BTC USD 42,445.7 Gold USD 1,774.32
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh maut gempa bumi di Iran

Don Malaya

CG Top Poster Club
Joined
May 3, 2011
Messages
27,601
Reaction score
957
Points
171
TEHRAN: Gempa bumi berukuran 5.7 magnitud yang menggegar pantai berdekatan loji nuklear tunggal negara itu menyebabkan tujuh orang terkorban dan 30 lagi
mengalami kecederaan, semalam.

"Setakat ini, tujuh maut dan 30 orang yang cedera menerima rawatan di hospital," kata Ketua Jabatan Kecemasan, Hassan Qadami. Gempa itu berpusat dekat Borazjan kira-kira 60 kiloemter dari Bushehr, lokasi reaktor milik Iran buatan Russia.



Iran pernah dilanda gempa bumi teruk pada Disember 2003 di selatan bandar Bam mengakibtkan 26,000 orang terkorban dan memusnahkan tempat suci purba. - AFP
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721
30 cedera gempa bumi di Iran

07quake_1546815065.jpg


DUBAI: Gempa bumi 5.5 magnitud melanda barat Iran berhampiran sempadan Iraq, semalam, sehingga mengakibatkan kira-kira 33 mangsa cedera, lapor agensi berita kerajaan IRNA.


Pada mulanya, Peninjau Geologi Amerika Syarikat (USGS) memaklumkan magnitud gempa bumi itu 5.9, namun kemudian menyemak semula kekuatan gempa kepada 5.5 magnitud.

Katanya, gempa bumi itu berlaku di kawasan Gilan Gharb di wilayah Kermanshah.

Jurucakap perkhidmatan kecemasan Iran, Mojtaba Khaledi berkata, 29 mangsa yang cedera ringan sudah keluar daripada hospital selepas rawatan. - Reuters

https://www.bharian.com.my/dunia/asean/2019/01/516896/30-cedera-gempa-bumi-di-iran
 

nazrirazra

Legendary Member
Joined
Jul 17, 2009
Messages
11,925
Reaction score
214
Points
128
Agak-agaklah kalau Malaysia yang kena gempa bumi.. katakan 5.5, berat tak kita kena?
 

azimkeen

Fun Poster
Joined
Feb 26, 2010
Messages
652
Reaction score
5
Points
15
pernah sampai bushehr... refinery pun nama al mahdi...
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721
Gempa bumi 5.8 landa Iran

TEHRAN: Satu gempa bumi berukuran 5.8 melanda barat laut Iran awal pagi tadi, lapor Jabatan Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Gegaran berkenaan berlaku pada jam 2.17 pagi (waktu tempatan) dan agensi berita rasmi, IRNA melaporkan, gempa terbabit agak kuat, menyebabkan ramai penduduk bertempiaran lari meninggalkan kediaman masing-masing.



Pusat gempa itu yang pada awalnya dicatatkan berukuran 6.0 oleh Pusat Seismologi Eropah - Mediterranean (EMSC), terletak 83 kilometer di barat daya Ardabil, pada kedalaman 10 kilometer. - Reuters
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721
Tiga terbunuh, 20 cedera gempa bumi di Iran

TEHRAN: Tiga terbunuh manakala 20 lagi cedera dalam gempa bumi sederhana kuat di barat laut Iran hari ini, kata pihak berkuasa.



Gempa bumi pada kedalaman cetek berukuran 5.9 magnitud itu berlaku kira-kira 120 kilometer di tenggara bandar Tabriz di Timur Wilayah Azerbaijan awal pagi tadi, kata Pusat Seimologi Iran.



Pusat gempa itu yang pada awalnya dicatatkan berukuran 6.0 oleh Pusat Seismologi Eropah, Mediterranean (EMSC), terletak 83 kilometer di barat daya Ardabil, pada kedalaman 10 kilometer. - AFP
 

susah2je

Legendary Member
Joined
Aug 19, 2006
Messages
17,835
Reaction score
640
Points
161
Agak-agaklah kalau Malaysia yang kena gempa bumi.. katakan 5.5, berat tak kita kena?
Gegaran dan bergoyang bro.. Scala ni ukuran mathematic untuk ukur gegaran tu. Kalau nak bagi contoh rasa dia camana.. skala 3 kau rasa pening dan nak rebah sebab mata kau pinar dan berpusing. Skala 4, cam kau duduk tepi highway, tetiba sebuah Lori kontena dengan kelajuan 180km/j lalu depan kau lagi semester nak langgar kau. Skala 5.5 yg jadi ni kat iran ni macam kena bom, kaca pecah, bangunan runtuh kau mual pening, dunia bergegar nak terbalik.

Mudahan Malaysia tak kena gempa bumi selagi semua tanda2 kecil kiamat belum habis berlaku. Era dizaman selepas muncul Imam Mahdi, last tanda kecil kiamat.. baru Malaysia kena gempa, kemarau 3 tahun dan bala ni semua supaya kita beringat dunia ni tempat ujian.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721
IRAN-QUAKE_1613649576.jpg


Gempa bumi di Iran, lebih 32 cedera

TEHRAN: Gempa bumi bermagnitud 5.4 melanda barat daya Iran lewat semalam mengakibatkan lebih 32 cedera dan banyak kemusnahan harta benda di perkampungan di kawasan pergunungan.

Peninjau Geologikal Amerika Syarikat (USGS), gempa bumi melanda pada jam 10:05 malam waktu tempatan di bandar Sisakht, di wilayah pergunungan Kohgilouyeh dan Boyer-Ahmad.

Ia menyebabkan lebih 32 orang cedera termasuk dua parah, selain mengakibatkan kerosakan teruk pada bangunan, infrastruktur dan kediaman, lapor agensi berita Iran, IRNA.

Berdasarkan tinjauan awal, 78 perkampungan mengalami kerosakan serius termasuk beberapa rumah yang musnah sama sekali.

Kesan gegaran asal yang kuat menyebabkan penduduk kampung risau mengenai gempa susulan dan kebnayakan daripada mereka bermalam di ruang terbuka.

Gempa bumi terburuk Iran sebelum ini bermagnitud 7.4 di utara negara itu pada 1990, menyebabkan 40,000 orang maut dan 300,000 cedera selain jutaan kehilangan tempat tinggal. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,135
Reaction score
5,514
Points
721

Gempa bumi magnitud 5.7 landa selatan Iran​


TEHRAN: Gempa bumi dengan magnitud 5.7 melanda wilayah Fars di selatan Iran semalam, menurut laporan media tempatan.


Gempa dikesan pada kedalaman 11 kilometer (km), berpusat di bandar Khesht, sekitar jam 7 petang (waktu tempatan) disusuli beberapa gegaran lemah, menurut jabatan seismologi Iran.


Pemantau Geologikal Amerika Syarikat (USGS) pula merakamkan kekuatan awal gempa berukuran magnitud 5.4 pada skala Richter.


Tiada laporan kemalangan jiwa atau kemusnahan diterima selepas dua jam gempa bumi berlaku.

Ketua Pengurusan Krisis wilayah Fars, Rahim Azadi, memberitahu stesen televisyen tempatan bahawa pasukan penyelamat dan pemantau dikerah ke kawasan berkenaan manakala hospital tempatan diarah bersiap sedia.


Iran terletak di sempadan beberapa pentas tektonik dan sering mengalami gegaran seismik.


Pada 2003, gempa bumi bermagnitud 6.6 melanda bandar lama Bam di tenggara negara itu, menyebabkannya ranap sama sekali dan meragut sekurang-kurangnya 31,000 nyawa.


Gempa terburuk di utara Iran berukuran 7.4 berlaku pada 1990, mengorbankan 40,000 nyawa, mencederakan 300,000 mangsa dan mengakibatkan setengah juta orang hilang kediaman. - AFP
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register