BTC USD 56,575.3 Gold USD 1,763.49
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TS Shafee Abdullah didakwa terima RM9.5 juta daripada Najib

cek mek molek

CG Hardcore Club
Messages
95,153
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
95,153
Reaction score
15,421
Points
1,906
Mahkamah benar permohonan Shafee dapatkan sementara pasport

5 November 2018

image.jpg

KUALA LUMPUR — Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan permohonan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang berhadapan dengan dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan membuat suatu penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), untuk mendapatkan sementara pasportnya yang diserahkan kepada mahkamah.

Hakim Collin Lawrence Sequerah membenarkan pelepasan sementara dokumen perjalanan Muhammad Shafee, 66, itu selepas peguamnya Wan Aizuddin Wan Mohammed memaklumkan tertuduh perlu ke Tawau, Sabah, untuk mengendalikan satu kes jenayah di Mahkamah Tinggi Tawau.

“Pihak kami telah memohon untuk pelepasan sementara pasport (sebelum ini). Beliau (Muhammad Shafee) perlu mengendalikan kes di Sabah dan perlu mendapatkan visa pekerjaan,” katanya pada prosiding pengurusan kes yang tidak dihadiri Muhammad Shafee.

Wan Aizuddin memohon pelepasan pasport itu berkuatkuasa hari ini sehingga kes tersebut selesai pada Januari tahun hadapan.

Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz tidak mengemukakan sebarang bantahan terhadap permohonan peguam itu.

Hakim Collin membenarkan pelepasan sementara pasport itu bermula hari ini sehingga 17 Januari 2019 dan memerintahkan tertuduh mengembalikan semula pasportnya kepada mahkamah selepas tarikh tersebut.

Sementara itu di luar bilik bicara, Wan Aizuddin menjelaskan bahawa sebagai peguam dari Semenanjung Malaysia yang mahu mengendalikan kes di Sabah, beliau perlu mendapatkan satu visa pekerjaan dari Jabatan Imigresen Sabah dan semua proses dokumentasi tersebut memerlukan pasport.

Pada 13 September lalu, Muhammad Shafee mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan melibatkan diri dengan pengubahan wang haram iaitu dengan menerima hasil daripada aktiviti haram, masing-masing berjumlah RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh.

Muhammad Shafee dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di CIMB Bank Berhad, J2 & K1, Taman Tunku, Bukit Tunku dekat sini pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

Kedua-dua pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM5 juta dan penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Beliau juga mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melibatkan diri secara langsung dalam transaksi yang melibatkan hasil daripada akitiviti haram iaitu dengan membuat suatu penyata tidak betul kepada LHDN yang bertentangan dengan Perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi Tahun Kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Bagi pertuduhan itu, Muhammad Shafee didakwa meninggalkan pendapatan yang telah diterima pada 13 September, 2013 berjumlah RM4.3 juta dan pendapatan yang diterima pada 17 Februari 2014 berjumlah RM5.2 juta melalui dua keping cek AmIslamic Bank Berhad milik Mohd Najib Hj Abd Razak yang dimasukkan ke dalam dua akaun CIMB Bank Berhad milik tertuduh, yang mana tertuduh dikehendaki oleh Akta Cukai Pendapatan 1967 untuk membuat penyata bagi pihak tertuduh.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di Lembaga Hasil Dalam Negeri, Cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada 3 Mac 2015 dan 29 Jun 2015.

Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFAPUAA) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih 15 tahun dan boleh didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai daripada aktiviti haram atau peralatan kesalahan itu pada masa kesalahan dilakukan atau RM5 juta, mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.- Bernama

http://www.sinarharian.com.my/mahka...an-shafee-dapatkan-sementara-pasport-1.900837
 
Sponsored Post

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Shafee mohon ketepi hakim

Peguam kanan Muhammad Shafee Abdullah hari ini membuat permohonan lisan untuk mengenepikan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Collin Lawrence Sequerah daripada mendengar kesnya berhubung bayaran RM9.5 juta yang diterima daripada bekas perdana menteri Najib Razak antara 2013 dan 2014.

Alasan permohonan Shafee itu adalah kerana Sequerah juga merupakan hakim bagi kes Najib melibatkan 25 pertuduhan pengubahan wang haram dan penyalahgunaan kuasa berhubung 1MDB.

Peguam Havinderjit Singh menyampaikan mesej itu kepada mahkamah dengan menambah bahawa terdapat dua hakim lain yang tidak mendengar kes Najib.

Pihak pendakwaan yang diketuai Gopal Sri Ram berkata, beliau menyerahkan perkara itu kepada hakim untuk membuat keputusan.

Hakim Sequerah tidak setuju dengan pandangan Shafee bahawa beliau tidak akan memberikan perbicaraan yang adil.

"Namun perkara ini perlu melalui permohonan rasmi," katanya.
Susulan itu, hakim menetapkan tarikh perbicaraan seterusnya pada 14,15,17,28,29,31 Mei dan 10 hingga 21 Jun kecuali 17 Jun.

Sri Ram memaklumkan bahawa pihak pendakwaan akan memanggil tujuh saksi.

Ketika ditemui selepas itu, Shafee berkata beliau akan memfailkan permohonan rasmi untuk mengenepikan hakim Sequerah minggu ini. - MK

2e414a71e7bb063c7b2fd49e89d1afae.jpeg
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Bicara kes TS Shafee 8 Julai

NAJIB_RAZAK_1555406266.jpg

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes peguam terkemuka Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, yang menghadapi dua pertuduhan menerima wang hasil kegiatan haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, serta dua pertuduhan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) ditetapkan selama lapan hari bermula 8 Julai depan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan demikian ketika pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

Mahkamah menetapkan tarikh 8 Julai hingga 11 Julai dan 15 Julai hingga 18 Julai tahun ini.

Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Gopal Sri Ram, mengetuai pasukan pendakwaan manakala pihak peguam bela yang diketuai peguam Harvinderjit Singh, tidak mengemukakan sebarang bantahan.

Pada 13 September tahun lalu, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada kegiatan haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil kegiatan haram.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/04/553716/bicara-kes-muhammad-shafee-8-julai
 
TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
Bicara TS Shafee ditetap Mac 2020

D-Dd71kUwAET7df.png

KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM9.5 juta dan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditetapkan pada Mac tahun depan.

Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 16 hari bermula Mac 2020 untuk perbicaraan kes selepas membenarkan permohonan peguam bela Farhan Read untuk melapangkan perbicaraan pada tarikh ditetapkan sebelum ini.

Tarikh baharu yang ditetapkan ialah pada 9 Mac hingga 13 Mac; 30 Mac hingga 2 April; 12 Mei hingga 14 Mei dan 18 hingga 21 Mei 2020.

Terdahulu, Farhan yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu mahkamah anak guamnya perlu menghadiri perbicaraan SRC International Sdn Bhd kerana beliau adalah peguam utama kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tarikh pada Julai itu bertembung dengan tarikh bicara SRC. Buat masa ini (perbicaraan) SRC adalah keutamaan. Justeru kami mohon tarikh perbicaraan pada Julai dilapangkan,” katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Collin menetapkan 30 Ogos depan untuk pengurusan kes.

Pada 13 September tahun lalu, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada kegiatan haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil kegiatan haram.

https://www.bharian.com.my/berita/k...-muhammad-shafee-abdullah-ditetap-tahun-depan
 
silasroon

Active+ Member
Messages
4,427
Joined
Oct 10, 2016
Messages
4,427
Reaction score
1,752
Points
111
Kes Shafee ni best kalau untuk difollow. Seorang pengamal undang-undang terkemuka yang dituduh melanggar undang-undang.:D
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
LHDN Ke Mahkamah Dapatkan Tunggakan Cukai RM9.4J Shafee

17.05.2021 - Kuala Lumpur, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) merujuk ke mahkamah dalam usaha mereka mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM9.41 juta daripada peguam Najib Razak, Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam Shafee, Muhammad Farhan Muhammad Shafee hari ini mengesahkan LHDN telah memfailkan saman berkenaan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Tambah Farhan, saman itu disenaraikan dalam sistem e-filing pada minggu lalu.

“Tetapi dia (Shafee) belum menerima writ saman dan SOC (penyataan tuntutan saman cukai),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan respons daripada Shafee berhubung perkara tersebut.

Selain tuntuan tunggakan cukai LDHN Shafee yang mewakili Najib dalam perbicaraan kes 1MDB turut berdepan pertuduhan kes pengubahan wang haram berjumlah RM9.5 juta yang didakwa diterima daripada bekas perdana menteri itu.

Pada Sept 2018 Shafee didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua pertuduhan membuat kenyataan palsu yang dikaitkan dengan wang berjumlah RM9.5 juta.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/574900
 
lau_kau

Legendary Member
Messages
16,628
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,628
Reaction score
2,741
Points
201
Klau ikutkan semua dlm umno yg ada kepentingan dpt dana 1mdb....sebab ikut tun aritu depa xkena....bosan betoi aku kes 1mdb pendakwaan terpilih,
 
Xploit Machine

CG Top Poster Club
Messages
33,480
Top Poster #5
Joined
Nov 23, 2012
Messages
33,480
Reaction score
4,292
Points
236
Saman Cukai "Langkah Politik" - Shafee

18.05.2021 - Kuala Lumpur, Peguam Muhammad Shafee Abdullah menyifatkan saman cukai RM9.41 juta terhadapnya sebagai 'langkah politik'. Peguam bekas perdana menteri Najib Razak itu hari ini berkata Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) masih belum menyerahkan kertas tuntutan saman kepadanya sehingga hari ini. "Kami tidak menerima apa-apa. Bagaimana LHDN mengeluarkan saman ini. Sangat tidak beretika. Ia belum diserahkan kepada saya dan kemudian (berita mengenai saman cukai) sudah ada di media.

"Saya menganggap ini (saman tuntutan cukai) sebagai langkah politik," kata Shafee kepada media di Istana Kehakiman, Putrajaya, hari ini.

Dia ditemui media setelah mewakili Najib dalam rayuan rasuah SRC International bernilai RM42 juta di hadapan Mahkamah Rayuan. Shafee merujuk kepada tuntutan saman cukai LHDN terhadapnya untuk mendapatkan kembali sejumlah RM9.41 juta tunggakan cukai yang didakwa bagi tahun taksiran 2011 hingga 2014 dan 2016. Menurut kertas kausa yang diajukan oleh LHDN pada 6 Mei, kerajaan yang bertindak sebagai penggugat menuntut tunggakan cukai didakwa berjumlah RM9,414,708.32, yang dikira dari tahun-tahun taksiran dan juga dikenakan denda dari tuduhan tidak membayar tunggakan.

Kerajaan juga menuntut faedah dari RM9.41 juta yang dikira pada kadar lima peratus dari tarikh penghakiman hingga tarikh realisasi penuh; kos; dan apa-apa kelegaan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah. Menurut kertas kausa dalam talian di ecourtservices.kehakiman.gov.my, saman cukai itu ditetapkan untuk pengurusan kes di hadapan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 8 Jun. Shafee, yang mewakili Najib dalam beberapa kes jenayah berkaitan 1MDB yang sedang berlangsung, juga berdepan kes pengubahan wang haram melibatkan RM9.5 juta yang didakwa diterima oleh peguam itu dari Najib.

Pada bulan September 2018 di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Shafee didakwa atas dua tuduhan pengubahan wang haram dan dua tuduhan membuat pernyataan palsu yang dikaitkan dengan RM9.5 juta yang didakwa diterimanya. Kes jenayah itu telah dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Berita asal https://www.malaysiakini.com/news/575072
 
Last edited:

GamezStar

CG Top Poster Club
Messages
34,956
Joined
Jul 1, 2008
Messages
34,956
Reaction score
2,470

Berita asalhttps://www.malaysiakini.com/news/575072

tak ya la sedih sgt.. duit berkepuk2 bayar je la
 
lau_kau

Legendary Member
Messages
16,628
Joined
Aug 2, 2007
Messages
16,628
Reaction score
2,741
Points
201
tak ya la sedih sgt.. duit berkepuk2 bayar je la
Bukan soal byr ka x....games kenakn org ngn cukai nie dh lama tmbh2 kt bkn sealiran plk....memang smp lubang cacing dia cr
 
Sponsored Post
Top
Log in Register