Tun Mahathir - Ku Li berganding bahu mahu memimpin negara jika diberi peluang

CG Sponsors




akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
11,491
Reaction score
2,008
Points
201
Seteru lama, Mahathir - Ku Li kongsi pentas petang ini
Pertarungan sengit mereka suatu ketika dahulu menyaksikan Umno terbelah dua, namun bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad dan ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh dijangka berkongsi pentas di tengah ketidakstabilan politik dan ekonomi.

Dr Mahathir dan Tengku Razaleigh dijangka mengadakan sidang media bersama petang ini.

Sidang media itu adalah yang pertama setelah Dr Mahathir pernah berunding dengan Tengku Razaleigh mengenai kemungkinan kerjasama politik, sejak lebih sebulan lalu.

865e4e417f8a88ff4d83e04a56d014b3.jpg

Di sebalik hubungan tegang antara Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim untuk menguasai Putrajaya, kedudukan Tengku Razaleigh sentiasa menjadi misteri di sebalik partinya Umno bersama Perikatan Nasional yang diterajui Muhyiddin.

Selang beberapa jam selepas Anwar menghadap Yang Di-Pertuan Agong pada 13 Oktober untuk meyakinkan baginda bahawa dia kini mendapat sokongan majoriti di Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh juga dipanggil menghadap di Istana Negara.

Setkat ini, langkah Anwar belum berhasil Tengku Razaleigh juga dikatakan sedang berusaha untuk menumbangkan Muhyiddin.

Putera raja itu pada September lalu telah menulis surat kepada Dewan Rakyat untuk mengusulkan undi percaya ke atas Muhyiddin dan susulan itu memulaukan pengundian belanjawan setelah speaker Azhar Azizan Harun menolak permohonannya itu.

b44d4e57fe34f574b807754ea4c08667.jpg

Tengku Razaleigh, yang lebih dikenali sebagai Ku Li, bertegas bahawa dia tidak akan mengambil bahagian dalam perbahasan belanjawan selagi kesahihan kerajaan belum dibuktikan.

Pada masa lalu, Tengku Razaleigh juga disebut-sebut sebagai calon perdana menteri alternatif.

Namun, tidak ada petunjuk buat masa ini, bahawa dia secara aktif mengumpulkan sokongan ahli parlimen.

Undian belanjawan, yang juga dianggap sebagai sokongan kepada undi percaya, akan selesai minggu ini.

Ini adalah peluang terakhir Anwar untuk membuktikan bahawa Muhyiddin telah kehilangan sokongan majoriti dengan mengumpulkan cukup sokongan untuk menolak belanjawan tersebut.

Anwar telah berusaha meyakinkan ahli parlimen Umno untuk menyokongnya tetapi Umno sendiri berpecah kepada beberapa puak.

5cce6fc6d7859b426162b2010242e344.jpeg

Ahli parlimen Umno seperti Ahmad Zahid Hamidi dan Najib Razak didakwa bersedia untuk bekerjasama dengan Anwar, menjadikan mereka sebagai antara ahli parlimen untuk diperhatikan memandangkan mereka mungkin membuat kejutan.

Namun, blogger berkaitan Umno seperti Raja Petra Kamaruddin membuat spekulasi bahawa ahli parlimen Umno sekadar “menggunakan” Anwar untuk menyingkirkan Muhyiddin tanpa menyokongnya untuk mengambil alih jawatan perdana menteri.

Sama ada Anwar akan berjaya atau sebaliknya di Dewan Rakyat akan ditentukan minggu ini.

[Baca berita penuh]
 
Sponsored Post

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,090
Reaction score
1,265
Points
111
Boring.
Baik letak Tun M dengan Anwar sepentas
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,203
Reaction score
12,111
Points
1,906
Boring.
Baik letak Tun M dengan Anwar sepentas
tn biomedik, kan beberapa bulan lepas mereka siap bertemu kat kediaman Tun M, dan Tun Razaleigh pun ada buat langkah mengadap Agong
mesti ada cerita antara dua org ni
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,203
Reaction score
12,111
Points
1,906
Seteru bertemu di pentas sama. Adakah berkaitan isu politik semasa? Adakah Tun M kembali bersama UMNO?
Leraikan persoalan dengan menonton dan mendengar jawapan secara Live di Facebook Sinar Harian petang ini.

1607928079767.png
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,203
Reaction score
12,111
Points
1,906
Najib Razak



1m ·

Anwar dah, Ku Li pun sudah.
Atok bila nak kongsi pentas untuk buat sidang media bersama dengan saya?

1607928564400.png
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,528
Reaction score
1,196
Points
201
cer letak satu pentas dorg ber3...

Anwar-Kuli-madey
Madey-kuli-anwar
 

biomedik2

Active+ Member
Joined
Jan 19, 2020
Messages
4,090
Reaction score
1,265
Points
111
Baik letak Azmin, Anwar, Khalid Samad dan Zahid sepentas.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register