Tuah April buat Chong Wei

CG Sponsors




dhiaperfumes

Banned
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
JAGUH badminton negara, Datuk Lee Chong Wei dan ratu terjun, Pandelela Rinong sekali lagi dinobatkan sebagai Olahragawan dan Olahragawati Kebangsaan 2012 atas pencapaian cemerlang pada kejohanan peringkat antarabangsa sepanjang tahun lalu.

Lebih menarik, Chong Wei baru sahaja bergelar bapa dan masih dalam keghairahan meraikan kejuaraan pasukan negara di kejohanan badminton termahal Piala Axiata 2013.

Kedua-dua kejayaan ini berlaku pada minggu yang sama, dan semalam Chong Wei baru sahaja diangkat sebagai atlet terbaik negara.

Chong Wei dan Pandelela masing-masing menerima wang tunai RM20,000.

Chong Wei, 30, dijulang sebagai Olahragawan Kebangsaan buat kali keempat setelah beliau menerima anugerah itu pada 2005, 2008 dan 2011.

Pemain Terbaik Persatuan Badminton Dunia (BWF) bagi tiga tahun berturut-turut sejak 2009 hingga 2011 itu juga terus unggul apabila memegang rekod sebagai pemain nombor satu dunia selama 40 bulan sejak September 2008 hingga Jun 2012.

Antara pencapaian terbaik beliau adalah muncul naib juara Seluruh England, juara Terbuka Korea, Denmark, Jepun, dan Malaysia serta meraih perak pada Sukan Olimpik 2012.

Sementara itu, kejayaan Pandelela, 19, menyumbang gangsa pada Sukan Olimpik dalam acara terjun 10 meter papan anjal membolehkan ratu terjun negara ini dipilih sebagai Olahragawati Kebangsaan buat kali kedua berturut-turut.

Perenang dari Sarawak itu menjadi kebanggaan seluruh rakyat Malaysia apabila menyumbangkan pingat gangsa pada kejohanan Fina/Media Diving World Series dan menduduki tempat keempat pada kejohanan Terjun Dunia FINA 2012 di Moscow.

Kedua pencapaian itu dalam acara sama iaitu 10 meter papan anjal.
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
153,600
Reaction score
21,072
Points
1,671
isu die sapa pengganti?
 

seiryu82

Active+ Member
Joined
Apr 3, 2009
Messages
3,229
Reaction score
92
Points
40
bila ade penggantinye?
xkan nak harapkan di sorang saje.
 

kapak

Legendary Member
Joined
May 30, 2008
Messages
19,566
Reaction score
254
Points
131
tunggu 10tahun lg baru ada pengganti kot
 
Sponsored Post
Top
Log in Register