BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukang gunting maut dibelasah

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpeg


Keadaan premis kedai gunting rambut dipercayai lokasi kejadian.
< 1 / 2 >
KUALA LUMPUR – Seorang tukang gunting warga India, ditemui mati selepas dipercayai bergaduh dengan seorang lelaki di sebuah kedai gunting rambut di Jalan Bukit Bintang di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Datuk Zainuddin Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 12.10 tengah malam, mendakwa terdapat pergaduhan di premis tersebut.

Menurutnya, mangsa dikatakan bertengkar dengan suspek, seorang penjaga hotel berhampiran.

“Pertengkaran menyebabkan mangsa dikenali Surjeet Singh, 30-an, parah di dada selepas tertusuk serpihan cermin.

“Mangsa ditemui di dalam kedai oleh orang awam dalam keadaan tertiarap dengan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian beberapa minit kemudian,” katanya.

Beliau berkata, pemeriksaan lanjut pada mayat mangsa mendapati ada kesan tikaman serpihan cermin di dadanya dan polis tidak menolak kemungkinan ketika bergaduh dia terjatuh sebelum terlanggar cermin kemudian menusuk bahagian dadanya.

Susulan itu, polis menahan seorang lelaki warga Pakistan berusia 29 tahun di hotel tempatnya bekerja.

“Siasatan awal dipercayai mangsa merupakan pekerja di kedai gunting tersebut.

“Bagaimanapun, motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.


SUMBER:http://www.sinarharian.com.my/semasa/tukang-gunting-maut-dibelasah-1.396981
 
sudah pasti..apabila dorang bertumbuk segala dinding bata..kaca akan pecah...
 
Back
Top
Log in Register