-mohd-salleh-abas.../

Tun Mohd. Salleh Abas meninggal dunia
IMG-20210116-WA0002.jpg


  • 16 Januari 2021, 8:31 am



PETALING JAYA : Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd. Salleh Abas, 91, menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3.20 pagi tadi di Hospital Sultanah Raja Nurzahirah, Kuala Terengganu, Terengganu.
Berita pemergian Allahyarham dimaklumkan oleh anak-anaknya dalam aplikasi WhatsApp.

“Dengan amat dukacita, ayahanda kami, Tun Mohd. Salleh Abas telah kembali ke rahmatullah pada pukul 3:20 pagi Sabtu 16 Januari 2021.

May Allah forgive him and place him amongst the righteous. May Allah reward him with Jannatul Firdaus,” kata mereka.

Terdahulu, Allahyarham Mohd. Salleh yang juga Pengerusi as-Salihin Trustee Bhd. disahkan positif Covid-19.

Allahyarham berasal dari Kampung Raja, Besut merupakan Ketua Hakim Negara pada tahun 1984 hingga 1988.

Beliau juga terkenal sebagai Ketua Hakim Negara yang dipecat semasa krisis Perlembagaan pada tahun 1988, sekali gus mengakibatkan kehilangan pencennya.

Allahyarham juga pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Jertih daripada Pas apabila memenangi Pilihan Raya Umum ke-10 pada tahun 1999.-UTUSAN ONLINE


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,130
Reaction score
12,102
Points
1,906
Rusyainie Ramli

Sebentar tadi ·


Innalillahiwainnailaihirajiun.

Tun Salleh bin Abas, bekas Ketua Hakim Negara telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19.

COVID-19 bukan plandemik. Mereka yang meninggal dek jangkitan COVID-19 bukan sekadar nombor.

Mereka adalah ayah, mak, anak, kakak, abang, adik, suami atau isteri kepada seseorang. Mereka tu penting buat satu keluarga yang mungkin tak ada kena-mengena pun dengan kita.

Kecewa dan sedih saya dibuatnya bila membaca komen yang perlekehkan kematian mangsa COVID-19.

Benar, majoriti hanya berada di Kategori 1 dan 2. Mereka ni sembuh dan mungkin tanpa sebarang komplikasi.

Tapi mengapa kita beria benar memerangi COVID-19 ni adalah kerana, kalau ia menjangkiti golongan berisiko, seperti Allahyarham Tun Salleh, mereka mungkin takkan menang melawan ribu taufan cytokines yang disebabkan virus SARS-CoV-2 tu.

Ada antivaksin mendabik dada mahu dijangkiti SARS-CoV-2. Saya beristighfar panjang sambil mengurut dada. Betul, dia mungkin kebal.

Tapi untuk kita yang lain, yang manusia normal rakyat marhaen entah boleh ke tidak badan kita melawan jangkitan tu dan pada masa yang sama, respons sistem pertahanan padanya tidak sampai mengancam nyawa kita sendiri.

Semoga roh Tun Salleh bin Abas ditempatkan di kalangan mereka yang beriman.

Al Fatihah.

1610758869960.png
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,167
Reaction score
2,607
Points
206
Innalillah al-fatihah
 

cak cibo

Active Member
Joined
Apr 18, 2018
Messages
1,038
Reaction score
492
Points
51
Innallillah wainna Ilaihi rajiun
Allahhummagfirlahu warhamhu
Al Fatihah
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
291,032
Reaction score
12,210
Points
2,376
Al Fatihah
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman
Amin Ya Rabb Alamin
 

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,167
Reaction score
2,607
Points
206
Al Fatihah
Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang beriman
Amin Ya Rabb Alamin
mungkin ada penyakit lain selain faktor usia.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register