Tun Mahathir persoal keputusan ganti jet MiG-29

CG Sponsors




serban hitam

Active Member
Joined
Aug 14, 2009
Messages
1,147
Reaction score
147
Points
33
KUALA LUMPUR, 29 Dis: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mempersoalkan adakah kepentingan orang tengah mempengaruhi keputusan mengisytiharkan jet pejuang MiG-29 Tentera Udara Di-Raja Malaysia tidak dapat digunakan.

"Penjualan dan pembelian pesawat oleh kerajaan mampu memberi keuntungan besar (berjuta-juta) kepada orang tengah.

"Apakah ada kepentingan orang tengah yang mempengaruhi keputusan kondem MiG-29 untuk beli yang baru?" beliau mempertikaikan.

Beliau juga mempersoalkan, dalam keadaan ekonomi negara sekarang, mampukah ratusan juta ringgit dibelanjakan untuk pesawat ganti?

"Jika kita beli ganti lagi ratusan juta diperlukan," katanya

Dr Mahathir percaya, ada cara untuk membaikpulih pesawat pejuang dan pesawat lain.

"Tak bolehkah kita baikpulih MiG-29 ini? Kalau kita tak boleh, orang Rusia mungkin boleh. Mungkin India juga boleh.

"Jika pesawat pejuang yang berharga ratusan juta hanya tahan 20 tahun, lebih baik kita tidak ada pesawat pejuang," kata beliau dalam blognya.

Beliau mengingatkan, walaupun pesawat tentera Rusia lebih murah daripada buatan Amerika, tetapi wang yang banyak terpaksa dibelanja juga ratusan juta ringgit akan hilang jika pesawat yang ada diisytiharkan tidak boleh digunakan lagi.

Beliau membangkitkan, banyak negara-negara lain, termasuk India, menggunakan pesawat ini.

"Apakah mereka juga tidak dapat guna MiG-29 mereka lebih daripada 20 tahun?

"Apakah mereka sudah kondem pesawat MiG mereka seawal ini?"

Beliau juga mengingatkan, walaupun pesawat Amerika kononnya tahan lebih lama, tetapi apabila wang untuk membeli MiG-29 digunakan untuk membeli pesawat F/A-18, "akhirnya kita tahu syarat ketat yang dikenakan oleh Amerika Ayarikat".

"Mereka tidak beri "source code" yang mana ini menghadkan kegunaan F/A-18 untuk pameran sahaja," katanya.

Dr Mahathir berharap, kerajaan membatalkan keputusan untuk mengisytiharkan MiG-29 tidak boleh digunakan dan pesawat sedia ada dibaikpulih.
 
Sponsored Post

KayoSokmo

Banned
Joined
Jul 25, 2009
Messages
882
Reaction score
4
Points
15
aku sokong pandangan Tun..... buat pe nak buang duit... benda buleh direpair.... saja jea nak bagi jalan nak dapatkan duit kopi agaknya
 

bboymuiz

Active Member
Joined
Sep 23, 2008
Messages
1,198
Reaction score
11
Points
25
tapi standard la orang malaysia....
habis madu sepah dibuang....
pendapat orang lama macam tu mane nak didengar...
apew pon aku tetap sokong tun walaupon aku xpro gomen....
hahaha
 

internetbizjunior

Active Member
Joined
Jan 3, 2009
Messages
1,986
Reaction score
10
Points
25
mig-29 jnji ade jet pejuang sudeh...
lg2 ganding ngan sukhoi...
dh kire ok arh tuh...
lebey baek buat LRT ker? ape ker?
naek taraf jalan ker? kn lg berfaedah utk rakyat...
 

bujanglapok

Active+ Member
Joined
Aug 20, 2008
Messages
3,272
Reaction score
74
Points
30
Kalau tak beli kapalterobang baru
macamana aku nak kaya????

cuba ko jawab sikit
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Di saat ekonomi & reserve negara yg makin berkurangan
Still terfikir dek akal untuk membelanjakan beratus2 juta?
Cakap suruh berbelanja secara berhemah...tapi..
Kat hospital kerajaan skrg ni pun budget dah potong 20%
Lepas ni mesti ramai komplen ubat kena ambil setiap 1-2 minggu
 

qba437

CG Top Poster Club
Joined
Oct 20, 2008
Messages
32,537
Reaction score
92
Points
120
bukan dah ada ke thread nih...:-?
 

Mr.81

Active Member
Joined
Jul 5, 2009
Messages
1,401
Reaction score
4
Points
35
duit jual enjin F5E dah abih ler....
leh jual enjin MIG-29 laks...hahahaha hampeh....
 

alkbar

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2008
Messages
3,723
Reaction score
65
Points
30
apa2 pun semua faktor kene ambil kira.kalau kilang dia ckp shelf life dia 20thn apa boleh kita buat.berkenaan body dia ataupun kerangka kita pggil.kalau digantikan alat ganti pun hnya alat ganti sahaja yg dlm keadaan terbaik tp bkn kerangka dia.apa kata kalau kerajaan membeli kerangka yg baru tp berapa kos dia pun xtau la.pikir la mana yg terbaik.utk pengetahuan komponen alat ganti pesawat mig 29 sngt mahal.mahal dari segi markup harga atau mmg alat ganti tu mahal aku pun x pasti la.mahal atau murah pesawat pejuang nak x nak mmg nak kene ada jugak.klu bkn utk perang pun utk tujuan latihan kpd tentera udara kita pada masa kini and masa akan datang.kalau rasuah dihapuskan dh tentu kita boleh beli lebih bnyk lagi pesawat setidaknya kita x merasa beban keatas pembelian alat ganti utk membaik pulih pesawat utk pejuang yg berjuang utk mempertahankan bangsa dan negara kita.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register