guysempoi
Banned
- Messages
- 282
- Joined
- Aug 15, 2008
- Messages
- 282
- Reaction score
- 15
- Points
- 15

Bagi kenalan terdekat saya sendiri yang merupakan jurutera Petronas dan sekarang ini sedang melanjutkan pelajaran peringkat Sarjana di perantauan bersama-sama dengan isterinya yang juga engineer Petronas(ambil cuti setahun). Dalam pada masa sama, beliau sendiri masih mengenang masa depannya selepas tamat pengajiannya nanti. Kenapa sampai begitu? Ini kerana, polisi Petronas sekarang ini meminta mana-mana kakitangannya tidak dibenarkan untuk bekerja satu negeri bersama-sama isteri atau suami mereka yang juga staff Petronas Malaysia. Contohnya, mesti salah satunya bekerja di KLCC dan yang satu lagi satu lagi di Terengganu. Adakah ini salah satu tindakan “secara halus” Petronas untuk menghalau staff mereka daripada Petronas? Erm…..mungkin saya sepatutnya berfikir secara positif.
Tetapi….berita di mana Petronas bakal membuang seramai 3000 orang dalam masa 3 tahun menguatkan lagi tanggapan kami. Ini kerana, mana-mana yang berjawatan rendah sudah mula menggelabah katanya. Semua peringkat akan terkena tempias “tsunami VSS Petronas”, bermula dengan 16 orang pengurus/”manager”. Budak-budak baru Petronas sedang berkira-kira untuk mengintai peluang di Middle East.
kredit : Berita Semasa
Dengar cerita, Shell Sarawak pun nak bagi VSS
kompany multinasional tu....
Last edited: