TS Muhyiddin Yassin PM Malaysia Ke-8

CG Sponsors




TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,088
Reaction score
20,953
Points
1,661
Muhyiddin hadir sidang DUN Johor

0324531123d630a391f7c286e43d3bb7.jpg


Muhyiddin Yassin hari ini menghadiri pembukaan rasmi bagi penggal ketiga Dewan Undangan Negeri Johor (DUN) ke-14, di Bangunan Sultan Ismail, Kota Iskandar, di Iskandar Putri.


Ia sekali gus mencatat sejarah buat DUN Johor apabila Muhyiddin yang juga Adun Gambir, pertama kalinya hadir sebagai perdana menteri.

Pembukaan penggal ketiga DUN Johor terbabit dirasmikan Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

Muhyiddin yang juga presiden Bersatu mengangkat sumpah sebagai perdana menteri kelapan pada 1 Mac lepas susulan krisis kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang menyaksikan Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan sebagai perdana menteri sebelum itu dan Bersatu keluar daripada PH.

Terdahulu, Muhyiddin tiba kira-kira 8.30 pagi di Bangunan Sultan Ismail dan disambut Menteri Besar Johor Hasni Mohamad.

Pada Pilihan Raya ke-14 (PRU-14) lalu, selain kerusi Parlimen Pagoh, Muhyiddin bertanding di DUN Gambir dengan mengalahkan calon Barisan Nasional (BN) M Asojan dan calon PAS Mahfodz Mohamed.

Beliau yang juga ahli parlimen Pagoh sebelum ini hadir di persidangan DUN Johor mewakili kerajaan Pakatan Harapan (PH) dengan jawatan menteri dalam negeri.

Muhyiddin pernah menjadi Menteri Besar Johor selama sembilan tahun pada 1986 hingga 1995.

 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,763
Reaction score
11,163
Points
2,376
FB_IMG_1589505241706.jpg

Seluruh warga Kementerian Pertahanan mengucapkan Selamat Ulang Tahun Kelahiran kepada YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri Malaysia. Semoga dilanjutkan usia, diberi kebahagiaan, kesihatan yang baik dan diberkati serta dirahmati Allah dunia dan akhirat.

#MindefMalaysia
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster Of Month
Joined
Mar 15, 2010
Messages
276,763
Reaction score
11,163
Points
2,376
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terima kasih atas segala ucapan selamat dan doa sempena hari lahir saya pada hari ini.

Alhamdulillah, Allah SWT kurniakan saya umur panjang dan kini sudah mencecah 73 tahun.

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya saya kecapi hidup, dan diberi kesempatan untuk menikmati segala limpah rahmat-Nya bersama keluarga tercinta, sanak-saudara, rakan taulan dan seluruh rakyat Malaysia.

Semoga Allah SWT memakbulkan dan memperkenan segala doa kita semua agar dilindungi daripada wabak Covid-19 serta memberi kekuatan, kecekalan dan kesabaran kepada kita semua untuk menghadapi dugaan mencabar ini.

Mudah-mudahan Allah SWT permudahkan perjuangan kita semua dalam mencari keredhaan-Nya.

Di kesempatan ini, saya ingin merakamkan berbanyak terima kasih kepada saudara-saudari yang telah mengucapkan selamat hari lahir dan mendoakan kesejahteraan saya. Tidak mungkin dapat saya jawab satu persatu. Sekali lagi terima kasih.

Saya juga mendoakan agar saudara-saudari diberikan kesejahteraan serta menikmati kesenangan hidup di dunia dan di akhirat.

Semoga negara yang kita cintai ini dan rakyatnya yang berbilang kaum akan sentiasa dapat hidup dalam harmoni, bersatu-padu dan sayang-menyayangi.

 

TT

CG Super Hardcore Club
Joined
Jan 13, 2009
Messages
152,088
Reaction score
20,953
Points
1,661
hepi birthday tan sri
 
Sponsored Post
Top
Log in Register