Tun Mahathir dirayu jangan dedah nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang

CG Sponsors




alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
JOHOR BAHRU 23 Nov. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dirayu agar memikirkan semula hasratnya untuk mendedahkan senarai nama pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini kerana tindakan tersebut bakal memberi implikasi negatif yang besar kepada parti.

Calon Naib Presiden UMNO itu berkata, Dr. Mahathir kemungkinan menerima aduan daripada pihak-pihak lain tetapi penganiayaan boleh berlaku tanpa melakukan siasatan rapi.

Katanya, semua prinsip undang-undang meletakkan soal keadilan sebagai asas dan sebagai parti politik kewujudan unsur sabotaj tidak boleh dinafikan.

"Dalam hal ini, saya merayu dan berharap Tun memahami situasi implikasi yang beliau akan lakukan. Namun memang tiada siapa yang boleh menahan Tun untuk melakukannya.

"Seperti yang dikatakan, oleh kerana hanya terdapat maklumat dan siasatan sedang dibuat, maka dalam banyak hal kita tidak mahu berlakunya unsur penganiayaan," kata Menteri Pengajian Tinggi itu.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan Program Pelajar di Luar Universiti Johor anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dan kementeriannya di Pasir Gudang di sini hari ini.

Hadir sama, Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Dr. Zaini Ujang.

Beliau mengulas kenyataan Dr. Mahathir yang mendakwa mempunyai senarai pemimpin UMNO yang terbabit dengan politik wang dan berhasrat mendedahkannya jika Lembaga Disiplin UMNO tidak mengambil tindakan tegas ke atas ahli tersebut.

Khaled berkata, darip segi prinsip parti, UMNO telah menyerahkan aduan politik wang kepada Lembaga Disiplin untuk mengumpul maklumat dan menjalankan siasatan.

Namun jelasnya, kadangkala terdapat aduan yang sama dibuat tetapi lembaga itu tidak dapat mendedahkan nama-nama ahli selagi mereka belum didapati bersalah.

Menurutnya, mungkin persepsi orang terhadap mereka yang didedahkan nama itu akan disyaki bersalah tetapi akhirnya tidak bersalah selepas siasatan selesai.

"Persepsi beginilah yang telah menimbulkan masalah apabila kita mendedahkan nama mereka yang disiasat.

"Namun pada masa sama, saya bersetuju gejala politik wang perlu dihapuskan dan saya juga berharap jangan terlalu tinggi keghairahan hendak menangkap orang, kita hanya akan menutup pintu keadilan," katanya.


BERANI KERANA BENARLAH:(scam
 
Sponsored Post

Pistia

Super Active Member
Joined
Sep 22, 2008
Messages
8,760
Reaction score
47
Points
70
ala...
dah wat salah nak takut lak..
dedahkan je sape..
supaye owang lain takot nak wat
 

esohor

Active Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
1,524
Reaction score
0
Points
20
nak dedah yg jerung2 je ke.... kalau semua nama nak di dedahkan.... mahathir kurang2 mau amik 3 page penuh dalam akhbar perdana... sebab ramai sgt yg rasuah :D:D
 

sosazr

Active Member
Joined
Aug 2, 2008
Messages
1,423
Reaction score
0
Points
20
Kalau nak dedah kasi dedah sampai peringkat bahagian & cawangan...baru best...yang kecik-kecik ni yang ligat nih...rotan pun tak jalan nih...
 

harraz asyraaf

Super Active Member
Joined
Jun 5, 2008
Messages
7,794
Reaction score
93
Points
70
hehehe...maksudnya...diorang suka la yg jahannnnnam terus jadi pemimpin...

konon parti lebih utama??? apa pulak nak jadi ngn parti jika pemimpin jahannnnnam ni terus kekal di singgahsana??

adakah dgn berbuat demikian akan bagi implikasi positif buat BARISAN NASIONAL????
 

lah7257

Active Member
Joined
Mar 20, 2007
Messages
1,971
Reaction score
5
Points
25
Kalau dedah yang jerung baru best dengar. Asyik yang kena anak ikan bilis je...
 

ajax932

Super Active Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
7,694
Reaction score
41
Points
75
u scratch my back, i scratch yours.
 

esohor

Active Member
Joined
Jun 12, 2008
Messages
1,524
Reaction score
0
Points
20
anak dia sendiri dia dedah tak agak2 nya :D :D :D
 

alonso

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 1, 2008
Messages
62,520
Reaction score
426
Points
531
dedah je,mahadir pon bukan ahli umno lagi da
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
13,999
Reaction score
207
Points
133
Kalau betul nak perjuangkan agama, rakyat & negara, kalau ikhlas nak bersihkan UMNO ---- Dedah je lah!!!!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register