BTC USD 66,098.8 Gold USD 2,401.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh jam Zamani jalani pembedahan tulang belakang

hiduprakyat

Legendary Member
gem
Messages
15,638
Joined
Dec 6, 2010
Messages
15,638
Reaction score
991
Points
171
Tujuh jam Zamani jalani pembedahan tulang belakang
FB_IMG_1667993935581.jpg
FB_IMG_1667993937631.jpg


KUALA LUMPUR: Penyanyi Zamani Ibrahim, 51, selamat menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang melengkung akibat penyakit scoliosis di sebuah pusat perubatan swasta di Cheras, dekat sini, jam 3.15 petang ini.

Isterinya, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan prosedur itu mengambil masa hampir tujuh jam.

"Abang Zamani dimasukkan ke dewan bedah sekitar jam 8 pagi, pembedahan mengambil masa tujuh jam," kongsi Juliana.

Terdahulu, isteri kepada penyanyi Syair Si Pari Pari itu berkongsi perkembangan terkini suaminya menerusi hantaran dalam Instagram (IG).

"Syukur, Alhamdulillah, dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan. Terima kasih atas doa-doa buat Abang Zamani," tulisnya.

Menerusi hantaran itu, Juliana menyertakan gambar bilik pembedahan di mana suaminya menjalani prosedur itu.

Vokalis kumpulan Slam itu memaklumkan, dia perlu ditidurkan sebelum pembedahan dilakukan. Dia juga memerlukan rehat sehingga tiga bulan sebelum kembali bekerja.

"Mengikut penerangan doktor, saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu bergantung kepada daya ketahanan tubuh.

"Sepanjang tempoh ini, saya perlu mendapatkan rawatan susulan dan menjalani latihan fisioterapi.

"Bagaimanapun, saya akan pulih hingga boleh kembali aktif mungkin memakan masa sehingga tiga bulan. Itupun bergantung pada kekuatan antibodi," kata Zamani.

#beritaharian
 
Sponsored Post

lari topik sikit.

bukan nak takut2 kan.

tapi kepada sesiapa yang kerap sakit kepala tu. telinga berdengung, mata mulai kabur ke.

elok pergi buat CT scan otak tu hehehe.

trend pembedahan otak sekarang banyak pesakit muda2 kat Malaysia ni.

umur 30 40 dah ada tumor otak.
 
Br dpt Tau Dr FB... Doc pakar yg operate zamani ni adalah ex boss aku.. doc yg operate tulang belakang aku 2011 ... Tahniah doctor hisam... Mmg padu doc ni .. one of the besh spinal specialist in malaysia

Penyembah who tu. Baik makan cengkih dgn habatusauda je
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register