BTC USD 27,157.7 Gold USD 1,948.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh Lelaki Di Beri Amaran Kerana Berseluar Pendek Di Kelantan

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
43,638
Joined
Nov 23, 2012
Messages
43,638
Reaction score
5,300
Points
516
Awards
1
21.03.2023 - Kuala Lumpur, Gara-gara berpakaian tidak menutup aurat dengan memakai seluar pendek paras paha tujuh individu lelaki berdepan amaran dikeluarkan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheik). Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheik Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, mereka dikesan dalam operasi bersepadu jabatan itu bersama Majlis Daerah Tanah Merah (MDTM), Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Tanah Merah dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) pada Jumaat lalu. Menurutnya, ketika kejadian individu berusia antara belasan tahun hingga 20-an itu berada di sebuah kedai di Tanah Merah.

"Operasi berkenaan dijalankan selepas mendapat aduan orang awam mengenai perniagaan shisha di lokasi itu. Hasil operasi, didapati tujuh lelaki yang memakai seluar pendek dan mendedahkan aurat diberi notis amaran mengikut Seksyen 23 dan boleh dikenakan hukuman mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 yang boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan penjara. Mereka diberi amaran dan dikehendaki hadir sesi khidmat nasihat," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Sementara itu, Mohd Fadzuli berkata operasi MDTM itu juga menyita enam unit dapur shisha dan satu notis amaran dikeluarkan mengikut Undang-undang Kecil Pelesenan, Tred, Perniagaan dan Perindustrian 2009.

“PKD juga mengeluarkan 11 kompaun mengikut kesalahan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 berjumlah RM1,900. Lima kompaun lagi dikeluarkan mengikut Kesalahan Peraturan Kebersihan Makanan 2009 dengan nilai RM1,500," jelasnya.​

1679397540918.png
 
Sponsored Post

Yallah

Active+ Member
Messages
3,002
Joined
Jun 21, 2021
Messages
3,002
Reaction score
409
Points
41
Agama lain boleh bogel2 ka?:cool::cool:
Dalam agama christian berbogel pun haram tetapi penganut agama christian tak ambil alih tugas tuhan mereka untuk menghukum sesama manusia sepertimana penganut agama Islam.

Sebab mereka yakin dengan kekuasaan tuhan mereka jadi manusia tak perlu ambil alih tugas tuhan mereka. Itu yang mereka bagi tau saya dulu masa saya belajar sedikit sebanyak tentang agama christian.

Sebab itulah mereka tiada masalah nak kata fucking jesus ke apa ke kerana setiap perbuatan individu tu totally antara dia dengan tuhan dan tidak membabitkan orang lain.
 
Last edited:

synyster

Super Active Member
gem
Messages
8,030
Top Poster #5
Joined
Nov 29, 2010
Messages
8,030
Reaction score
1,330
Points
151
Salah bang
Kenyataan yg betul
P mane2 pun tutup aurat, wajib tu arahan dari Allah sendiri
Tp tu lah, kadar tahap mana yg dikata aurat pun ada khilaf. Ada qaul yg kata "ma baina surrah warrukbah" tu tidak termasuk pusat dan lutut, sebaliknya apa yg diantara keduanya saja.

Kita mungkin ambil langkah berhati2 dgn memegang qaul yg menyatakan lutut dan pusat itu sendiri adalah aurat, tp bagi yg pegang qaul sebaliknya?
 

tr4falgar

Legendary Member
gem
Messages
11,310
Top Poster #7
Joined
Oct 14, 2012
Messages
11,310
Reaction score
1,592
Points
206
Tp tu lah, kadar tahap mana yg dikata aurat pun ada khilaf. Ada qaul yg kata "ma baina surrah warrukbah" tu tidak termasuk pusat dan lutut, sebaliknya apa yg diantara keduanya saja.

Kita mungkin ambil langkah berhati2 dgn memegang qaul yg menyatakan lutut dan pusat itu sendiri adalah aurat, tp bagi yg pegang qaul sebaliknya?
pada yg pegang qaul sebaliknya, depa kene balik pada basic je, kene follow ulil amri ..
 
Sponsored Post

Top
Log in Register