Tubuh pasukan khas siasat kes kepala bab1

CG Sponsors




puyong

Super Active Member
Joined
Jan 29, 2007
Messages
6,474
Reaction score
15
Points
65
Polis tubuh pasukan khas siasat kes kepala bab1

KUALA LUMPUR: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat kejadian empat kepala **** hutan diletakkan di kawasan dua masjid di Petaling Jaya pagi semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, berkata pasukan khas itu telah dikerahkan mencari setiap maklumat bagi menyelesaikan kes berkenaan.

"Kes ini membabitkan keselamatan dan keamanan negara, dan perlu ditangani segera," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Kewangan Berhemat di sini hari ini.

Muhammad Sabtu berkata, siasatan dijalankan untuk mengesan saksi dan petunjuk kepada kes itu selain mencari motif perbuatan itu.

"Kalau sesiapa ada maklumat, tolong salurkan kepada kita," katanya.

Semalam dua bungkusan kepala **** hutan bersama satu baldi plastik berisi 30 keping wang RM1 diletakkan di pintu masuk belakang ke perkarangan Masjid Jumhuriyah, Taman Datuk Haron manakala dua bungkus lagi serta baldi berisi jumlah wang yang sama dijumpai di hadapan pintu masuk ke perkarangan Masjid Al Imam Al Tirmizi, Taman Sri Sentosa.

Dalam ucapannya pada majlis itu pula, Muhammad Sabtu berkata penyelia kewangan di setiap balai dan ibu pejabat polis telah diarah untuk mengenal pasti pegawai-pegawai dan anggota di bawah selian masing-masing yang dibebani hutang.

"Langkah perlu diambil agar masalah hutang tidak mendatangkan kesan jangka panjang kepada mereka yang terlibat," katanya.

Muhammad Sabtu berkata, pemantauan secara berterusan dan berkala juga hendaklah dibuat terhadap gaya hidup pegawai dan anggota supaya mereka yang terlibat dengan masalah ini hidup secara sederhana dan mengikut kemampuan. - Bernama
 
Sponsored Post

tebbaloi

Legendary Member
Joined
Mar 4, 2009
Messages
13,457
Reaction score
444
Points
131
dapat jek kasi pancong kepala diorang.. pastu baling lam sungai :)paid
 

fardly83

Active Member
Joined
Mar 6, 2009
Messages
1,683
Reaction score
100
Points
33
macam2 sekarang ni, ape punye manusiala dorang ni... tk reti hormat agama masing2
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,208
Reaction score
1,115
Points
201
Aku heran tul mesia nih, tiap2 isu yg sensitif mesti nk tubuh pasukan/badan siasatan khas. Tp aku x nampak pun fungsi utamma pasukan2 khas nih, tup2 senyap jerk... ish, senang citer haramkan ternakan bab1 kt mesia nih, sure x akan ada pale **** lagik...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register