BTC USD 86,788.8 Gold USD 3,050.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tukang besi disyaki rogol isteri rakan sendiri, mangsa baru berusia 14 tahun

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
59,127
Top Poster #1
Joined
Jun 17, 2007
Messages
59,127
Reaction score
6,865
Points
881
Awards
1
Tukang besi disyaki rogol isteri rakan sendiri, mangsa baru berusia 14 tahun

FOTO hiasan.
KUALA LUMPUR: Seorang tukang besi warga Myanmar ditahan kerana disyaki merogol isteri rakannya yang baru berusia 14 tahun di sebuah rumah di Taman Tasik Permai, Ampang, dekat sini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail, berkata suspek berusia 20 tahun ditahan di Kampung Baru Ampang, pada jam 6 petang semalam dan siasatan awal mendapati kejadian rogol didakwa berlaku sekitar jam 3 pagi, 25 Mei lalu.

"Suspek didakwa menipu dengan memberitahu mangsa bahawa ayah mangsa sedang sakit dan berada di rumahnya lalu meminta isteri rakannya itu untuk datang ke rumah. Sebaik mangsa tiba, suspek terus menarik tangan dan menutup mulut mangsa guna kain.

"Mangsa tidak boleh berbuat apa-apa sebelum dirogol," katanya dalam kenyataan, hari ini sambil memaklumkan, semakan mendapati mangsa sudah berkahwin dengan rakan kepada suspek.

Katanya, hasil ujian air kencing terhadap suspek didapati negatif dadah dan lelaki itu kini direman tujuh hari sehingga 28 Jun bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu rogol.
 
Back
Top
Log in Register