Tukang kebun tak mengaku rogol

CG Sponsors




Boboi

Fun Poster
Joined
Jul 14, 2010
Messages
657
Reaction score
48
Points
20
Tukang kebun tak mengaku rogol

10 April 2013




Shahrorizal diiringi anggota polis untuk ditahan di penjara sebaik kesnya selesai disebut di Mahkamah Butterworth, semalam.

BUTTERWORTH - Seorang tukang kebun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen 3 di sini semalam terhadap tuduhan merogol seorang warganegara Indonesia awal Januari lalu.

Malah dengan suara nyaring dari kandang orang kena tuduh (OKT), Shahrorizal Omar, 33, minta dibicarakan ketika kesnya disebut di hadapan Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya Fauziah Daud manakala tertuduh yang berasal dari Taman Makok, Desa Damai, Sungai Rambai, Bukit Mertajam tidak diwakili peguam.

Shahrorizal dituduh bawah Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan, merogol seorang wanita warganegara Indonesia berusia 28 tahun di kawasan semak di Lorong Nenas, Bukit Tengah, Seberang Perai Tengah.

Kejadian itu didakwa dilakukannya antara jam 9.30 hingga jam 11.15 malam, 26 Januari lalu ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari pekan ke rumah sewanya yang terletak di kawasan berkenaan.

Mangsa yang mengenali Shahrolrizal kerana mereka pernah tinggal berjiran kemudiannya membuat laporan polis sejurus kejadian.

Sebaik menyedari dicari polis tertuduh bertindak menyembunyikan diri, bagaimanapun dia berjaya ditahan lima hari kemudian.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 10 tahun serta boleh dikenakan denda dan sebatan jika sabit kesalahan.

Hakim Meor Sulaiman tidak menetapkan sebarang jaminan selepas Fauziah memohon penangguhan sebutan kes kerana menantikan laporan perubatan yang belum siap.

Meor kemudiannya mengarahkan Shahrorizal ditahan di penjara sementara menantikan kesnya disebut semula pada 13 Mei depan.


--Sinar Harian.
 
Top
Log in Register