Lancelot
Super Active Member
- Joined
- Jan 21, 2010
- Messages
- 6,535
- Reaction score
- 9
- Points
- 65
tu dia aih.. betul2 plagiarism
makcikcomei, sori sori yg teramat sebab late response. saya tadi dah nampak noti makcikcomei, pastu saya ter'update' berita dsb menyebabkan saya terlupa jap soalan makcik comei. sori sori soriAda hati nak saman orang yang dedahkan. Kes Doula vs Dr Sakinah, doula menang. Bagi kes ni sekiranya Mej Quyyum ni saman, bagaimanakah peluangnya?...mungkin @cek mek molek boleh komen
org sekarang suka perhatian..kalau dia jadi org pertama dedahkan...dia akan rasa mcm dapat pingat emas olimpik....Den tak setuju dengan plagiat, tapi den lagi tak setuju perempuan tu pegi tulis dekat sosial media, buku tu ada nombor telefon penerbit kot, email pun ada, tak boleh tulis email dulu ka mintak penjelasan?
kena tabik hormat pada beliau sebab kantoikan kerja copy paste Mejar ni.Den tak setuju dengan plagiat, tapi den lagi tak setuju perempuan tu pegi tulis dekat sosial media, buku tu ada nombor telefon penerbit kot, email pun ada, tak boleh tulis email dulu ka mintak penjelasan?
Terima kasih CMMmakcikcomei, sori sori yg teramat sebab late response. saya tadi dah nampak noti makcikcomei, pastu saya ter'update' berita dsb menyebabkan saya terlupa jap soalan makcik comei. sori sori sori
back to the question, gini, klu Mejar Qayyum ni secara asasnya nak menang saman fitnah, antara lainnya, tuntutan dia kena penuhi 3 kriteria yg berikut ni
Kes fitnah akan berlaku jika memenuhi 3 kriteria-
Pertama: Orang buat kenyataan fitnah tujukan secara langsung (secara direct) kpd kita. dan kita menerima impak yg besar hasil dari kenyataan tersebut. contohnya perniagaan kita jatuh merudum hasil dari tu. imej dan reputasi kita tercalar teruk kesan dari itu.
Kedua: Kenyataan fitnah tersebut dia sebarkan kpd org lain (pihak ketiga). Kalau dia hanya publish, siarkan dan sebarkan kepada kita sahaja, ia tak dikira kes fitnah.
Jika kenyataan tu bersifat sindiran tanpa menyebut nama sesiapa, kita perlu kemukakan bukti kukuh bahawa kenyataan fitnah tersebut dituju kpd kita.
Ketiga: Kenyataan yg dibuat tu adalah fitnah. Jika kenyataan tersebut bersifat komen, teguran atau memang betul-betul berlaku atau ia memang kesalahan yg kita telah buat, ia tak dikira fitnah.
Kita boleh minta tuntutan berapa juta pun kita mahu. Tapi akhirnya mahkamah yg tentukan berapa yg akan kita dapat.
secara ringkas, saman fitnah boleh dilakukan dengan tiga syarat:
1. false story
2. damaging the person in particular
3. publish to the third party
jadi sekiranya Mejar Qayyum menyaman, dan basically tuntutan dia memenuhi 3 kriteria ni, maka dia insya Allah boleh menang kes.
gitulah kiranya makcik comei![]()
alahai buku motivasi yg mejar tu tulis memang teruk.....dan ada juga buku motivasi yg ditulis oleh geng buat kelas ni pun tak bermutu....cuma takde lah error sgt mcm tulisan mejar tu.....sekarang org suka masuk line bidang motivasi ni sebab paling cepat dapat buat duit....tu je....tujuan dia duit..giler kentanggg... klu tak silap den, klu org tulis buku, mesti ado editor & proofreader yg tapis buku tu sblm publish
klu tunggang langgang ayat & cerita, mesti kena rejek & baiki smulo
sampai editor puas hati baru publish.
buku yg dio tulis ni ntah2 upah ghostwriter yg bersepah2 kek FIVERR.COM atau freelancer.com yg boleh di upah serendah $5.00 utk buek satu buku motivasi kecil
pastu dio pun x cek isi buku tu, trus letak namo sendiri ateh buku tu & publish kek kilang cetak lorong sempit ekekekekeke
nak tulis ebook pun sgt mudah skg, cedok artikel sapo2 pastu pakai article spinner & edit skt2 ke pdf
dan walla! siap ebook cara kuruskan badan dengan makan banyak giler ekekekeeke
kelaut terus kredibiliti anugerah.Mohammad Qayyum menolak dakwaan ciplak, walaupun mengaku “tak memberi kredit” dan menggunakan ayat tak teratur dalam bukunya.
View attachment 313520
Penerbit karya ciplak menang Anugerah Buku Negara?
F
Diterbitkan Hari ini 4:05 pm
Dikemaskini Hari ini 4:08 pm
Karya ciplak dengan ayat tunggang-langgang boleh menang anugerah?
Perkara ini dibangkitkan oleh warga maya terhadap tulisan Mejar (B) Mohammad Qayyum A Badaruddin, pemenang Anugerah Buku Negara 2019.
Bagaimanapun, pemilik Casamas Resources Sdn Bhd menepis dakwaan itu, walaupun mengakui “tidak memberi kredit” dan menggunakan ayat tidak teratur.
“Saya tidak melihat karya saya sebagai satu isu plagiat. Itu persepsi orang.
“Hanya beberapa orang sahaja yang baca buku saya dan menganggap ia karya plagiat.
“Yang lain cuma memberi respons sahaja,” katanya yang telah menulis 154 buku berkaitan motivasi dan isu semasa.
View attachment 313521
Dia bagaimanapun berkata telah pun menarik balik buku bertajuk Dekad Membaca dan menawarkan pemulangan wang susulan penggunaan ayat yang tunggang-langgang.
“Saya mengaku silap saya (bab) itu. Dan saya akan betulkan dalam edisi yang baru,” katanya.
Tentang isu terjemahan menggunakan Google Translate, Mohammad Qayyum berkata perkara itu dilakukan kerana mengejar masa pelancaran.
“Sebab mungkin tergesa-gesa, saya dah betulkan tapi dia balik kepada yang asal (versi sebelum diperbetulkan).
“Mungkin saya terlepas pandang,” katanya.
Gelaran Penerbit Prolifik 2019 dianugerahkan oleh Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) atas usaha Casamas Resources menerbitkan karya paling banyak sepanjang 2018.
Yayasan Pembangunan Buku Negara, penganjur utama Anugerah Buku Negara, adalah sebuah organisasi yang bermatlamat untuk membangunkan industri buku dan mengalakkan minat membaca.
Anugerah Buku Negara 2019 dirasmikan oleh menteri Wilayah Persekutuan ketika itu, Khalid Samad (bawah) pada 1 April di Kuala Lumpur.
Bagaimanapun baru-baru ini warga maya membangkitkan dakwaan ciplak itu dan mengecamnya sebagai menjatuhkan integriti dunia penulisan negara.
Mereka antaranya berkongsi kandungan buku Dekad Membaca yang mempunyai kesalahan ayat yang ketara. Mohammad Qayyum juga didakwa menciplak pelbagai artikel di Internet.
Bukunya dalam bahasa Inggeris Excellent Secretary (bawah) turut berdepan dakwaan sama.
View attachment 313522
Bagaimanapun, ketika dihubungi Malaysiakini kelmarin, Mohammad Qayyum menyifatkan dakwaan dan kritikan yang dilemparkan padanya itu sebagai “fitnah dan tidak beradab”.
“Peguam saya sedang meneliti tindakan selanjutnya yang saya harus ambil terhadap mereka yang memfitnah dan mengecam saya.
“Buat masa sekarang, saya masih belum nak saman lagi,” katanya.
Yayasan mohon maaf
Sementara itu, jurucakap Yayasan Pembangunan Buku Negara berkata mereka memohon maaf kerana tidak mengkaji terlebih dahulu karya yang dipilih dengan cermat.
“Nasihat YPBN kepada para penulis adalah untuk tidak menciplak karya orang lain dan setiap rujukan yang diambil haruslah diberikan penghargaan kepada penulis asal,” katanya.
YPBN bagaimanapun berpendapat usaha Mohammad Qayyum menerbitkan banyak buku patut disokong, lebih-lebih lagi apabila Kuala Lumpur dinobatkan sebagai Ibu Kota Buku Dunia 2020.
Ini juga seiring dengan sasaran negara untuk menerbitkan 31,700 judul buku menjelang 2020.
![]()
Penerbit karya ciplak menang Anugerah Buku Negara?
Mohammad Qayyum menolak dakwaan ciplak, walaupun mengaku “tak memberi kredit” dan menggunakan ayat tak teratur dalam bukunya.www.malaysiakini.com