BTC USD 57,385.0 Gold USD 1,787.90
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tuduhan liar, jahat tidak jejas Rosmah

alisha_qistina

Super Active Member
Messages
6,412
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,412
Reaction score
257
Points
81
SINGAPURA: Datin Seri Rosmah Mansor berkata tumpuan beliau tidak terjejas dengan pelbagai tuduhan jahat dan liar dilemparkan terhadapnya oleh pihak yang memusuhinya, termasuk pembangkang.

Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

“Saya tidak punya masa untuk melayan mereka,” katanya kepada media Malaysia pada sidang media di sini, semalam, apabila ditanya mengenai perasaannya terhadap banyak tuduhan negatif yang tersebar dalam negara yang mengaitkan beliau.

“Pembangkang sebagai pembangkang akan sentiasa membangkang... mereka akan sentiasa mencari pelbagai benda baru untuk melekakan anda.

“Saya dan suami saya (Datuk Seri Najib Razak) menumpukan sepenuh tumpuan kami melakukan apa yang perlu untuk rakyat, bukan untuk kami tetapi untuk membolehkan rakyat menjadi maju dan makmur, meningkatkan pendapatan rakyat dengan menaikkan taraf hidup mereka serta memastikan masa depan terjamin bagi anak mereka,” katanya.

Terdahulu, Rosmah melancarkan dan menyampaikan ucaptama pada Forum Kepemimpinan Wanita Asean di Hotel Fullerton di sini, semalam.

Forum yang diadakan buat kali ketiga itu dianjurkan Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (Asli) dan Forum Perniagaan Asean (ABF) dengan kerjasama Hubungan Perniagaan Wanita (WBC) serta Yayasan Hanns Seidel.

Hadir sama, Isteri Perdana Menteri Singapura, Ho Ching; Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan dan Pengangkutan Kedua Singapura, Lim Hwee Hua serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Shahrizat Abdul Jalil.

Rosmah berkata, apabila beliau bertemu dengan isteri pembesar asing, mereka memberitahunya mereka juga menjadi sasaran parti politik pembangkang.

“Jadi, isu ini adalah fenomena universal, datang daripada orang yang tidak senang dengan kerajaan.

“Dari situ, kita nampak dan faham bahawa keadaan ini bukan satu isu yang khusus di Malaysia tetapi satu isu yang turut melanda negara lain, terutama ketika pilihan raya,” katanya.
 
Sponsored Post

GrandTurismo

Active Member
Messages
1,597
Joined
Sep 15, 2009
Messages
1,597
Reaction score
2
Points
25
Rosmah berkata, sebagai isteri Perdana Menteri beliau lebih fokus dalam kerjanya untuk membantu rakyat mendapatkan kehidupan lebih sempurna dan baik, begitu juga masa depan.

ye ke?????
 
mustang rider

Active+ Member
Messages
4,327
Joined
Dec 11, 2008
Messages
4,327
Reaction score
104
Points
33

fuyoo ayat mmg tak boleh belah........:eek::eek::eek:

:)cgrock:)cgrock:)cgrock
 
jejantas

CG Top Poster Club
Messages
24,648
Paid Membership
Joined
Sep 1, 2007
Messages
24,648
Reaction score
920
Points
161
Statement dari Buku mana ler si Rosmah tolong bacakan tuh hihihihiihih
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register