Tun M- FDI mungkin tiada lagi

CG Sponsors




iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
KUALA LUMPUR 27 Jan. - Usahawan dan syarikat tempatan perlu digalakkan melabur dalam negara berbanding bergantung terhadap pelaburan langsung asing (FDI), yang mungkin tidak lagi mencukupi pada masa depan.

"Masa depan bakal menyaksikan dunia yang sangat berbeza dari segi ekonomi.

"Kita masih bercakap mengenai FDI. Pada masa depan, FDI tidak lagi akan mengalir masuk ke sini atau mana-mana negara," kata bekas Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, kadar pengangguran yang tinggi di Amerika Syarikat (AS) merupakan antara sebabnya: "Terdapat 10 peratus pengangguran di AS. Oleh itu, mereka mahu industri kekal di AS bagi menyediakan pekerjaan kepada penduduk tempatan, atau akan berlaku revolusi terhadap mereka."

"Oleh itu, perbadanan dari AS tidak akan menggunakan wang untuk datang ke sini dan mewujudkan peluang-peluang pekerjaan. Selain pekerjaan, FDI sebenarnya tidak memberi manfaat sepenuhnya kepada negara.

"Mereka datang bersama 10 peratus modal. Mereka meminjam wang di sini.

Mereka memulakan industri tanpa membayar cukai, dan mengaut semua keuntungan, namun jika syarikat Malaysia beroperasi di sini, mereka akan terus kekal di sini, mewujudkan pekerjaan dan membuat keuntungan yang lebih tinggi, yang akan memberi manfaat kepada seluruh negara," katanya semasa melawat I-City di sini hari ini.


Oleh itu, strategi baharu tidak sepatutnya bergantung semata-mata terhadap FDI, sebaliknya menggalakkan pelabur tempatan menjadi syarikat bertaraf dunia.

Dr. Mahathir juga berkata, rakyat Malaysia perlu dilatih dalam sains dan matematik bagi membolehkan mereka melangkah ke ekonomi berasaskan pengetahuan.

Beliau berkata, walaupun kerajaan memperuntukkan dana untuk penyelidikan dan pembangunan, ia tidak diagihkan, memandangkan pihak yang bertanggungjawab terhadap dana terbabit mahukan pulangan ke atas pelaburan (ROI) dan menetapkan kolateral yang tinggi.

"Namun penyelidikan tidak mempunyai pulangan ke atas pelaburan. Suatu hari anda mungkin mencipta sesuatu yang bernilai dan anda mengaut berbilion-bilion, namun sebelum itu anda juga perlu melabur berbilion-bilion.

"Ada masa penyelidik akan menemui sesuatu yang beliau tidak tahu cara untuk mengkomersialkannya, dan di sinilah usahawan perlu menyertainya.

"(Oleh itu), anda akan berhadapan dengan masalah berinteraksi dengan kerajaan, Maafkan saya," katanya semasa ditanya bagaimana sektor swasta boleh berinteraksi dengan kerajaan dalam urusan penyelidikan dan pembangunan.

Mengenai projek, Dr. Mahathir berkata, tiada yang menjadi pembaziran jika tahu cara mengurusnya.

"Kemahiran pengurusan perlu disemai. Perlu ada keupayaan untuk melaksanakan projek, bukan sekadar bercakap mengenainya atau melancarkannya," katan
 
Sponsored Post

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
bagus penjelasan Tun. kita tak perlu sgt bergantung pada FDI.. tgk Indonesia..masih mampu mendapat growth positive pada tahun 2009 tanpa pergantungan pada FDI,sebaliknya kuasa pasaran tempatan saja..
 

iswarahijau

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2007
Messages
6,060
Reaction score
44
Points
70
china tahun ni double digit growth,tanpa bergantung FDI juga, sebaliknya ekonomi tempatan saja.
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
china tahun ni double digit growth,tanpa bergantung FDI juga, sebaliknya ekonomi tempatan saja.
Ko ni pakai hentam cakap tanpa fakta ke??? Hanya kerana FDI ke M'sia teruk mengalir keluar, cuba pulak putar belit. Mengaku je lah pentadbiran M'sia lemah teruk. Keadilan tak di percayai masyarakat luar, Undang2 tak di hormati BN, double standard, penyelewengan, skandal rasuah & lain2 skandal & kemungkaran lain2 membuat pelabur2 menghindari M'sia...

FDI China yg sangat besar la yg menyumbang kepada perkembangan ekonomi China.... tak yah la kelentong tahap hantu2 Alumnotoya umnospinners...
 

jejantas

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
919
Points
161
Mamak Madey????? Bila berkata2 ... umapama ketam menyuruh anaknya berjalan lurus :eek::eek::eek::eek::eek::eek:
 

faizal_bulat

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 29, 2008
Messages
3,920
Reaction score
164
Points
33
kalu x kerana FDI aku x ke German dulu.. hehehe..
 

THX

Active+ Member
Joined
Nov 15, 2008
Messages
3,922
Reaction score
76
Points
40
perlu ke FDI utk negara dunia ke 3?
kalau perlu mengapa?
kalau tidak apa alternatifnya?

FDI to ASEAN countries dwindled in 2008

August 12, 2009 8:25 am

BANGKOK, Aug. 12 — Foreign direct investments (FDIs) in 2008 to the 10 countries comprising the Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) were affected by the global economic crisis as they dwindled from US$ 69.48 billion in 2007 to US$ 60.17 billion last year.

Singapore remained the most attractive country in the region for FDIs, gaining US$ 22.8 billion in 2008, but much lower than the US$ 31.6 billion received a year before.

Thailand took the second spot with US$ 9.83 billion, followed by Malaysia which earned US$ 8.053 billion compared to US$ 8.4 billion in 2007, Vietnam received US$ 8.05 billion and Indonesia US$ 7.9 billion.

Malaysia's FDI included US$ 6.2 billion from outside ASEAN and US$ 1.86 billion from within the region.

Statistics provided by the ASEAN Secretariat ahead of the 41st ASEAN Economic Ministers Meeting here showed Asean still relied on investors from other parts of the world as US$ 49.1 billion in FDI came from outside the region while only US$ 11.07 billion was intra-Asean investments.

Among the ASEAN members, landlocked Laos received the lowest FDI, with just US$ 227.8 million in 2008, followed by Brunei at US$ 239.2 million, Myanmar US$ 714.8 million, Cambodia US$ 815.2 million and the Philippines US$ 1.5 million.

Singapore is also the biggest trading nation among the 10 ASEAN countries, with US$ 472.2 billion in trade last year, followed by Thailand with US$ 352.5 billion and Malaysia US$ 338.8 billion.

The ASEAN members, who are working towards the ASEAN Economic Community by 2015, recorded US$ 1.7 trillion in trade last year, with slightly more than half – US$ 858 billion in intra-ASEAN trade.

Preliminary figures for 2008 showed Malaysia chalked up US$ 160 billion in intra-ASEAN trade and US$ 178.8 billion in extra-ASEAN trade.

This included US$ 194.5 billion in export and US$ 144.3 billion in import for 2008. (PNA/Bernama)
 

shane

Legendary Member
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,005
Reaction score
208
Points
133
FDI masuk China sebulan pun lebih dari FDI masuk M'sia setahun!!! Sekarang teruk FDI mengalir keluar M'sia, aku takut nanti FDI M'sia jadi negatif je!!!!:-?:-?:-?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register