BTC USD 27,736.2 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tun M minta undi PEJUANG demi masa depan orang Melayu

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,738
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,738
Reaction score
4,903
Points
261
Awards
1
Tun M minta undi PEJUANG demi masa depan orang Melayu

Tun Dr Mahathir Mohamad

KUALA LUMPUR: Gerakan Tanah Air (GTA) terpaksa menggunakan Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) sebagai gantinya dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) berikutan pendaftarannya tidak diluluskan Jabatan Pendaftar Pertubuhan (RoS).

Sehubungan itu Pengerusi Penaja GTA, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta pengundi memilih PEJUANG yang mewakili GTA bagi memelihara masa depan orang Melayu, sekali gus menentukan bahagian mereka dalam negara berbilang kaum.

Beliau berkata kerajaan tidak meluluskan GTA, gabungan rakyat daripada semua lapisan bermatlamat mendirikan sebuah kerajaan yang bersih, cekap dan amanah.

Katanya, GTA terdiri daripada orang Melayu yang rata-rata miskin dan bermasalah mendorong hanya golongan itu sahaja yang memahami situasi yang dihadapi.

"Dahulu orang Melayu dilindungi kerajaan yang didominasi bangsa itu, iaitu UMNO. Tetapi UMNO di bawah Najib (Datuk Seri Najib Razak) sudah ubah perjuangan UMNO daripada melindungi dan memajukan orang Melayu kepada memperkayakan diri pemimpin UMNO.

"Sebab itu, GTA ditubuhkan untuk melindungi dan memaju orang Melayu. Gerakan akan kembali kepada perjuangan asal UMNO," katanya dalam kenyataan di Twitternya hari ini.

Sebelum ini, BH melaporkan GTA akan memasuki PRU15 menggunakan bendera dan logo PEJUANG.

Dr Mahathir memaklumkan ia berikutan Parlimen dibubarkan sebelum sempat permohonan pendaftaran GTA sebagai sebuah parti politik diluluskan oleh RoS.

Biarpun GTA mungkin diluluskan dalam masa terdekat, pihaknya masih tidak boleh bertanding menggunakan logonya.

Mengulas lanjut, bekas Perdana Menteri itu berkata, GTA mampu memulihkan negara dan memajukan orang Melayu seperti UMNO dahulu melakukannya.

"Tumpuan kami bukan dapat tempat untuk diri tetapi untuk memulih politik, ekonomi dan kewangan negara. Kita akan atasi kemiskinan yang melemahkan ekonomi Melayu sehingga menjual tanah air mereka," katanya.
 
Sponsored Post

rsat

Active Member
Messages
2,410
Joined
Aug 4, 2011
Messages
2,410
Reaction score
482
Points
51
hahaha.jpeg

Dah2 la tu atok..jawab la cucu duk tanya tu... 😂
 
akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,738
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,738
Reaction score
4,903
Points
261
Awards
1
GTA-Pejuang tidak rasis, tidak bermusuh dengan bukan Melayu - Tun Mahathir

Bernama
Oktober 30, 2022 05:45 MYT

GTA-Pejuang tidak rasis, tidak bermusuh dengan bukan Melayu - Tun Mahathir
Tun Dr Mahathir berkata kaum bukan Melayu tidak perlu takut kerana Melayu GTA akan memberi tempat kepada kaum lain dalam pemerintahan. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Pengerusi Penaja Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan meskipun GTA-Pejuang gerakan orang Melayu namun ia tidak rasis dan bermusuh dengan bukan Melayu.

Justeru kata bekas Perdana Menteri itu, kaum bukan Melayu tidak perlu takut kerana Melayu GTA akan memberi tempat kepada kaum lain dalam pemerintahan.

"Ingatlah sejak merdeka Malaysia diperintah oleh kerajaan yang didominasi oleh orang Melayu. Tetapi di masa merdekalah orang bukan Melayu maju sehingga tertinggal orang Melayu di belakang," katanya menerusi Facebook beliau hari ini.

Menurut Dr Mahathir walaupun usaha dibuat untuk kurangkan jarak antara Melayu dengan kaum lain, hak dan kemajuan perniagaan dan perusahaan orang bukan Melayu tidak terhalang.

"Melayu GTA akan junjung tinggi keluhuran undang-undang dan pemisahan kuasa antara legislative (perundangan), executive (pentadbiran atau eksekutif) dan judiciary (kehakiman)," katanya.

Pada 27 Okt lepas, Dr Mahathir mengumumkan lapan calon parti Pejuang untuk bertanding di kerusi Parlimen dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Antaranya Dr Mahathir sendiri akan mempertahankan kerusi Langkawi manakala dua penyandang kerusi Parlimen iaitu Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Datuk Amiruddin Hamzah, masing-masing akan bertanding di Jerlun dan Kubang Pasu, Kedah.

-- BERNAMA
 
lau_kau

CG Top Poster Club
gem
Messages
31,883
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
31,883
Reaction score
6,881
Points
481

Bn pun xrasict....tngk semua kaum ada atok undi ja bn hehehe
 
Sponsored Post

Top
Log in Register