BTC USD 42,686.5 Gold USD 1,749.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tumpu Suntik Vaksin, Bukan Kod Pakaian - MMA

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,444
Reaction score
4,154
Points
236
23.07.2021 - Kuala Lumpur, Tiada keperluan mengenakan peraturan pemakaian di Pusat Pemberian Vaksin, kata Persatuan Perubatan Malaysia (MMA). Presidennya Dr M Subramaniam sebaliknya menyarankan kerajaan menumpukan usaha menyuntik lebih banyak vaksin bagi membendung Covid-19. Sebelum ini, dua PPV dilaporkan enggan melayan dua individu yang tidak mematuhi kod etika pemakaian.

Satu lagi PPV mengumumkan garis panduan itu di Facebook. Bercakap kepada Malaysiakini, Subramaniam berkata peraturan sebegitu tidak diperlukan.

“Tidak patut ada sebarang kod pemakaian untuk urusan berkaitan kesihatan. Selagi mereka ada janji temu vaksin, mereka patut dibenarkan masuk. Keutamaan utama sekarang ialah memberikan vaksin kepada seramai mungkin. Ini bukan masanya tolak orang ramai,” katanya.

Pasukan Petugas Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) sebelum ini memberitahu Malaysiakini mereka “memantau” kes itu, tetapi tidak menyatakan sebarang tindakan diambil.

1627015390038.png

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/584169
 

CG Sponsors




Top
Log in Register