Tsunami Beri Peluang Untuk Rakyat Jepun Ubah Cara Hidup, Kata Wakil DPJ

Recommended Brokers


TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,830
Points
2,226
KUALA LUMPUR, 28 Nov -- Seorang pegawai kanan Parti Demokratik Jepun (DPJ) berkata tsunami yang dicetuskan gempa bumi berskala 8.9 pada Mac lepas, membawa cabaran besar kepada kerajaan Jepun untuk memulihkan kawasan timur laut negara itu.

Naib Pengurus Besar bagi Bahagian Antarabangsa, Gaku Kato berkata bagaimanapun tragedi itu juga memberi peluang kepada rakyat Jepun untuk mengubah cara hidup bagi menghadapi cabaran masa depan.

"Ini termasuk membangunkan semula prasarana bertaraf tinggi untuk menghidupkan semula industri, menyusun strategi berinovasi bagi tenaga dan alam sekitar, serta pembaharuan polisi untuk sektor perikanan dan pertanian bagi meningkatkan daya saing.

"Ini juga peluang untuk kami berubah menjadi masyarakat baru dengan cara hidup yang lebih utuh sebagai persediaan menghadapi bencana pada masa depan serta krisis alam sekitar global lain," katanya pada forum antarabangsa sempena Perhimpunan Agung Umno 2012, di sini.

Beliau juga percaya pengalaman itu turut membantu memulihkan keyakinan rakyat Jepun serta meningkatkan ikatan persaudaraan sesama mereka.

DPJ diasaskan pada 1998 menerusi gabungan beberapa buah parti pembangkang dan menjadi parti pemerintah selepas pilihan raya 2009, menewaskan Parti Demokratik Liberal (LDP) yang selama ini menguasai kerajaan Jepun.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Datuk Dr Mahani Zainal Abidin berkata mentadbir sesebuah negara dalam keadaan sekarang adalah tugas sukar kerana masyarakat bukan saja berdepan isu ekonomi dan sosial tetapi juga bencana alam yang tidak dapat dijangka.

"Apa yang penting bagi saya ialah kerjasama antarabangsa dan saling belajar daripada pengalaman orang lain," katanya ketika mengendalikan forum yang bertajuk "Bencana Alam Sekitar ketika Krisis Ekonomi Global" itu.
 
Sponsored Post

AILA2002

Super Active Member
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
itulah semangan nippon ......
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
48
Points
120
semangat mereka mati tuk nenek moyang mereka...
 

kebabom

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
8,622
Reaction score
23
Points
65
jepun mmg blh dijadikan sbg inspirasi utk kite bgkit lepas kegagalan/bencana dll.....da terbukti, semangat mereka kuat....
 

zamreda

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Sep 1, 2008
Messages
31,388
Reaction score
48
Points
120
jepun mmg blh dijadikan sbg inspirasi utk kite bgkit lepas kegagalan/bencana dll.....da terbukti, semangat mereka kuat....
tgk sejarah lps kena bom atom dan serah diri tu lagi hebat..

mereka mengkaji elektronik...sbb dgn industrilah mereka perlu jajah..

tgklah skg nie sony,panasonic dan lain2 lagi..:eek::eek:
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
261,688
Reaction score
8,830
Points
2,226
org Jepun ni mmg rajin2
kuat bekerja
 
Sponsored Post
Top
Log in Register