BTC USD 56,615.8 Gold USD 1,763.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TS Shafee Abdullah didakwa terima RM9.5 juta daripada Najib

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
shafee_abdullah_20170609_tmihasnoor_05__full.jpg

Dm7wySsUUAEZNNU.jpg


PEGUAM kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini terhadap empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

“Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (AMLATFPUAA),” kata sumber berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/376724/peguam-najib-ditahan
 
Bicara TS Shafee ditetap Mac 2020

D-Dd71kUwAET7df.png


KUALA LUMPUR: Perbicaraan kes pengubahan wang haram RM9.5 juta dan membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah ditetapkan pada Mac tahun depan.


Hakim Collin Lawrence Sequerah menetapkan 16 hari bermula Mac 2020 untuk perbicaraan kes selepas membenarkan permohonan peguam bela Farhan Read untuk melapangkan perbicaraan pada tarikh ditetapkan sebelum ini.

Tarikh baharu yang ditetapkan ialah pada 9 Mac hingga 13 Mac; 30 Mac hingga 2 April; 12 Mei hingga 14 Mei dan 18 hingga 21 Mei 2020.

Terdahulu, Farhan yang mewakili Muhammad Shafee memberitahu mahkamah anak guamnya perlu menghadiri perbicaraan SRC International Sdn Bhd kerana beliau adalah peguam utama kes membabitkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Tarikh pada Julai itu bertembung dengan tarikh bicara SRC. Buat masa ini (perbicaraan) SRC adalah keutamaan. Justeru kami mohon tarikh perbicaraan pada Julai dilapangkan,” katanya.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Afzainizam Abdul Aziz.

Collin menetapkan 30 Ogos depan untuk pengurusan kes.

Pada 13 September tahun lalu, Muhammad Shafee, 66, mengaku tidak bersalah membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada kegiatan haram melalui cek milik Najib yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya dan didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1) (a) Akta Cukai Pendapatan 1967 bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil kegiatan haram.


https://www.bharian.com.my/berita/k...-muhammad-shafee-abdullah-ditetap-tahun-depan

Pertuduhan terhadap Shafee untuk takutkan peguam

733342_720.jpg


KUALA LUMPUR 13 Sept.- Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa pertuduhan terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah hari ini boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakilinya di mahkamah.


Najib turut mendakwa pertuduhan terhadap Muhammad Shafee mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 merupakan satu tindakan untuk menafikan hak beliau mendapatkan perbicaraan yang adil.

"Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

"Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda," kata Najib dalam satu kenyataan di Facebook hari ini.

Najib mendakwa pemilihan masa bagi menuduh Muhammad Shafee mengejutkan kerana beliau masih tidak lagi diambil keterangan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan.

"Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah," kata Najib.

Muhammad Shafee merupakan peguam utama yang mengetuai barisan tujuh peguam bela yang mewakili Najib ketika bekas Presiden UMNO itu didakwa pada 4 Julai lalu atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi melibatkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC International Sdn. Bhd.

Muhammad Shafee juga mewakili Najib ketika didakwa pada 8 Ogos lalu atas tujuh pertuduhan termasuk tiga pertuduhan baharu iaitu didakwa menerima wang berjumlah RM42 juta hasil daripada aktiviti haram yang dikaitkan dengan dana syarikat SRC International, empat tahun.


http://www.utusan.com.my/berita/ter...-untuk-takutkan-peguam-1.746979#ixzz5QyS5hzbv

Belum dipanggil SPRM tapi sudah dakwa

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pendakwaan dalam tempoh yang singkat terhadap Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah begitu mengejutkan memandangkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) masih belum memanggil beliau.


Ini bermakna, katanya, siasatan ke atas peguam itu masih belum lengkap tetapi Muhammad Shafee telah dituduh di mahkamah.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, tempoh yang cepat diambil itu menimbulkan persoalan kerana dilakukan beberapa hari selepas Muhammad Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengarahkan beliau dilantik sebagai Ketua Pendakwa Raya dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Jelasnya, ia merupakan satu fakta yang masih tidak dinafikan oleh Mahathir dan pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan tersebut.

Hari ini, Muhammad Shafee didakwa dengan dua pertuduhan menerima wang hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada Najib.

Beliau juga dituduh dengan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Shafee mengaku tidak bersalah ke atas empat pertuduhan tersebut.

Najib juga mendakwa pertuduhan yang dikenakan terhadap peguam belanya itu sebagai satu tindakan untuk menafikan perbiacaraan yang adil ke atasnya.

Malah, ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakilinya di mahkamah.

Sebelum ini, kata Najib, hakim yang mengendalikan kesnya ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadapnya.

Pada 4 Julai lalu, Najib didakwa dengan tiga tuduhan pecah amanah jenayah dan satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan wang SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta di Mahkamah Sesyen.

Pada 8 Ogos lalu, Najib yang juga Ahli Parlimen Pekan didakwa lagi atas tiga pertuduhan di bawah Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Wang Haram (AMLA) 2001.

“Ini jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan Pakatan Harapan sebelum ini, di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwa raya ketika Tan Sri Shafee bertindak sebagai pendakwa raya dalam kes Anwar.

“Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwa raya,” katanya dalam kenyataan di sini.

Najib mempertahankan beliau menerima sumbangan politik dalam jumlah yang besar daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan Putera Arab Saudi yang mewakili Raja Abdullah.

Pendedahan itu dibuat Najib baru-baru ini bersama dokumen.

Tambahnya, wang daripada sumber itu dibayar untuk khidmat Muhammad Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili Barisan Nasional (BN) dan UMNO dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihan Raya ke-12 dan 13.

Ia membabitkan beberapa pemimpin BN termasuk Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi.

Tegasnya, peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan.

Najib berkata, membuat dakwaan terhadap Muhammad Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

“Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda.

“Penindasan terhadap Shafee juga boleh dianggap sebagai amat kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan.

“Lebih 12 pertuduhan lagi terhadap pemimpin politik Pakatan dan yang berkaitan dengan mereka turut digugurkan dalam tempoh beberapa bulan ini,” katanya. – MalaysiaGazette

xMGF07082018_SIDANG-DEWAN19-681x454.jpg.pagespeed.ic.1mnPRq6HP6.webp

Berikut kenyataan penuh Najib:

1. Pertuduhan AMLA terhadap teraju utama pasukan peguambela saya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah kerana menerima pembayaran bagi khidmat guaman dilaksanakan beliau adalah satu lagi tindakan untuk menafikan saya perbicaraan yang adil. Ia boleh dilihat sebagai satu langkah untuk menakutkan atau menghalang beliau dan peguam lain daripada mewakili saya di mahkamah.

2. Sebelum ini, hakim bagi kes saya telah ditukar secara tiba-tiba manakala Jabatan Peguam Negara (AGC) pula melantik dua peguam luar bagi mengetuai kes pendakwaan terhadap saya. Ini juga jelas bertentangan dengan pendirian dan bantahan PH sebelum ini di mana AGC tidak sepatutnya melantik peguam luar sebagai pendakwaraya ketika Tan Sri Shafee bertindak sebagai pendakwaraya dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini, AGC bukan sahaja melantik seorang, malah dua peguam luar untuk bertindak sebagai pendakwaraya.

3. Sebagaimana yang saya dedahkan sebelum ini melalui paparan beberapa dokumen, saya menerima sumbangan politik dalam jumlah yang agak besar secara terus kepada saya daripada Kementerian Kewangan Arab Saudi dan putera Arab Saudi yang bertindak mewakili Raja Abdullah.

4. Wang dari sumber ini yang dibayar untuk khidmat Tan Sri Shafee yang menjalankan tugas guaman mewakili parti dalam pelbagai kes selama bertahun-tahun termasuk petisyen pilihanraya bagi Pilihanraya ke-12 dan 13 bagi pemimpin BN lalu seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tan Sri Rafidah Aziz dan ramai lagi. Peguam berkhidmat dengan yuran dan mereka berhak menerima pembayaran atas khidmat yang sudah disempurnakan.

5. Membuat dakwaan terhadap Tan Sri Shafee kerana menerima pembayaran bagi khidmat guamannya adalah satu duluan (precedent) perundangan yang berbahaya buat semua peguam, ahli profesional dan perniagaan.

Tiada siapa akan selamat jika kerajaan memilih untuk menjadikan anda mangsa atau melakukan penindasan terhadap anda.

6. Cepatnya pendakwaan menindas terhadap Tan Sri Shafee ini juga mencetuskan persoalan kerana ia dilakukan beberapa hari selepas Tan Sri Shafee mendedahkan secara jelas bahawa Perdana Menteri hari ini yang mengarahkan beliau dilantik sebagai ketua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat DatukK Seri Anwar, satu fakta yang masih tidak dinafikan oleh Tun Mahathir, pembantu peribadinya yang mengatur pertemuan itu atau bekas Peguam Negara ketika itu.

7. Pemilihan masa bagi menuduh Tan Sri Shafee juga mengejutkan kerana saya masih tidak lagi diambil keterangan oleh SPRM ataupun berpeluang untuk memberi bukti dokumen-dokumen berkaitan kes ini. Ini bermakna siasatan masih lagi belum lengkap sebelum Tan Sri Shafee dituduh di mahkamah.

8. Penindasan terhadap Tan Sri Shafee juga boleh dianggap sebagai amat kontroversial pada ketika AGC baru menggugurkan dua pertuduhan rasuah terhadap Menteri Kewangan, di mana ia adalah satu kes yang sedang melalui perbicaraan dengan 20 orang saksi sudah memberi keterangan.

Pertuduhan ke atas TS Shafee Abdullah.

TS Shafee didakwa 4 pertuduhan terima RM9.5 juta
KUALA LUMPUR: Peguam terkemuka, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, 66, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas empat pertuduhan menerima wang RM9.5 juta daripada Datuk Seri Najib Razak hasil aktiviti pengubahan wang haram serta membuat penyata tidak betul kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Beliau memohon untuk dibicarakan selepas Pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azura Alwi.

Muhammad Shafee didakwa membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima hasil daripada aktiviti haram melalui cek milik Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke dalam akaun CIMB Bank Berhad miliknya.

Beliau didakwa menerima cek sebanyak RM4.3 juta pada 13 September 2013 dan RM5.2 juta pada 17 Februari 2014.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di CIMB Bank Berhad, J2 dan K1, Taman Tunku, Bukit Tunku.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA) yang membawa hukuman denda RM5 juta atau penjara lima tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Muhammad Shafee juga berhadapan dua pertuduhan membabitkan diri secara langsung dalam transaksi hasil daripada aktiviti haram iaitu dengan membuat penyata yang tidak betul dan bertentangan dengan perenggan 113(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967.

Ia bagi tahun kewangan berakhir pada 31 Disember 2013 dan 31 Disember 2014.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di LHDN cawangan Duta, Kompleks Pejabat Kerajaan, Jalan Tunku Abdul Halim pada 3 Mac 2015 dan pada 29 Jun 2015.

Bagi perbuatan itu, Muhammad Shafee berhadapan hukuman penjara maksimum 15 tahun dan denda tidak kurang dari lima kali ganda jumlah hasil aktiviti haram.

Mahkamah membenarkan Muhammad Shafee diikat jamin RM1 juta dengan jumlah jaminan RM500,000 dibayar hari ini manakala bakinya pada Selasa depan.

Mahkamah juga memerintahkan pasport milik Muhammad Shafee diserahkan kepada mahkamah sehingga kes selesai

Mahkamah menetapkan 2 Oktober ini untuk sebutan semula kes.


https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/09/473065/terkini-shafee-mengaku-tidak-bersalah-4-tuduhan

Last edited:
Sponsored Post

joee

CG Top Poster Club
Messages
40,697
Paid Membership
Joined
Oct 1, 2010
Messages
40,697
Reaction score
945
Points
161
ni berita terkejut pagi ni
 

d_conan

CG Top Poster Club
Messages
24,174
Joined
Aug 24, 2011
Messages
24,174
Reaction score
866
Points
161
wow... drama episod baru..
 

TT

CG Super Hardcore Club
Messages
161,755
Top Poster #4
Joined
Jan 13, 2009
Messages
161,755
Reaction score
22,053
Points
1,671
DmdkagFVAAAiU9Q.jpg

Anwar dedah ‘bukti’ Najib bayar RM9.5 juta kepada Shafee

PETALING JAYA: Seorang pegawai di Jabatan Peguam Negara (AGC) mengeluarkan satu afidavit mendakwa 2 cek bernilai RM9.5 juta dikeluarkan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak kepada Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, peguam yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan Anwar Ibrahim terhadap pensabitan liwat pada 2015.


Siti Rahayu Mohd Mumazaini, 34, berkata cek itu didepositkan ke akaun bank CIMB milik Shafee pada 13 September 2013 dan 17 Februari 2014.

“Maklumat ini diperolehi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setelah perintah bawah Seksyen 44(1) AMLA dikeluarkan untuk membekukan akaun Shafee di CIMB,” kata Siti Rahayu, merujuk kepada Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.

Afidavit itu dikeluarkan Anwar hari ini, dilampirkan bersama salinan penyata bank akaun Shafee dan gambar fotokopi 2 cek daripada Najib.

“Saya gesa pihak yang bertanggungjawab untuk menjaga institusi-institusi kita untuk mempertimbang langkah-langkah memperbetul keadaan agar rakyat Malaysia malah juga dunia yakin terhadap integriti sistem perundangan kita,” kata Anwar ketika mengeluarkan afidavit itu.

Anwar tahun lepas memfailkan tuntutan untuk menggugurkan pensabitan liwat, mengatakan dia tidak diberi perbicaraan yang adil, dan mengatakan ada bayaran sehingga RM9.5 juta yang didakwa daripada Najib.

Mahkaah Tinggi pada November tahun lepas membatalkan tuntutan itu, mengatakan Anwar tidak menunjukkan bukti yang menyokong dakwaannya.

Anwar berkata afidavit oleh Siti Rahayu ini membuktikan dakwaannya tentang pembayaran kepada Shafee itu.

“Saya percaya dalam Malaysia Baharu ini kita tidak boleh berkompromi dalam komitmen kita terhadap kedaulatan undang-undang dan mengembalikan kredibiliti institusi kehakiman serta para peguam. Salah guna kuasa seperti ini tidak patut dibenarkan berterusan, dan mesti ada pertanggungjawapan,” katanya.

Anwar diberi pengampunan diraja sebelu dibebebaskan dari penjara selepas kemenangan Pakatan Harapan pada pilihan raya Mei lalu.

Shafee sebelum ini menepis dakwaan tentang beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebagai “mengarut”.

“Saya tidak pernah dibayar RM9.5 juta untuk mendakwa kes Anwar,” katanya.

Anwar dalam tuntutannya tahun lepas berhujah keputusan terdahulu oleh Mahkamah Rayuan pada 2014, yang mendapati beliau bersalah meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, dilakukan secara tidak berperlembagaan.

Panel hakim Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015 mengekalkan keputusan Mahkamah Rayuan, dan menghantar Anwar ke penjara untuk menjalani hukuman 5 tahun.

Anwar hari ini berkata Shafee tidak patut dibenarkan mengetuai pasukan pendakwaan terhadapnya.

“Pelantikan seorang pendakwaraya bukanlah amalan biasa bagi peguam negara, dan lebih ganjil lagi bila yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib, yang terlibat secara material di dalam kes tersebut.

“Shafee juga menjadi saksi kejadian konspirasi terhadap saya yang berlaku di dalam kehadiran Najib, yang membuatkan kedua-dua pihak ini berkemungkinan menjadi saksi,” tambahnya. - MK

anwar_ibrahim_letter_bank_1_60918.jpg
Tun desak Najib lantik saya dakwa Anwar: Shafee

image.jpg


KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad didakwa telah mendesak bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak agar melantik Tan Sri Shafee Abdullah sebagai pendakwa raya khas dalam perbicaraan kes liwat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Shafee dalam satu kenyataan hari ini mendakwa, Najib sebenarnya tidak begitu berminat dengan idea pelantikannya itu.

“Sebab beliau (Najib) mahu jaga hati Peguam Negara ketika itu, Tan Sri Gani Patail. Malah beliau paling keberatan.

“Tapi Tun Mahathir beria mahu saya dilantik sebagai pendakwa raya khas dalam kes Anwar sebab beliau (Tun Mahathir) tidak yakin Pejabat Peguam Negara boleh menang.

“Mungkin sebab mereka telah kalah dalam kes liwat II di Mahkamah Tinggi sebelum itu. Mereka juga kalah sebelumnya di mahkamah Persekutuan dalam kes liwat I,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Menurut Shafee lagi, beliau telah dipanggil ke Yayasan Perdana di Putrajaya pada tahun 2013 untuk bertemu dengan Mahathir.

“Tun Mahathir beritahu saya sendiri Najib baru meninggalkan Yayasan Perdana selepas beliau berjaya memujuk Najib agar meyakinkan Peguam Negara melantik saya. Bagi kes itu.

“Matthias Chang (bekas setiausaha politik Tun Mahathir) kata pada saya, pelantikan saya ini salah satu daripada enam permintaan Tun Mahathir kepada Najib, kalau tak beliau akan menentang Najib,” katanya.

Pendedahan Shafee ini sebagai menafikan maklumat baharu daripada Pejabat Peguam Negara yang mendakwa beliau menerima RM9.5 juta daripada Najib sebelum perbicaraan kes liwat tersebut.

Kelmarin, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa sudah menerima afidavit mengesahkan dakwaan pembayaran dibuat kepada Shafee yang ditandatangani oleh pegawai Jabatan Peguam Negara.

Katanya, pelantikan seorang pendakwa raya bukanlah amalan biasa bagi Peguam Negara dan lebih ganjil lagi yang dilantik itu seorang kenalan rapat Najib.

Kata Anwar lagi, apabila Shafee menerima RM 9.5 juta dari akaun peribadi Najib sewaktu beliau bertugas sebagai pendakwa raya dalam rayuan kes, ia menghancurkan kredibilitinya sebagai seorang ejen Jabatan Peguam Negara yang tidak berat sebelah.


http://www.sinarharian.com.my/nasional/tun-mahathir-desak-najib-lantik-saya-shafee-1.877645
Shafee nafi terima RM9.5 juta

KUALA LUMPUR: Peguam Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah menafikan bahawa beliau menerima bayaran RM9.5 juta daripada akaun bank peribadi milik Datuk Seri Najib Razak.


Dalam kenyataannya, Muhammad Shafee berkata, terdapat dakwaan bahawa beliau menerima bayaran itu sebanyak dua kali iaitu RM4.3 juta dan RM5.2 juta melalui akaun AmIslamic Bank Berhad ketika Najib menjadi perdana menteri.

“Dua bayaran itu didakwa sebagai ganjaran untuk saya menjadi pendakwa raya dalam kes rayuan Liwat II membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

“Saya sudah menafikan tuduhan ini dan ia direkodkan dalam afidavit pada 3 Ogos 2017 dalam kes saman oleh Anwar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Saya masih mengekalkan pengakuan itu dan ia adalah benar,” katanya.

Muhammad Shafee mendakwa, bagi tujuan menjadi pendakwa dalam rayuan Liwat II itu, beliau mencadangkan kepada bekas Peguam Negara Tan Sri Gani Patail untuk melakukannya secara pro bono (tiada bayaran).

“Bagaimanapun Gani berkata perlu ada perjanjian dibuat antara Kerajaan Malaysia dengan saya. Saya mencadangkan RM1 sebagai bayaran untuk dipertimbangkan dan Gani pula mencadangkan RM1,000 diletakkan.

“Ini disebut dalam perjanjian bertarikh 19 Julai 2013 berhubung perlantikan saya sebagai pendakwa raya. Dokumen ini rahsia seperti yang diperuntukkan di dalamnya,” katanya.

Beliau berkata, Gani Patail dan Datuk Hanafiah Zakaria dari Jabatan Peguam Negara serta Najib mengetahui perjanjian ini bahawa secara dasarnya adalah pro bono (percuma).

“Untuk rekod, saya tidak pernah mengambil satu sen pun daripada Kerajaan Malaysia atau mana-mana pihak berhubung pembabitan saya dalam pendakwaan ketika rayuan.

“Saya tegaskan, sehingga hari ini RM1,000 itu juga tidak pernah dituntut dan ia boleh disahkan oleh Hanafiah sendiri,” katanya.

Berhubung perlantikannya, Muhammad Shafee mendakwa, Najib tidak berminat dengan idea melantiknya sebagai pendakwa melalui Fiat kerana tidak mahu menyinggung perasaan Gani.

“Malah Najib paling enggan berbuat demikian, bagaimanapun Tun Dr Mahathir Mohammad yang menegaskan mahu melantik saya sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan Anwar ini.

“Ini adalah kerana beliau (Dr Mahathir) tidak mempunyai keyakinan bahawa Jabatan Peguam Negara dapat mengendalikan rayuan secara cekap. Ini mungkin disebabkan Jabatan Peguam Negara pernah kalah dalam kes Liwat II di Mahkamah Tinggi serta di Mahkamah Persekutuan di dalam Liwat I,” katanya.

Muhammad Shafee berkata beliau dipanggil pada atau sekitar Jun atau Julai 2013 oleh Dr Mahathir melalui peguam Matthias Chang untuk menghadiri pertemuan di Yayasan Perdana, Putrajaya.

“Kemudian baru saya mengetahui bahawa Najib juga ada dijemput lebih awal untuk bertemu Dr Mahathir. Saya difahamkan bahawa beliau (Dr Mahathir) berjaya memujuk Najib untuk meyakinkan Gani melantik saya dengan cara Fiat sebagai pendakwa raya khas dalam rayuan itu.

“Saya diberitahu berhubung perkara ini selepas Najib meninggalkan Yayasan Perdana oleh Dr Mahathir sendiri. Saya juga dimaklumkan Matthias bahawa perlantikan saya adalah salah satu daripada enam permintaan Dr Mahathir dan jika ia tidak ditunaikan beliau (Dr Mahathir) akan menentang Najib,” katanya.

Menurutnya dalam tempoh beberapa hari, beliau dihubungi oleh pejabat Dr Mahathir dan pejabat Perdana Menteri ketika itu supaya menemui Gani memandangkan semua sudah bersetuju dengan perlantikannya itu.

“Saya bertemu Gani dengan kehadiran Hanafiah. Perjanjian bertulis dibuat berhubung perlantikan saya. Perjanjian bertulis ini diketahui setiap individu yang mengambil bahagian dalam proses membuat keputusan ini.

“Oleh itu tiada ada sebarang salah faham bahawa saya harus dibayar bayaran melebihi atau di bawah RM1,000,” katanya.

Muhammad Shafee berkata beliau berkhidmat untuk UMNO, Barisan Nasional (BN) dan perdana menteri terdahulu daripada Dr Mahathir, Datuk Seri Abdullah Badawi serta Najib.

“Ketika itu saya mewakili UMNO, BN dan kadang kala parti lain iaitu MIC dan MCA atau Gerakan. Kes yang ditugaskan kepada saya dan firma saya adalah membabitkan petisyen pilihan raya dan litigasi serius membabitkan UMNO dan BN.

“Saya masih ingat ada secara peribadi menyampaikan pendapat undang-undang yang tidak terkira berapa kali dan apabila diperlukan oleh UMNO, BN atau mana-mana parti komponennya.

“Saya memberikan bantuan ini kepada UMNO sejak awal 90-an sehingga sekarang tetapi saya tidak pernah menjadi ahli UMNO atau mana-mana parti politik lain,” katanya.

Muhammad Shafee mendakwa hubungannya dengan UMNO dan BN dan kerajaan di bawah BN adalah semata-mata sebagai peguam dan tidak lebih.

“Banyak bil membabitkan kerja saya tidak dituntut iaitu sejak zaman Dr Mahathir menjadi perdana menteri (sebelum ini), terutama dalam tempoh Datuk Mohamed Rahmat adalah Setiausaha Agung UMNO dan BN.

“Banyak fail yang dibuka, bagaimanapun semua kerja itu belum menerima sebarang bayaran kerana UMNO sentiasa berjanji kepada saya dan firma saya bahawa pembayaran itu akan dibuat kemudian,” katanya.

Menurutnya, sekitar September 2013, beliau berkesempatan bertemu Najib di pejabat Perdana Menteri dan ada membangkitkan berhubung bayaran itu.

“Ketika itu saya memerlukan wang untuk membeli hartanah dengan seorang sahabat yang perlu dengan segera menjualnya untuk membolehkannya membeli hartanah baru untuk keluarganya.

“Barulah Najib mengetahui buat pertama kalinya bahawa saya tidak pernah dibayar oleh UMNO untuk semua kerja sejak dari zaman Dr Mahathir.

“Beliau bertanya kepada saya berhubung bayaran terkumpul sejak awal 1990 dan saya memaklumkan bahawa ia dalam lingkungan RM20 juta,” katanya.

Muhammad Shafee mendakwa beliau tidak memerlukan jumlah penuh itu dibayar sebaliknya gembira jika Najib dapat membayar RM11 juta bagi kerja perundangan membabitkan 46 petisyen pilihan raya yang dibuatnya.

“Najib sebaliknya bersetuju untuk membayar RM9.5 juta sebagai penyelesaian dan meminta kertas kerja dibuat. Saya bersetuju dengan perkara itu. Najib boleh mengesahkan berhubung alasan pembayaran RM9.5 juta itu dibuat kepada saya.

“Saya tegaskan di sini bahawa ketika itu saya difahamkan Najib adalah orang yang bertanggungjawab untuk menguruskan dana parti dan ia adalah amalan biasa. Saya pada masa itu sama sekali tidak mengetahui sumber pembayaran kepada saya oleh Najib,” katanya.

Menurutnya, kira-kira setahun lalu, beliau sudah menerangkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung bayaran RM9.5 juta itu.

“Bayaran itu menjadi isu kerana 1Malaysia Development Berhad (1MDB), saya membawa dokumen berhubung pembayaran itu.

“Tiga minggu lalu, saya turut memberi kenyataan lanjut kepada SPRM (kepada pegawai siasatan yang berlainan) berhubung isu yang sama, dan saya juga membuat permintaan untuk berjumpa pada Selasa atau Rabu ini.

“Saya membuat keterangan di SPRM selepas mereka membekukan akaun CIMB Bank milik saya yang menerima bayaran RM9.5 juta. Pembekuan itu dibuat tanpa sebarang pemberitahuan kepada saya,” katanya.

Beliau menyatakan kebimbangan berhubung perkembangan terbaru iaitu afidavit yang diikrarkan oleh Siti Rahayu Mohd Mumazaini yang sebelum ini adalah peguam dan kini berkhidmat di Pejabat Peguam Negara.

“Saya bimbang tindakan itu disengajakan dan membenarkan orang lain seperti Anwar mengambil kesempatan daripada keadaan ini serta menyalahgunakannya terhadap saya.

“Saya takut ia adalah untuk meletakkan tekanan terhadap Pejabat Peguam Negara untuk mengambil tindakan terhadap saya. Saya bimbang bahawa Pejabat Peguam Negara sedang dieksploitasi untuk menjadikan saya mangsa dan menghalang saya mempertahankan Najib dalam kesnya,” katanya.


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/09/471465/muhammad-shafee-nafi-terima-rm95-juta
 

marvelous

Legendary Member
Messages
17,049
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,049
Reaction score
2,964
Points
201
9.5 juta....

hehehehhe....

tu dia...kalo confirm...jgn biar kan

di dakwa bawah AMLA.....

habis lah kena sita semua
 

later_on82

Active+ Member
Messages
3,185
Joined
Oct 6, 2010
Messages
3,185
Reaction score
61
Points
30
secara teorinya memang nilai rm9.5 Juta tu dibayar utk khidmat Shafee ke? terlalu mahal?
 

dme30

Super Active Member
Messages
6,454
Joined
Sep 5, 2008
Messages
6,454
Reaction score
88
Points
70
Woww..dh takut ke nak lawan peguam hebat najib ni smpi nk dakwa2..
Hahaha..lps ni tommy blh la take over semula kes 1mdb sbb ts shafiee dh kena dakwa.
Nampak dh permainan celake atok kutty.
 

dausbiz

CG Hardcore Club
Messages
52,453
Paid Membership
Joined
Apr 27, 2015
Messages
52,453
Reaction score
1,783
Points
596
shafee_abdullah_20170609_tmihasnoor_05__full.jpg

Dm7wySsUUAEZNNU.jpg


PEGUAM kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, Tan Sri Shafee Abdullah dijangka didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, hari ini terhadap empat pertuduhan pengubahan wang haram.

Menurut sumber, beliau ditahan di sekitar Kuala Lumpur, awal pagi ini.

“Beliau didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001. (AMLATFPUAA),” kata sumber berkenaan.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/09/376724/peguam-najib-ditahan

Pergh revenge of anwar wow
 
Sponsored Post
Top
Log in Register