Yallah
Super Active Member
- Messages
- 7,220
- Joined
- Jun 21, 2021
- Messages
- 7,220
- Reaction score
- 987
- Points
- 121
TUDM terbangkan 40 warga Palestin cedera dari Mesir ke Malaysia
Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus A-400M milik TUDM ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan. Foto wikipedia
SINAR HARIAN
15 AUG 2024 8:32 PM
KUALA LUMPUR: Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada malam ini dengan dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke Malaysia untuk mendapatkan rawatan.
Warga Palestin yang cedera dan kini sedang menerima rawatan di beberapa hospital di Mesir, mengalami pelbagai masalah kesihatan, termasuk kecederaan tulang dan melecur.
Duta Mesir ke Malaysia Ragai Nasr memberitahu Bernama, dua pesawat dan pesakit dijadualkan tiba di Malaysia pagi esok.
"Mereka akan menerima rawatan di hospital yang ditetapkan oleh Malaysia," katanya.
Menteri Pertahanan Malaysia, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengesahkan bahawa dua pesawat A-400M milik TUDM telah dihantar ke Mesir untuk membawa warga Palestin yang cedera ke Malaysia untuk rawatan perubatan.
Nasr berkata, pemilihan 40 warga Palestin yang cedera untuk mendapatkan rawatan di Malaysia dibuat atas arahan Presiden Abdel Fattah el-Sisi selepas menerima permintaan daripada Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ini adalah usaha yang diselaraskan membabitkan pelbagai pihak yang bekerjasama untuk memenuhi permintaan Perdana Menteri Anwar," katanya sambil memberi jaminan komitmen untuk meneruskan usaha mereka dengan kerjasama Malaysia.
Pada 4 Ogos lalu, Anwar mengumumkan bahawa Malaysia akan membantu merawat warga Palestin yang cedera dengan membawa mereka ke Malaysia.
Menurut laporan media, hampir 40,000 warga Palestin telah terbunuh di Gaza, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak dan lebih 92,000 lagi cedera.
Menurut Nasr, Mesir kini menempatkan lebih 70,000 warga Palestin di 40 hospital.
Beliau memberi jaminan bahawa Mesir akan terus memberi sokongan terhadap sebarang permintaan masa depan dari Malaysia.
"Kami akan meneruskan bantuan ini, apa sahaja yang diminta oleh Malaysia pada masa hadapan," katanya.
TUDM terbangkan 40 warga Palestin cedera dari Mesir ke Malaysia
KUALA LUMPUR - Seramai 40 orang awam Palestin yang cedera akibat konflik di Gaza akan diterbangkan dari Pangkalan Udara Al Maza, Mesir pada Khamis malam dengan dua pesawat Airbus...
www.sinarharian.com.my
Rakyat Palestin dirawat di Malaysia dihantar pulang apabila genjatan senjata kekal dipersetujui
Kuala Lumpur: Rakyat Palestin yang sedang dirawat di Malaysia hanya akan dihantar pulang ke negara mereka apabila keadaan bertambah baik atau sekurang-kurangnya gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak.
Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata tidak wajar sekiranya rakyat Palestin berkenaan dihantar pulang ketika gencatan senjata masih belum berlaku.
"Sekurang-kurangnya apabila gencatan senjata kekal dipersetujui semua pihak, barulah kita akan rancang bagaimana untuk menghantar mereka pulang, mereka tidak mahu tinggal di sini, mereka mahu dihantar pulang ke tanah air mereka.
"Jadi, jangan risau bagi mereka yang bimbang rakyat Palestin ini akan tinggal di sini selama-lamanya, saya tidak fikir itu yang mereka mahu.
"Mereka mahu kita menghantar mereka kembali," katanya kepada pemberita ketika melawat Laman Media di Perhimpunan Agung Umno 2024 di sini hari ini.
Dua pesawat Airbus A-400M milik Tentera Udara Diraja Malaysia membawa 41 rakyat Palestin yang cedera dan 86 waris mereka akibat serangan berterusan rejim zionis Israel, tiba di Pangkalan Udara Subang kira-kira 2 petang, 16 Ogos lalu.
Sebelum ini, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata tiada misi kedua membawa lebih ramai rakyat Palestin yang cedera ke Malaysia setakat ini.
Artikel BERNAMA