BTC USD 82,140.8 Gold USD 3,036.48
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukang Buat Air Melecur 80%, Kedai Nasi Kandar Hangus Akibat Tong Gas Meletup

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
66,332
Top Poster #1
Joined
Nov 23, 2012
Messages
66,332
Reaction score
7,305
Points
916
Awards
1
06.03.2024 - Seorang pekerja berusia 45 tahun melecur dalam kebakaran di sebuah restoran nasi kandar di Jalan Bangsar Utama 6, Bangsar, Kuala Lumpur pada Rabu. Difahamkan, pekerja lelaki terbabit yang bertugas di bahagian membuat air di restoran berkenaan tidak sempat menyelamatkan diri gara-gara tong gas tiba-tiba meletup. Menurut jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, pihaknya menerima panggilan pukul 11.44 pagi. Katanya, operasi melibatkan enam buah jentera berserta 44 anggota dari Balai Bomba Penyelamat (BBP) Pantai, Seputeh, Jalan Hang Tuah, Sri Hartamas.

“Setibanya di lokasi kejadian pada pukul 11.51 pagi, pihak kami mendapati kebakaran melibatkan sebuah restoran nasi kandar yang musnah 70 peratus. Terdapat seorang lelaki dewasa berusia 45 tahun melecur 80 peratus di badan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Jelas jurucakap itu, api dapat dipadam sepenuhnya pukul 12.40 tengah hari.

“Unit siasatan masih berada di lokasi dan punca kebakaran masih dalam siasatan,” katanya.

Terdahulu, kebakaran premis tersebut dilaporkan oleh beberapa pengguna media sosial di aplikasi X. Kejadian itu juga memaksa pekerja di premis berdekatan keluar berkumpul di kawasan lapang kerana dikhuatiri kebakaran akan semakin memburuk. Beberapa pengguna juga melaporkan mereka terdengar bunyi letupan sebelum ternampak kepulan asap dari premis berkenaan.

Sponsored Post

1709711248359.png
 
Ada info tak nama kedai terbakar ni bang
Rasa ada beberapa kedai mamak area Bangsar
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register