BTC USD 64,936.6 Gold USD 1,785.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh Sekeluarga Rugi RM300,000 Ditipu Syarikat Jualan Langsung

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Tujuh Sekeluarga Rugi RM300,000 Ditipu Syarikat Jualan Langsung
KUALA LUMPUR: Seorang peniaga hari ini mendakwa tujuh anggota keluarganya mengalami kerugian kira-kira RM300,000 akibat ditipu sebuah syarikat jualan langsung, yang dipercayai masih beroperasi di Kelana Jaya.

Menurut peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai San, 23, pada mulanya beliau tidak mempercayai sistem syarikat itu, namun kemudian bertindak memujuk anggota keluarganya melabur setelah mendakwa diperdaya kononnya konsep syarikat berkenaan adalah berbeza berbanding syarikat lain.

Katanya, mengikut sistem syarikat itu, mereka hanya dikehendaki melaburkan wang untuk mendapatkan pulangan sebanyak dua kali ganda dan tidak perlu mencari 'downline' (orang di bawah) bagi mendapatkan keuntungan, selain wang pelaburan mempunyai insurans berdaftar.

"Keluarga saya hanya menerima pulangan wang selama dua hingga lima bulan yang dianggarkan lebih kurang RM25,000. Akibat dari peristiwa itu, hubungan bersama keluarga turut menjadi renggang kerana saya merupakan orang yang bertanggungjawab memujuk mereka untuk melabur," katanya pada sidang akhbar di sini, Ahad.

Seorang lagi mangsa, Fariza Samsudin, 33, berkata beliau terpaksa membayar pinjaman bank sebanyak RM890 sebulan sejak setahun lepas apabila turut ditipu syarikat jualan langsung yang sama.

"Syarikat itu berkata saya tidak perlu buat apa-apa, dan pada dua bulan awal, saya menerima lebih kurang RM20,000. Selepas itu, syarikat terbabit terus senyap dan tidak lagi membuat bayaran seperti yang dijanjikan," katanya yang membuat laporan polis mengenai penipuan itu dua minggu lepas.

Jururawat itu juga terperanjat ketika permohonan pinjaman sebanyak RM60,000 dari sebuah bank di Bangsar diluluskan dalam tempoh masa tiga hari, walaupun gajinya hanya kira-kira RM2,000.

"Saya ada bertanya kepada rakan yang memperkenalkan perniagaan ini...kenapa tidak buat pinjaman di Selayang sahaja sebab saya duduk di sana, tetapi dia kata bank di Bangsar senang sikit urusannya," katanya yang tidak menolak kemungkinan bank itu turut terlibat dalam penipuan berkenaan kerana kebanyakan mangsa membuat pinjaman di bank yang sama.


Sementara itu, Setiausaha Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)Datuk Nazim Johan berkata satu sekretariat saringan aktiviti perniagaan akan ditubuhkan minggu depan bagi membantu rakyat mengenal pasti syarikat jualan langsung yang menjalankan aktiviti secara haram dan tidak berdaftar.

"Syarikat jualan langsung ini sering kali menggunakan taktik pinjaman berkonsepkan secara Islam bagi menarik lebih mangsa di kalangan orang Melayu,
" katanya.-BERNAMA

sapa kat sini yg ada join ni.....
 
Sponsored Post

sygdanish7

Active Member
Joined
Feb 5, 2009
Messages
1,072
Reaction score
5
Points
25
walaupun byk kejadian dgn syarikat mlm ni, org ramai mmg tidak pernah serik apabila ditawarkan dgn janji manis :))
 

bestbisnez

Fun Poster
Joined
Dec 1, 2010
Messages
599
Reaction score
8
Points
15
ntah nape x bgtau jer syarikat ape...kadang 1 jer berita kat dada akhbar nie...xbgtau syarikat ape...tue yang lain pon kene tipu gak sbb xtau..pampangkan jer name syarikat nie besar2...biar semua org tau
 

mfadhlan

Active Member
Joined
Jan 4, 2008
Messages
1,917
Reaction score
6
Points
25
bank dkt bangsar? Maybank la tu? betul x?

ni bisnes ape yer? unstop table tu ker?
 

kaYaIlmu

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2010
Messages
7,918
Reaction score
29
Points
70
wah..ak nak joinlah ...ade sape2 nak rekemen ??..:p
 

hazri99

Active Member
Joined
Nov 30, 2007
Messages
1,576
Reaction score
2
Points
25
heheh... mcm2 kes mcm nih...MLM jugak kau reti.. buat la benda lain..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register