BTC USD 61,967.8 Gold USD 2,653.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh projek RMK12 di Kelantan dikategorikan projek sakit

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
54,595
Top Poster #2
Joined
Jun 17, 2007
Messages
54,595
Reaction score
6,471
Points
881
Awards
1
Tujuh projek RMK12 di Kelantan dikategorikan projek sakit


Jasri bercakap pada sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Fungsi dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Bersama Media di Pembangunan Negeri Kelantan ICU JPM di Tunjong, Kota Bharu hari ini. Foto oleh KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN/ KOSMO!
KOTA BHARU – Sebanyak tujuh projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) di Kelantan ketika ini dikategorikan sebagai projek sakit.

Pengarah Pembangunan Negeri Kelantan, Jasri Kasim berkata, dua daripada projek itu merupakan Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan Fasa Satu yang lewat 193 hari manakala PLSB Sungai Golok pula mengalami kelewatan selama 177 hari.

Menurutnya, PLSB di Sungai Kelantan sepatutnya sudah disiapkan sebanyak 98.1 peratus dan siap pada bulan ini, namun kemajuannya baru mencapai 92.7 peratus.

“PLSB di Sungai Golok pula lewat kerana ia mengalami pelbagai masalah antaranya salah satunya isu pengambilan tanah di lokasi tersebut.

“Selain itu, projek naik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP), Pengkalan Chepa juga dikategorikan sebagai projek sakit apabila ia lewat sebanyak 168 hari.

“Projek sakit lain di Kelantan adalah penggantian jambatan Sungai Durian di Kuala Krai dan menaik taraf infrastruktur Hospital Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan di Kubang Kerian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Sesi Taklimat Fungsi dan Peranan Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan Bersama Media di Pembangunan Negeri Kelantan, Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri (ICU JPM), Tunjong di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Jasri memberitahu, selain itu, pembinaan jambatan antara Kampung Pasir Era ke Pasir Kelang di Kuala Krai, penggantian jambatan Sungai Durian di Kuala Krai dan pembinaan dewan serba guna di Sekolah Menengah Kebangsaan Cherang Ruku, Pasir Puteh turut mengalami kelewatan ketika ini.

Dalam pada itu, beliau berkata, sebanyak 101 projek di Kelantan yang diluluskan menerusi RMK12 sudah siap sepenuhnya.

Menurutnya, 164 projek di negeri ini di bawah RMK12 dijangka akan bermula tidak lama lagi.

“Selain itu, sebanyak 447 projek pembangunan sudah diluluskan pada RMK12 dengan peruntukan lebih RM2.57 bilion.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 185 projek sedang dalam pelaksanaan dengan peruntukan RM102.76 juta. Projek yang terlibat antaranya Lebuh Raya Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) yang dahulunya dikenali Central Spine Road (CSR) laluan Kota Bharu- Gua Musang dan projek naik taraf LTSIP,” ujarnya.

Tambahnya, apabila pembinaan infrastruktur di seluruh Kelantan siap, ia akan membantu menjana pendapatan kepada negeri dan masyarakat setempat. – KOSMO! ONLINE
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register