izack1981
Legendary Member

- Messages
- 10,374
Paid Membership
- Joined
- Feb 15, 2007
- Messages
- 10,374
- Reaction score
- 61
- Points
- 120
MUAR 12 Mac - Seorang tukang rumah nyaris maut apabila kereta jenis Proton Perdana yang dipandunya dihempap sebatang pokok durian dalam kejadian ribut di Kampung Raja, Pagoh, di sini semalam.
Dalam kejadian pada pukul 4.45 petang itu, Esa Ahmad, 52, terselamat namun bumbung keretanya remuk kerana dihempap batang pokok berukuran kira-kira setengah pemeluk orang dewasa.
Menurut Esa, ketika kejadian tersebut, dia sedang dalam perjalanan dari Jorak menuju ke Olak Sepam.
"Semasa itu, cuaca buruk dengan angin ribut serta hujan lebat. Semasa memandu, saya mengelak ranting-ranting pokok yang jatuh di atas jalan dan saya nampak juga percikan api dari tiang elektrik yang tumbang.
''Bagaimanapun tiba-tiba sebatang pokok tumbang di atas bumbung kereta saya dan kejadian itu begitu menakutkan sehingga saya menggigil," katanya.
Esa berkata, namun beliau bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan dalam kejadian itu dan berjaya keluar dari keretanya dengan selamat.
Sementara itu, dalam kejadian berasingan, sebuah rumah di kampung sama turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok dalam kejadian ribut tersebut.
Penghuninya, Maimunah Abbas berkata, dia terkejut dengan kejadian tersebut kerana semasa itu sedang menjual kuih berhampiran rumahnya.
"Syukur alhamdulillah, tiada siapa di rumah kerana anak-anak berada di sekolah. Tapi belakang rumah saya rosak teruk dihempap pokok," katanya.
Sepasukan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) turut dikejar ke tempat kejadian untuk membantu penduduk membersihkan rumah mereka.