BTC USD 66,937.4 Gold USD 2,665.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukang kebun sekolah dipenjara merogol, belum sempat jumpa isteri minta maaf

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,931
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,931
Reaction score
6,490
Points
881
Awards
1
Tukang kebun dipenjara, belum sempat jumpa isteri minta maaf

Asuat dipenjara 10 tahun dan lima sebatan selepas mengaku salah merogol pelajar dalam tandas. FOTO Alias Abd Rani
Muar: "Saya belum jumpa isteri untuk minta maaf," demikian jawapan tukang kebun ketika ditanya Hakim Abu Bakar Manat sama ada sudah berjumpa isteri untuk memohon maaf atas kesalahan merogol pelajar dalam tandas kuarters guru terbiar di Ayer Hitam, Batu Pahat, bulan lalu.

Tertuduh, Asuat Muda, 46, yang didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini mengaku bersalah selepas pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Abu Bakar.

Sebelum menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun serta lima sebatan, Abu Bakar turut menegur tindakan tertuduh kerana sanggup melakukan perbuatan terkutuk terhadap pelajar terbabit.

"Dalam rayuan, kamu menyesal dengan perbuatan itu (rogol), tapi kamu fikirkan tak tentang isteri, anak-anak sebelum melakukannya?

"Tambahan pula, kamu bekerja di sekolah mangsa, patutnya kamu ada tanggungjawab lindungi pelajar (mangsa). Kadang-kadang perbuatan ini tak sampai lima hingga 10 minit, tapi kesengsaraan ditanggung bertahun-tahun," katanya.

Mengikut pertuduhan, bapa lima anak itu didakwa merogol pelajar tingkatan tiga dalam tandas kuarters guru terbiar di sebuah sekolah menengah di Ayer Hitam, Batu Pahat, pada 3.30 petang, 24 Julai lalu.


Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan juga sebatan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh dengan mengambil kira perbuatannya hingga meninggalkan kesan mendalam terhadap mangsa.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bermula dari tarikh ditahan pada 2 Ogos dan lima sebatan serta memerintahkanya menjalani sesi kaunseling ketika menjalani hukuman serta pengawasan polis setahun sebaik selesai dipenjara.

Disiarkan pada: August 8, 2024 @ 5:17pm
 
Sponsored Post

"Tambahan pula, kamu bekerja di sekolah mangsa, patutnya kamu ada tanggungjawab lindungi pelajar (mangsa). Kadang-kadang perbuatan ini tak sampai lima hingga 10 minit, tapi kesengsaraan ditanggung bertahun-tahun," katanya.
memang x berbaloi langsung
 
kesalahan dia ialah
tertuduh tidak diwakili peguam.


mabuk langgar mati
pengedar dadah ada peguam
tak mengaku salah
Jadi kena banyak duit nak hidup kat dunia ning. Hang takda duit layan jela kehidupan kat dunia ni.
 
kesalahan dia ialah
tertuduh tidak diwakili peguam.


mabuk langgar mati
pengedar dadah ada peguam
tak mengaku salah

Fakta karot ape plok ni...
Tidak diwakili peguam bkn 1 kesalahan...
Kesalahan die merogol...
Org kene tuduh ade hak ambik peguam...
Peguam berbayar ke Peguam bantuan kerajaan ybgk...

Bile kene tuduh kat mahkamah tak kire la kesalahan ape pun...
ade dua je mengaku salah atau tak mengaku salah....

Mengaku salah terus jatuh hukum...

Tak mengaku salah kene bicara...
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register