BTC USD 37,827.0 Gold USD 1,792.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Mahathir mahu saya letak jawatan kerana tentangan orang Melayu - Tommy Thomas

kopirait

CG Top Poster Club
gem
Messages
39,304
Joined
Apr 18, 2010
Messages
39,304
Reaction score
3,007
Points
266
Awards
1
41582362337_TommyThomas.jpg


KUALA LUMPUR: Bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas mengakui perletakan jawatannya adalah atas kehendak Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam buku terbaharunya berjudul “My Story: Justice in the Wilderness”, Thomas berkata, biarpun beliau dilantik oleh bekas Perdana Menteri itu, namun orang yang sama juga yang memintanya mengundurkan diri.

Kata Tommy, alasan yang diberi ialah tentangan daripada orang Melayu.

Dalam prolog buku itu, Tommy juga mengimbas detik ketika Dr Mahathir memberitahunya Yang di-Pertuan Agong telah meluluskan pelantikannya sebagai Peguam Negara pada Jun 2018.
"Tun mahu saya mengundurkan diri kerana orang Melayu tidak bersetuju dengan pelantikan saya.

"Saya sangat terkejut. Beliau mahu saya meletak jawatan pada keesokan harinya. Peluang paling berharga dalam hidup saya terlepas begitu sahaja, sebelum saya sempat menarik nafas,” tulisnya dalam prolog buku berkenaan.

Buku berkenaan diterbitkan oleh Pusat Pembangunan Maklumat dan Penyelidikan Strategik dan digambarkan di laman web Gerakbudaya sebagai "pendedahan pertama oleh pegawai kanan kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengenai pencapaian, kekecewaan dan kegagalan pentadbiran bukan daripada Barisan Nasional selepas 60 tahun Malaysia merdeka”.

Buku tersebut turut mendedahkan tentang bagaimana Thomas membuat keputusan penting, termasuk pendakwaan terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak; ahli perniagaan Low Taek Jho (Jho Low); bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB) Arul Kanda Kandasamy dan Goldman Sachs kerana peranan mereka dalam skandal 1MDB, terutama mengenai pelbagai pendakwaan yang berkaitan dengan skandal tersebut.

Buku ini akan mula dijual pada 30 Januari, tetapi boleh dipesan lebih awal melalui laman web Gerakbudaya.

 
Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
22,395
Top Poster #4
Joined
Jun 17, 2007
Messages
22,395
Reaction score
3,213
Points
261
Awards
1
Nak kene beli buku ke acaner ni :D
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
1612091471398.png


Thomas, Muhyiddin tak sehaluan isu LTTE walau Dr M puas hati
Diterbitkan 31 Jan 2021, 12:14 pm

Dikemaskini 3:52 pm



Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin dikatakan bertegas mahu 12 individu yang dikaitkan dengan kumpulan Harimau Pembebasan Tamil Eelan (LTTE) didakwa, kata Tommy Thomas.

Mendakwa sebegitu dalam memoirnya bekas peguam negara berkenaan menambah Muhyiddin sebelum itu cuba menggunakan pengaruhnya - sebagai menteri dalam negeri kerajaan Pakatan Harapan (PH) ketika Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan peruntukan Akta Kesalahan Keselamatan (Akta Langkah-Langkah Khas) 2012 atau Sosma tidak berperlembagaan semasa digunakan untuk menolak jaminan ke atas suspek terbabit.

Pengisytiharan itu membolehkan Adun Gadek yang mewakili DAP, G Saminathan, mengemukakan permohonan ikat jamin.

Percaya hakim perlu menggunakan budi bicara untuk menentukan sama ada ikat jamin wajar diberikan atau tidak, Thomas berkata dia membuat keputusan agar Jabatan Peguam Negara tidak mengemukakan rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi tersebut.

Bagaimanapun, kata Thomas, Muhyiddin berpendapat sebaliknya.
"Banyak tekanan diberikan kepada saya oleh menteri dalam negeri (Muhyiddin) agar saya membuat rayuan. Bahkan Muhyiddin menulis surat kepada perdana menteri (Dr Mahathir Mohamad) meminta untuk ia diputuskan.

"Kabinet memutuskan bahawa ia adalah isu undang-undang dan harus diserahkan kepada saya seperti persoalan lain dalam undang-undang. Tetapi Kementerian Dalam Negeri marah kepada saya," kata Thomas.
Pendedahan itu adalah sebahagian daripada kandungan pengantar dalam memoir Thomas berjudul My Story: Justice In The Wilderness yang diterbitkan baru-baru ini.

Tidak realistik untuk diteruskan
Thomas merupakan peguam kanan yang dilantik menjadi peguam negara oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas gabungan itu menguasai Putrajaya pada 2018.
Dia bagaimanapun melepaskan jawatan itu selepas PH dijatuhkan melalui Langkah Sheraton pada penghujung Feb 2020.

Kata Thomas pada 21 Feb tahun lalu dia menggunakan kuasa perlembagaan yang ada padanya untuk tidak meneruskan pendakwaan ke atas 12 suspek LTTE itu apabila percaya pihak pendakwaan tidak mempunyai kes yang kuat untuk mensabitkan mereka.

Keputusan itu, katanya Thomas, meletakkan dia dan Muhyiddin tidak sehaluan sekali lagi dan kumpulan-kumpulan pendesak kanan menyerangnya dengan hebat.
Sebelum mengeluarkan kenyataan memaklumkan keputusan tersebut, katanya, dia memberikan taklimat kepada Mahathir bahawa tiada peluang realistik untuk mesabitkan mana-mana daripada suspek terbabit.

9272951928a3fdbf8f8ebbc492acbf79.jpg


Kata Thomas Mahathir berpuas hati dengan penjelasan berkenaan dan menyerahkan isu tersebut untuk diputuskan.
Untuk rekod antara tuduhan yang dikenakan ke atas 12 individu berkenaan ialah memiliki gambar V Prabhakaran iaitu pemimpin LTTE yang terbunuh pada Mei 2009.

Thomas menganggap tindakan suspek terbabit menyimpan gambar Prabhakaran sama seperti seseorang yang mengagumi tokoh komunis termasuk Vladimir Lenin, Joseph Stalin, Mao Zedong dan Che Guevara.

07a73cf9f5af0e02734aba0f8e356f3d.png


Untuk rekod Tengku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Iskandar pada awal bulan ini menyatakan - di Instagram - bahawa Guevara adalah salah satu idolanya.
"Memiliki gambar (komunis) mereka dan tokoh lain dalam telefon genggam seseorang atau di akaun Facebook tidak menjadikan seseorang itu pengganas.

"Hanya kerana pemimpin terbabit menggunakan keganasan atau tindakan ganas untuk mencapai tujuan politik mereka tidak bermaksud penyokong terbabit harus dianggap pengganas atau sedang merancang tindakan pengganas," kata Thomas.

Keputusan dia menggugurkan tuduhan ke atas 12 individu itu dibuat beberapa hari sebelum Muhyiddin melakukan tindakannya membawa Bersatu meninggalkan PH, sekali gus membawa kepada jatuhnya gabungan yang mendapat mandat rakyat pada 2018.

Thomas berundur daripada jawatan peguam negara dua hari sebelum Muhyiddin mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru menggantikan Mahathir.
Kata Thomas, tanpa persefahaman berhubung isu LTTE, mustahil untuk mereka bekerjasama dalam kerajaan.

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Agong mahu Wan Azizah jadi PM interim, tapi Dr M calon diri sendiri walaupun sudah letak jawatan, kata Tommy Thomas

January 31, 2021 12:57 PM

tommy-Thomas-mahathir.jpg

Tommy Thomas berkata tindakan Dr Mahathir Mohamad meletak jawatan sebagai perdana menteri dan kemudian mencalonkan diri untuk terus memegang jawatan itu secara sementara “berkemungkinan tidak pernah diambil oleh sesiapa dalam sejarah moden politik.”

PETALING JAYA: Bekas peguam negara Tommy Thomas menyifatkan tindakan Dr Mahathir Mohamad sebagai “pelik” apabila meletak jawatan perdana menteri, tetapi kemudian mahu dilantik memegang jawatan itu secara sementara.

Thomas berkata, selepas Mahathir melepaskan jawatan itu Feb lalu, peruntukan perlembagaan membolehkan timbalan beliau ketika itu, Dr Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai pemangku perdana menteri.

Ini bagi membolehkan kerajaan Pakatan Harapan (ketika itu) menamakan calon baharu untuk menerajui kerajaan.
Thomas berkata, Agong bertindak mengikut perlembagaan dan mahu melantik Wan Azizah sebagai pemangku perdana menteri atau perdana menteri interim.

“(Namun) Mahathir mencalonkan diri,” untuk jawatan sementara itu, walaupun sudah berundur sebagai perdana menteri, kata Thomas.

Beliau berkata, tindakan Mahathir meletak jawatan sebagai perdana menteri dan kemudian mencalonkan diri untuk terus memegang jawatan itu secara sementara “berkemungkinan tidak pernah diambil oleh sesiapa dalam sejarah moden politik.”

Thomas menulis demikian dalam bukunya berjudul “My Story: Justice in the Wilderness” yang mula dipasarkan hari ini.

Beliau berkata, selepas dilantik sebagai perdana menteri interim, Mahathir bertindak memecat keseluruhan jemaah menteri lantikan Pakatan Harapan.


Thomas menyifatkan siri tindakan Mahathir itu sebagai pelik dan tidak boleh dipertahankan.

Thomas turut mendedahkan sehari selepas meletak jawatan dan berstatus perdana menteri sementara, Mahathir memaklumkannya bahawa beliau mempunyai sokongan semua 222 Ahli Parlimen untuk menubuhkan kerajaan perpaduan.

Namun, rancangan itu tidak menjadi apabila Muhyiddin Yassin dilantik perdana menteri selepas menubuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dengan kerjasama PAS, Umno dan beberapa parti di Sabah dan Sarawak.

Dalam buku itu, Thomas berkata beberapa tindakan “aneh” Mahathir menyebabkan kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan yang memperoleh mandat rakyat pada pilihan raya umum lalu.

Thomas berkata, kerelaan Mahathir melepaskan jawatan perdana menteri Feb lalu “tidak boleh dijelaskan” kerana beliau cukup arif mengenai kuasa-kuasa luas yang ada padanya selaku perdana menteri.

“Kalau ada seorang ahli politik dalam sejarah moden yang cukup arif mengenai kuasa yang dipegang oleh penyandang (jawatan PM), beliau adalah Tun Dr Mahathir.

“Malah Tun sering digambarkan oleh pembangkang, media tertentu dan pengkritiknya sebagai diktator. Beliau memperoleh kuasa daripada kedudukannya sebagai perdana menteri,” kata Thomas dalam buku itu.

Apa pun, Thomas berkata peletakan jawatan oleh Mahathir sebagai perdana menteri pada 24 Feb “tidak dapat dipertahankan” kerana ia “mengakibatkan kejatuhan kerajaan PH, yang mengecewakan majoriti pengundi PRU14.”

Dalam buku itu, Thomas berkata Umno dan PAS setuju bekerjasama dengan Mahathir menubuhkan kerajaan perpaduan dengan syarat beliau (Thomas) meletak jawatan sebagai peguam negara dan Lim Guan Eng digantikan sebagai menteri kewangan.

Thomas berkata, Mahathir memaklumkan bahawa PAS dan Umno menganggap beliau rasis kerana tidak mahu mendakwa kumpulan suspek yang ditahan atas tuduhan menyokong kumpulan pemberontak Sri Lanka, LTTE.

Beberapa daripada mereka yang ditahan polis ketika itu adalah pemimpin DAP.

Berdasarkan permintaan Umno dan PAS itu, Mahathir meminta Thomas meletak jawatan dan beliau berbuat demikian pada 28 Feb lalu.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Dr M told me to avoid open court proceedings in Naik’s case, says Thomas

January 31, 2021 4:11 PM

zakir-naik-bernama-111118-11.jpg

No country wanted Zakir Naik, says a newly published memoir by former attorney-general Tommy Thomas. (Bernama pic)

PETALING JAYA: Former attorney-general Tommy Thomas said Dr Mahathir Mohamad informed him to avoid any open court proceedings in attempts to extradite controversial preacher Dr Zakir Naik.

The lawyer said he met the then prime minister to brief him on the Naik issue sometime in 2018.
Prior to his meeting with Mahathir, the Indian high commissioner met Thomas to discuss Naik and they wanted Malaysia to “expel him from our shores”.

“He (high commissioner Shri Mridul Kumar) was frank. The India-Malaysia relations would not be on an even keel unless the ZN issue was resolved to India’s satisfaction.

“He also agreed that instituting extradition proceedings against Naik in our courts would exacerbate tension.

“I then briefed Tun (Mahathir) on the matter and he agreed any form of court action must be avoided at all cost because that was what exactly Naik would prefer; a platform for him to spew his poison,” Thomas wrote in his memoir, “My Story: Justice in the Wilderness”, on sale now.

He also said he suggested for Naik to be expelled from Malaysia so that “it would be his responsibility to find a home other than India”.

However, he said Mahathir did not accept this solution and told him to leave the matter to him.


“Over time, when I brought up the Naik matter, his response was the same, and that no third country was willing to accept him,” he added.

Thomas said he also spoke to Inspector-General of Police Abdul Hamid Bador over Naik and was told the police wanted to have Naik removed from Malaysia.

“Tan Sri Hamid said despite their best endeavours, no Muslim country in the world wanted Naik.

“I have mentioned several countries but IGP replied that each of the countries had declined to have Naik,” he said.

Thomas went on to say he was “puzzled” at why his advice over Naik was not accepted by Mahathir.

“At that time, Tun was concerned with adverse religious and racial sentiment concerning the expulsion of Naik (not extradition).

“Tun was constantly haranguing the Malays for being indolent,” Thomas said, adding that if Mahathir had taken his advice and acted on it, Pakatan Harapan would not have suffered politically for long.

Thomas said that the “controversial and notorious” figure was granted permanent resident status by then deputy prime minister and home affairs minister Ahmad Zahid Hamidi, apparently against the advice of the Special Branch.

“The principal criticisms against Zakir Naik were that he publicly attacked other religions, and he was partisan to PAS and Umno, thereby interfering with our domestic politics. As a foreigner, he had no business engaging in either activity.

“So long as Umno was in power, Zakir Naik had a safe haven in Malaysia. India had written formally to Malaysia seeking his extradition while Najib was prime minister. It was never considered.”



U-turn on ratifying Rome Statute

Thomas also spoke about PH’s decision to ratify the Rome Statute had “substantially damaged the credibility of the coalition”. The Rome Statute is important as it established the International Criminal Court.

“The disinformation surrounding the Rome Statute was classic Trump-style politics and it succeeded.”

He said some academics had made a false case to frighten Malaysians.

Thomas pointed out then foreign minister Saifuddin Abdullah was “most keen for Malaysia to sign on”, and the former minister in the Prime Minister’s Department for national unity, P Waytha Moorthy, was its biggest backer.

The lawyer said both ministers faced resistance from the civil service, led by the AG’s Chambers and Wisma Putra over the Rome Statute, prompting him to call for a meeting and invited NGOs, as well as Waytha and Saifuddin to sit with the civil servants.


“I attended and gave my personal opinion favouring entry. Noor Farida Ariffin, former ambassador to The Hague and also senior AGC officer, was happy with my advice.

“I followed up with an opinion to the prime minister and briefed him,” Thomas said.

He also said he was invited to the Conference of Rulers and briefed most of the state rulers after the Rome Statute became controversial.

“I explained the legal position and gave my opinion.

“Many questions were asked and I endeavoured to answer to the best of my ability. It was a frank discussion lasting about 45 minutes,” Thomas added.



He cheekily mentioned that the session was “similar to submitting to a court of nine judges” when he had a brief conversation with the grand chamberlain after the meeting.



 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Kamarul Yusoff

· 7j ·

PENGKHIANATAN TERUK TUN DR MAHATHIR KINI TERDEDAH

Menarik sekali pendedahan mantan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, di dalam buku “My Story: Justice in the Wilderness” terbitan SIRD yang mula berada di pasaran semalam.

Paling menarik bagi saya tentulah pendedahan Tan Sri Tommy mengenai peranan Yang di-Pertuan Agong di dalam tempoh peralihan kuasa, iaitu bahawa:

1) Yang di-Pertuan Agong merayu kepada Tun Dr Mahathir Mohamad supaya kekal menjadi Perdana Menteri tetapi Tun Dr Mahathir bertegas mahu meletakkan jawatan yang menyebabkan Yang di-Pertuan Agong tiada pilihan lain selain menerima perletakan jawatan tersebut.

(2) Tun Dr Mahathir tegas bahawa Kabinet mesti dibubar (insisted that the Cabinet must be dismissed) ekoran perletakan jawatan beliau sebagai Perdana Menteri dan ini terpaksa diterima oleh Yang di-Pertuan Agong menyebabkan sejumlah 50 Menteri dan Timbalan Menteri hilang jawatan.

(3) Yang di-Pertuan Agong sebenarnya mahu melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Perdana Menteri Interim tetapi Yang di-Pertuan Agong tidak dapat berbuat demikian kerana Tun Dr Mahathir mahukan beliau sendiri dilantik sebagai Perdana Menteri Interim tersebut.

Sangat menarik juga pastilah pendedahan Tan Sri Tommy bahawa Tun Dr Mahathir menyebut kepada beliau di dalam pertemuan mereka pada 25 Februari 2020 bahawa:
(1) Tun Dr Mahathir mempunyai sokongan sebulat suara daripada 222 Ahli Parlimen untuk menjadi Perdana Menteri.
(2) Tun Dr Mahathir akan mempunyai kuasa penuh (“a complete free hand”) di dalam Kerajaan Perpaduan beliau.
(3) Jawatan parti tidak akan diberi pertimbangan oleh Tun Dr Mahathir untuk lantikan Kabinet Kerajaan Perpaduan.
(4) Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng tidak akan menjadi sebahagian daripada Kabinet Kerajaan Perpaduan.
(5) Tun Dr Mahathir terpaksa memecat Tan Sri Tommy sebagai Peguam Negara kerana ini adalah syarat UMNO dan PAS.

Buku Tan Sri Tommy ini adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa ini dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Lebih penting lagi, buku Tan Sri Tommy ini juga adalah bukti jelas bagaimana Tun Dr Mahathir telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya rakan-rakannya di dalam PH, khususnya Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng.

Tidak dapat dibayangkan jika pemimpin-pemimpin seperti Datuk Seri Anwar, Datuk Seri Dr Wan Azizah dan Lim Guan Eng masih sanggup bekerjasama dengan Tun Dr Mahathir setelah beliau dibuktikan telah mengkhianati dengan seteruk-teruknya mereka.


1612092279743.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Abdul Rahim Hilmi Zakariya

1j ·

Pendedahan Tommy Thomas bahawa Tun Mahathir telah menghalang YDPA daripada melantik DS Wan Azizah sebagai PM Interim ketika krisis tahun lepas sebenarnya membuktikan beberapa perkara

Bahawa sesungguhnya Paduka Baginda sangat teliti dalam memutuskan sesuatu perkara. Bahawa Ulil Amri kita ini tidak memihak sesiapa ketika memimpin negara.

Bahawa tuduhan kononnya YDPA bersekongkol bagi menumbangkan kerajaan PH adalah dusta. Bahawa perlian ahli politik bahawa YDPA menolak parti mereka menjadi kerajaan kerana dikuasai bukan Melayu adalah fitnah semata mata.

YDPA melakukan apa yang terdaya, demi menghormati mandat rakyat yang ada. Hanya apabila deadlock tiada tanda untuk reda, maka barulah baginda membuka pilihan kedua.
Iaitu melantik Perdana Menteri yang menepati kehendak perlembagaan negara.

Hari ini genaplah tarikh bertakhtanya Tuanku sebagai Yang Dipertuan Agong buat tahun kedua.

Daulat Tuanku!.. daripada kami rakyat jelata
---
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Kuala Terengganu


1612092380537.png
 

Niyang

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,895
Joined
May 13, 2009
Messages
42,895
Reaction score
1,622
Points
201
Ape sume kisah kt mesia ni mesti berkait dgn Tun M... Malaysia kene tukar name la.. negara Mahathirsia
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
gemgemgemgemgem
Messages
98,985
Paid Membership
Top Poster #3
Joined
Jun 3, 2013
Messages
98,985
Reaction score
15,855
Points
2,066
Awards
1
Shamsher Singh Thind

5j ·

Of course, Thomas Thomas @ Mohan is revealing one by one all the shits done by Dr M but my question is why now? Is it because he has published a book and he wants us to buy that book?

Dr M and his Great Stories, well we all know. Yet, the shameless DAP and PH helped Dr M to revive his political career. Padan muka, wahai bajingan.

Anyway, Mohan. Did you write in your book about the circumstances leading to your Tan Sri title? What about your partner who became the Federal Government's lead counsel in the Equanimity case? She didn't charge a single cent, you said, but yet the Federal Government paid MYR 1.6 million in legal fees to the firm Joseph & Partners, and MYR 360,000 to another lawyer Ong Chee Kwan. For what? Did you explain this as well?

In your Abuse of Power book, you said that it is dangerous for the AG to act also as the Public Prosecutor. So, what have you done to separate them?

P.S. Your dancing video was good. Hopefully, you have also stated in your book the best way to dance in public, in the presence of judges, lawyers and a lawyer accused of a crime (and whose charges got dropped one month after the dance).
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register