BTC USD 66,664.6 Gold USD 2,333.01
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tujuh ditahan kes pergaduhan di bazar Ramadan

Yallah

Super Active Member
gem
Messages
6,325
Top Poster #10
Joined
Jun 21, 2021
Messages
6,325
Reaction score
875
Points
121
Tujuh ditahan kes pergaduhan di bazar Ramadan

Diterbitkan: Mar 28, 2024 10:19 PM

Dikemaskini: 2:19 PM

https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/700997
IMG-3046.jpg



Polis telah menahan empat lelaki dan tiga perempuan berhubung pergaduhan di sebuah bazar Ramadan di Petaling Jaya, Selangor.

Polis turut merampas sebuah kerusi plastik dan sebatang fork lock (pengunci kenderaan), menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail dalam kenyataan.

"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dipohon tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 29 Mac (esok).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memiliki senjata - senjata maut dalam rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya, sambil menambah suspek berusia antara 20-an hingga 40-an.

Menurut Selangor TV, Shahrulnizam berkaa salah faham tercetus antara seorang lelaki yang merupakan peniaga popiah dan seorang perempuan yang menjual air tembikai.

Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap perempuan itu yang didakwa memasuki tapak perniagaannya. Lelaki itu kemudian didakwa menyerang perempuan itu dengan batang besi sehingga tercetus kekecohan.

Walaupun kedua-duanya berhasrat untuk menamatkan pergaduhan secara aman, anak kepada lelaki itu kemudian didakwa menyerang seorang ahli keluarga perempuan itu.

Sementara itu, Shahrulnizam berkata berdasarkan rekod lalu, polis mendapati:

  • Seorang suspek ada satu rekod melibatkan kesalahan dadah
  • Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah
  • Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah
  • Seorang lagi suspek ada tiga rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah
Shahrulnizam juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.

 
Sponsored Post

DARIPADA Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda: "Apabila seseorang kamu berpuasa, janganlah ia bercakap perkara-perkara yang kotor dan sia-sia, dilarang juga bertengkar dan memaki hamun. Apabila ia dimaki hamun oleh seseorang atau diajak bermusuhan, maka hendak ia berkata, sesungguhnya aku berpuasa hari ini." (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
 
Tujuh ditahan kes pergaduhan di bazar Ramadan

Diterbitkan: Mar 28, 2024 10:19 PM

Dikemaskini: 2:19 PM

https://wa.me/?text=https://www.malaysiakini.com/news/700997
IMG-3046.jpg



Polis telah menahan empat lelaki dan tiga perempuan berhubung pergaduhan di sebuah bazar Ramadan di Petaling Jaya, Selangor.

Polis turut merampas sebuah kerusi plastik dan sebatang fork lock (pengunci kenderaan), menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Jaafar@Ismail dalam kenyataan.

"Kesemua suspek yang ditahan telah dibawa ke Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dipohon tahanan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah sehingga 29 Mac (esok).

"Kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memiliki senjata - senjata maut dalam rusuhan yang boleh membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda, atau kedua-duanya sekali," katanya, sambil menambah suspek berusia antara 20-an hingga 40-an.

Menurut Selangor TV, Shahrulnizam berkaa salah faham tercetus antara seorang lelaki yang merupakan peniaga popiah dan seorang perempuan yang menjual air tembikai.

Lelaki itu dikatakan tidak berpuas hati terhadap perempuan itu yang didakwa memasuki tapak perniagaannya. Lelaki itu kemudian didakwa menyerang perempuan itu dengan batang besi sehingga tercetus kekecohan.

Walaupun kedua-duanya berhasrat untuk menamatkan pergaduhan secara aman, anak kepada lelaki itu kemudian didakwa menyerang seorang ahli keluarga perempuan itu.

Sementara itu, Shahrulnizam berkata berdasarkan rekod lalu, polis mendapati:

  • Seorang suspek ada satu rekod melibatkan kesalahan dadah
  • Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah
  • Seorang suspek ada dua rekod melibatkan kesalahan dadah
  • Seorang lagi suspek ada tiga rekod melibatkan kesalahan dadah dan satu rekod melibatkan kesalahan jenayah
Shahrulnizam juga meminta mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berkenaan kes tersebut untuk menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222.





Gambar ni Prompt AI ke?..macam real...hahaha
 
Sponsored Post

Back
Top
Log in Register