BTC USD 95,261.9 Gold USD 2,897.35
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
57,586
Top Poster #5
Joined
Jun 17, 2007
Messages
57,586
Reaction score
6,733
Points
881
Awards
1
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu

Disember 25, 2024 12:45 MYT



Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
Tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu seorang individu dilihat memecut laju ketika ditahan beberapa anggota polis pada Selasa. -Sinar Harian

SERDANG: Tindakan seorang lelaki yang melarikan diri ketika ditahan polis di Jalan Persiaran Pinggiran Putra, Seri Kembangan mengundang padah apabila diberkas pada Selasa.

Ringkasan AI

Seorang lelaki berusia 41 tahun ditahan selepas melarikan diri ketika ditahan polis di Jalan Persiaran Pinggiran Putra, Seri Kembangan.
Suspek memiliki 18 rekod jenayah lampau dan ditemui dengan dadah jenis syabu.
Kejadian berlaku kira-kira jam 1 petang apabila suspek yang memandu Honda City hitam dalam keadaan mencurigakan ditahan oleh tiga anggota polis. Suspek melarikan diri menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) sebelum berjaya diberkas.
Kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Suspek turut didapati memiliki 18 rekod jenayah lampau selain pemeriksaan menemui paket plastik dipercayai dadah jenis syabu.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, suspek mulanya dilihat memandu kenderaan jenis Honda City berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Beliau berkata, tiga anggota polis yang menjalankan tugasan rondaan jenayah kemudiannya bertindak menahan kenderaan suspek.

"Anggota bertugas menghampiri suspek serta memperkenalkan diri dengan menunjukkan kad kuasa polis.

"Suspek bagaimanapun bertindak melarikan diri dengan memecut laju kereta terbabit menuju ke Puchong melalui Lebuhraya Damansara Puchong (LDP)," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Katanya, anggota polis yang bertindak mengekori kenderaan itu kemudiannya berjaya memberkas suspek.

"Suspek ditahan merupakan lelaki warga tempatan berumur 41 tahun.

"Semakan rekod mendapati suspek memiliki 18 rekod jenayah lampau melibatkan pelbagai kesalahan selain turut menemukan satu paket plastik lutsinar berisi dadah dipercayai syabu," katanya.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi atau komentar yang boleh mengganggu proses siasatan," katanya.

Terdahulu, tular rakaman video di media sosial memaparkan sebuah kereta dipandu seorang individu dilihat memecut laju ketika ditahan beberapa anggota polis. -
Tular lelaki lari dari polis, rupanya bawa syabu
#Syabu #video tular #Jalan Persiaran Pinggiran Putra #Honda City
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register