BTC USD 43,069.2 Gold USD 1,751.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Viral Tukang rumah kena penjara lima tahun

hiduprakyat

Super Active Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
5,490
Reaction score
406
Points
91
FB_IMG_1627855984474.jpg
FB_IMG_1627855986416.jpg

Tukang rumah kena penjara lima tahun

PASIR MAS: Seorang tukang rumah dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas mengaku bersalah memiliki senjata berbahaya iaitu ekor ikan pari, minggu lalu.

Tertuduh, Abdul Halim Samsuddin, 26, membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Badrul Munir Mohd Hamdy.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa memiliki senjata berbahaya, ekor ikan pari berukuran 114 sentimeter tanpa maksud yang sah di tempat awam iaitu di kawasan semak tepi Sungai Kelantan, Kampung Sat, dekat Tanah Merah, jam 2 petang, pada 26 Julai 2021.

Mengikut fakta kes, ketika polis membuat serbuan di belakang bengkel lori didapati lelaki itu berada dalam kereta Proton Persona di lokasi kejadian bersama seorang lagi lelaki.

Polis memperkenalkan diri dan tertuduh keluar dari kereta serta cuba melarikan diri ke dalam semak sebelum dapat ditahan.

Hasil pemeriksaan menemui senjata berbahaya iaitu ekor ikan pari yang disimpan di dalam poket seluar sebelah kanan tertuduh dan lelaki itu gagal mengemukakan kad pengenalan ketika diminta.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan dan Letupan Berbahaya 1958 yang membawa hukuman penjara minimum lima tahun sehingga 10 tahun dan sebatan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara lima tahun yang bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 26 Julai 2021 dan satu sebatan.


*[email protected]
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Top Poster #3
Joined
Jan 13, 2009
Messages
158,673
Reaction score
21,646
Points
1,671
Ekor ikan pari yang ditemui di dalam poket seluar tertuduh.

1151989.jpeg
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,943
Reaction score
550
Points
86
buat menjerut ke, buat melibas?
tp tu lah..tak padan lansung..kena 5 tahun ..mcm kesalahan menyamun lak..
 

theblur

Super Active Member
Joined
Apr 15, 2012
Messages
7,506
Reaction score
949
Points
121
Jgn je penggubal undang2 ni tgk filem john wick pula.

Nanti tak pasal2 , pen pun diorg kata senjata berbahaya.
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,943
Reaction score
550
Points
86
Jgn je penggubal undang2 ni tgk filem john wick pula.

Nanti tak pasal2 , pen pun diorg kata senjata berbahaya.
cerita mende tah aku tgk ari tu..lakonan bruce willis ..pembunuh upahan pakai kertas je dia bunuh target dia..
godfather 3 lak, pembunuh upahan pakai spec mata ..
apa da aku melalut ni haha..
 

cariemas100

Fun Poster
Joined
Oct 24, 2020
Messages
938
Reaction score
320
Points
31
ini kes bawak barang bahaya ke public la nie.

mcm bawak pisau dapur, letak bwah seat kete. memang cari pasal.
kalau letak kat dpur, no problem.
 

barzrosz

Active Member
Joined
Oct 14, 2014
Messages
1,534
Reaction score
749
Points
81
Alamak....ambe cangkul, parang, perencah sawit, sackle semua ada dlm kreta
Kira guana plak ni
 

nokia3210

Active+ Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
2,943
Reaction score
550
Points
86
Alamak....ambe cangkul, parang, perencah sawit, sackle semua ada dlm kreta
Kira guana plak ni
brg utk kerja,kebun takpe la..
mamat ni mungkin ada org report..mungkin ada buat hal smpai polis cari..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register