BTC USD 104,069 Gold USD 3,180.34
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tular papan tanda tulisan Cina di Port Dickson

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
20,501
Joined
Dec 6, 2010
Messages
20,501
Reaction score
1,437
Points
201
6323403139729967168_121.jpg


Tular papan tanda tulisan Cina di Port Dickson

PORT DICKSON – Pertubuhan Pemerkasaan Identiti Malaysia (Identiti) yang memperjuangkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kesal apabila terdapat papan tanda jalan dalam bahasa Cina di Kampung Sungai Nipah, di sini.

Pengerusinya, Islah Wahyudi Zainudin berkata, dia terkejut apabila menerima aduan tersebut dan berharap agar pihak berkuasa tempatan (PBT) dapat mengambil tindakan tegas berhubung perkara itu.

“Buat masa ini yang saya tahu di Kampung Sungai Nipah sahaja yang ada terjemahan bahasa Mandarin. Namun, berapa lama ia berada di situ saya tak pasti. Apapun saya harap pihak PBT dapat bersikap tegas dalam isu ini.

“Jika tiada permit, papan tanda ini boleh diturunkan. Dalam Perlembagaan Malaysia, bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan perlu dijaga keistimewaannya,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Artikel ➡️ KOSMO
 
Back
Top
Log in Register