Tubuh Hancur Di Gilis Lori

Recommended Brokers


Latest Threads

Xploit Machine

Super Active Member
Joined
Nov 23, 2012
Messages
7,318
Reaction score
1,747
Points
168
Location
KL
19.07.2019 - Klang, ‘Mak, doakan saya selamat sampai rumah tengah hari ini ya,’. Itu pesanan terakhir Haslinda Haraji, 24, kepada ibunya sebelum maut apabila motosikal dibonceng bergesel dengan lori pasir di persimpangan berhampiran Jalan Hamzah Alang, Meru, Klang, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, Haslinda maut di tempat kejadian manakala rakannya, Amirul Fikri Daniel Afan, 19, yang juga anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) cedera di bahu kiri.

Abang mangsa, Sakaran, 35, berkata kira-kira lima minit sebelum kejadian, adiknya membonceng motosikal ditunggangi Amirul untuk membeli barangan keperluan.

“Sebelum keluar, emak beritahu dua kali adik minta emak doakannya supaya selamat pulang ke rumah.

“Bila emak tanya kenapa cakap macam itu? Adik cuma cakap doakan sahaja dia selamat,” katanya ketika ditemui di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

Sakaran berkata, kurang lima minit selepas itu, ibunya yang berada di rumah dikejutkan berita Haslinda terbabit kemalangan berhampiran rumah dengan keadaan tubuhnya hancur digilis lori.

Katanya, jarak antara tempat kejadian dengan rumah mereka adalah kira-kira satu kilometer.

“Saya tidak tahu adik mempunyai kawan lelaki. Mengikut cerita emak, adik memang merancang untuk bertunang dengan anggota tentera (Amirul) itu hujung tahun ini.

“Kejadian ini mengejutkan kami kerana kami 10 beradik sangat rapat, namun reda dengan ujian ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd Salleh, berkata kemalangan jam 11.30 pagi tadi berlaku selepas motosikal ditunggang Amirul bergesel dengan sebuah lori dipercayai membawa muatan pasir.

Katanya, akibat geseran itu, Haslinda yang membonceng motosikal terjatuh dan digilis serta terheret beberapa meter hingga parah di bahagian badan.

“Penunggang motosikal patah tangan dan cedera di bahu kanan serta menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR).

“Pihak polis masih mengesan lori terbabit kerana difahamkan pemandu itu melarikan diri selepas kemalangan,” katanya sambil meminta saksi yang melihat tampil ke balai polis berhampiran.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.













Berita asal https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/07/477176/tubuh-hancur-digilis-lori
 
Last edited:
Sponsored Post

momoque

Legendary Member
Joined
Dec 26, 2011
Messages
10,778
Reaction score
313
Points
83
Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun

Hati2 yg naik muto tu
 

no trade

Super Active Member
Joined
May 16, 2008
Messages
7,961
Reaction score
152
Points
68
Alfatihah untuk arwah. Kesian tengok jenazah..
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Verified
Joined
Mar 15, 2010
Messages
254,653
Reaction score
8,474
Points
168
Location
miLan - KT - OT - KL
Sadis sungguh bila kes kena gilis dgn kenderaan berat ni
 

cropok

Active Member
Joined
Mar 30, 2018
Messages
1,050
Reaction score
176
Points
63
remuk hati mak tgk keadaan jenazah anak mcm tu...
 

curry

Freshie
Joined
Jun 24, 2016
Messages
29
Reaction score
1
Points
0
Jalan Meru lori pasir dgn lori tanah bermaharajalela. Lampu merah pun jalan selamba saja.
 

Kbyne

Legendary Member
Joined
Jan 23, 2011
Messages
11,491
Reaction score
445
Points
83
Location
Setapk,K.L.
Tak tau la,mungkin agaknya bila kita pegang stereng bawak lori,kita pun gilos macam ni gak kot...pedal brek dah jadi tepu...tak lut nak brek...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register