BTC USD 39,734.4 Gold USD 1,809.64
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun Mahathir luah kesunyian, ramai sahabat sudah meninggal

dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
29,043
Reaction score
2,114
Points
206
TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN | | 19 November 2020
887468.jpg

DR MAHATHIR

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meluahkan rasa kesunyian selepas rakan-rakannya meninggal dunia.

Menurutnya, terbaharu Khalid Julong menghembuskan nafas terakhirnya semalam dan pemergian sahabatnya itu disifatkan sebagai tamatlah satu generasi pejuang Melayu.
"Khalid, Azahari Taib, Khir Johari, Khir Pa’ Awang, Hj Taha, Chegu Senu dan lain-lain sudah tidak ada.

"Tinggal saya seorang. Saya sedih. Semua mereka kawan lama. Saya kesunyian," katanya menerusi hantaran di laman webnya, Che Det hari ini.
Mengimbau detik perkenalan, Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, beliau dan Khalid bersama selepas tamat sahaja perang Dunia Kedua.

"Kami berada dalam Saberkas, sekumpulan anak Melayu yang memiliki kesedaran akan bangsanya," katanya.
Menurutnya, British merancang untuk rampas negeri-negeri Melayu untuk dijadikan tanah jajahan mereka.
"Malayan Union akan tamatkan kewujudan orang Melayu dengan Tanah Melayu mereka," katanya.

Dalam hantaran itu, beliau turut mendoakan semoga roh Allahyarham Khalid dirahmati ALLAH SWT.
Sebelum ini, dalam wawancara pada Oktober tahun lalu, Dr Mahathir berkata, kesemua sahabat lamanya sudah meninggal dunia kecuali Khalid dan Osman Kuda yang juga berusia 90-an.


 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Joined
Apr 18, 2010
Messages
38,576
Reaction score
2,868
Points
206
Setiap yang bernyawa pasti akan mati.
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
8,514
Reaction score
792
Points
121
Kesian dia, yang masih tinggal sekarang ramai musuh daripada kawan.
 

rsat

Active Member
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,091
Reaction score
124
Points
43
Tahu pun. Jadi apa di kejar pangkat di penghujung umur?..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,478
Reaction score
3,135
Points
201
Tahu pun. Jadi apa di kejar pangkat di penghujung umur?..

Kalau dia tak masuk politik balik....berkawan dgn org sejip...fuhhhh ramai tu kawan dia....be humble Tun.....
 

rsat

Active Member
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,091
Reaction score
124
Points
43
Kalau dia tak masuk politik balik....berkawan dgn org sejip...fuhhhh ramai tu kawan dia....be humble Tun.....
Sebenarnya dia tak puas lagi nk jadi PM. Alasan dia nak baiki Malaysia yg rosak. Buat cerita hutang trillion..masalanhya ada pulak yg buta peghot percaya bulat2...cannot brain..
 

Penbiru

CG Top Poster Club
Joined
Jan 12, 2008
Messages
22,478
Reaction score
3,135
Points
201
Sebenarnya dia tak puas lagi nk jadi PM. Alasan dia nak baiki Malaysia yg rosak. Buat cerita hutang trillion..masalanhya ada pulak yg buta peghot percaya bulat2...cannot brain..

Selagi rasa diri yg terbaik...tulah jadinya.....tak percaya org lain....buruk sangka dgn org lain....tu lah jadinya.....Najib...Najib...Najib...Najib...hehehe
 

rsat

Active Member
Joined
Aug 4, 2011
Messages
1,091
Reaction score
124
Points
43
Selagi rasa diri yg terbaik...tulah jadinya.....tak percaya org lain....buruk sangka dgn org lain....tu lah jadinya.....Najib...Najib...Najib...Najib...hehehe
Org rasa bersalah mmg mcm tu..dia akan meratib najib, najib..dah rasa bebanan dgn nama najib..
 

azham

Super Active Member
Joined
Dec 20, 2012
Messages
6,291
Reaction score
1,585
Points
156
Tahu pun. Jadi apa di kejar pangkat di penghujung umur?..
Kita doakan yang baik2 pada Tun.
Semoga penghujung nanti semuanya di redhai oleh Allah.
Kita semua buat silap dan kita semua masih ada peluang untuk berubah.
Siapa tahu tiba ada Vvip dari DAP yang dapat hidayah pada penghujunh nyawa,kan?
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register