TS Muhyiddin Yassin PM Malaysia Ke-8

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,938
Reaction score
9,728
Points
1,746



Astro AWANI
4 jam ·
"Ok Azmin, jangan fikir lama lama. Umum sahaja yang kamu bersedia untuk tidak disenaraikan." - Puad Zarkashi
#AWANInews #AWANI745



Azmin digesa ikut langkah Zahid Hamidi - Puad Zarkashi
Astro Awani |
Diterbitkan pada
Mac 09, 2020 00:25 MYT

Facebook Twitter Email

Azmin digesa ikut langkah Zahid Hamidi - Puad Zarkashi

Azmin Ali digesa untuk mengikut jejak langkah Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu menyertai Kabinet kerajaan Perikatan Nasional, kata Puad Zarkashi. - Gambar fail

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Mohamed Azmin Ali digesa untuk mengikut jejak langkah Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak mahu menyertai Kabinet kerajaan Perikatan Nasional.

Gesaan itu dibuat Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi yang merujuk bekas Timbalan Presiden PKR itu dengan kontroversi rakaman video intim yang pernah dikaitkan dengan Azmin tidak lama dulu.

"Datuk Zahid sudah buat pengumuman, dia tidak mahu dilantik dalam kabinet baru TS Muhyiddin. Walaupun prinsipnya, seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh Mahkamah.

"Zahid tahu kes beliau akan dijadikan isu. Justeru, bila Azmin mahu buat pengumuman sama?" kata Puad dalam hantaran di Facebook peribadinya pada Ahad malam.


Dalam hantaran itu, Puad turut menasihatkan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin agar meletakkan integriti di kedudukan teratas dalam memilih barisan jemaah menteri.

"Muhyiddin tidak boleh selektif dalam mempertahankan integriti. Mereka yang melompat parti juga tidak ada intergriti. Mereka tidak patut dilantik dalam Kabinet baru Muhyiddin," kata beliau.


Kepada Azmin pula, ini nasihat Puad: "Ok Azmin, jangan fikir lama lama. Umum sahaja yang kamu bersedia untuk tidak disenaraikan."

Muhyiddin yang mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri kelapan pada 1 Mac lalu berikrar untuk melantik pemimpin berintegriti ke dalam Kabinetnya yang dijangka diumumkan pada Selasa ini.

Dalam perkembangan sama, Ahmad Zahid pula membuat kenyataan terbuka meminta Perdana Menteri tidak melantiknya menganggotai jemaah menteri.




DrPuad Zarkashi
7 jam ·

BILA AZMIN NAK UMUM

Datuk Zahid sudah buat pengumuman, dia tidak mahu dilantik dalam kabinet baru Ts Muhyiddin. Walaupun prinsipnya, seseorang itu tidak bersalah sebelum dibuktikan bersalah oleh Mahkamah. Zahid tahu kes beliau akan dijadikan isu. Justeru, bila Azmin mahu buat pengumuman sama. Dia dikaitkan dengan video kontroversi di Sandakan. Anwar beritahu Zuraida video itu tulin. Muhyiddin tidak boleh selektif dalam mempertahankan integriti. Mereka yang melompat parti juga tidak ada intergriti. Mereka tidak patut dilantik dalam Kabinet baru Muhyiddin. Ok Azmin, jangan fikir lama lama. Umum sahaja yang kamu bersedia untuk tidak disenaraikan.


 
Sponsored Post

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,755
Reaction score
1,869
Points
201
Azmin tak nak jawatan?

:ROFLMAO:

Sahabat karib dia gila2 nak jadi PM.

Korang rasa?
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,938
Reaction score
9,728
Points
1,746



Harian Metro
1 min ·
#KualaLumpur Difahamkan, nama Jemaah Menteri akan diumumkan seawal-awalnya hari ini ataupun esok. http://bit.ly/39yU5dL



Bentuk 25 kementerian






SEKURANG-kurangnya 25 kementerian akan dibentuk atau dikekalkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi memulakan pentadbiran baharu kerajaan Perikatan Nasional (PN) dijangka minggu ini.
Difahamkan, nama Jemaah Menteri akan diumumkan seawal-awalnya hari ini ataupun esok.

Selepas seminggu kemelut politik berakhir dengan Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan Ahad lalu, rakyat tertunggu-tunggu jemaah Kabinet baharu yang bakal dilantik.

Setakat ini, ada cakap-cakap memaklumkan semua parti gabungan sudah menghantar nama calon masing-masing untuk mengisi jawatan menteri dan timbalan menteri kepada Muhyiddin untuk pertimbangan.
Namun begitu, Muhyiddin dijangka mengekalkan portfolio kementerian yang ada termasuk tiga di Jabatan Perdana Menteri iaitu Agama, Undang-Undang dan Perpaduan.

Pemerhati politik berpendapat, jumlah berkenaan juga sudah mencukupi untuk membentuk Kabinet lengkap memandangkan berlaku beberapa pertindihan tugas di dalam Kabinet terdahulu seperti Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kewangan.

Pensyarah Kanan Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (UM) Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi berkata, ada kemungkinan Kabinet yang bakal dibentuk nanti akan mengekalkan beberapa kementerian asas sedia ada.

“Hanya ada beberapa persoalan mengenai apakah Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjaga hal ehwal pengajian tinggi seperti sebelum ini kerana ia dilihat seperti kurang sesuai.

“Begitu juga dengan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan Kementerian Industri Utama, kita tidak pasti apakah akan ada lagi kementerian ini nanti atau bagaimana. Tetapi dalam situasi sekarang, saiz kementerian saya kira tidak perlu ditambah kerana keadaan ekonomi yang belum begitu baik,” katanya.

Sementara itu, Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin turut berkongsi pendangan dengan Perdana Menteri mengenai keinginan rakyat kepada kerajaan yang dianggotai menteri yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan memperbodohkan mereka.

Berkongsi pengalaman itu di Facebook, beliau berkata, apa yang menggembirakan ialah beliau dimaklumkan Perdana Menteri bahawa senarai anggota Kabinet nanti terdiri daripada mereka yang melepasi tapisan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis.

Katanya, dia bersama rakyat yang lain menanti berita baik dan menyokong kerajaan yang baik demi kepentingan agama dan negara.

“Saya bersama rakyat marhain yang lain, bersedia menyokong, mendokong dan membantu. Demikian, saya juga bersedia untuk mengkritik kerajaan jika hal sebaliknya berlaku,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 6:00 AM

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Jun 3, 2013
Messages
61,938
Reaction score
9,728
Points
1,746
Harian Metro
1 min ·
#KualaLumpur Mereka dipanggil untuk menghadiri perjumpaan itu membabitkan semua ahli parlimen parti yang membentuk PN.
http://bit.ly/2THZuII



PM jumpa ahli parlimen PN, GPS petang ini



KERETA membawa Muhyiddin tiba di Istana Negara bagi mengadap Yang di-Pertuan Agong. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali



PERDANA Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadualkan mengadakan pertemuan bersama semua Ahli Parlimen daripada Perikatan Nasional (PN) dan Gabungan Parti Sarawak di Putrajaya 3 petang ini dipercayai berkaitan dengan pengumuman barisan kabinet.

Seorang ahli parlimen memberitahu Harian Metro, mereka dipanggil untuk menghadiri perjumpaan itu membabitkan semua ahli parlimen parti yang membentuk PN.

Katanya, butiran pertemuan masih belum diketahui namun ia dipercayai untuk menerangkan pelantikan anggota kabinet.

“Kami semua diminta hadir ke Dewan Bankuet Seri Perdana. Tan Sri Muhyiddin dijangka memberikan amanat kepada semua ahli parlimen,” katanya ketika ditemui, hari ini.
Perdana Menteri menghadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah 11 pagi hari ini untuk mempersembahkan senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Dalam satu kenyataan, pejabat Perdana Menteri berkata, setelah mendapat perkenan baginda, Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada 5 petang di Pejabat Perdana Menteri, Putrajaya.


Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 9 Mac 2020 @ 11:44 AM

 

achok

Legendary Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
14,645
Reaction score
286
Points
141
no way no chance. no place for pakZahid in cabinet ministry list
jangan amalkan apa yg dah diamalkan dlm kerajaan PH, nanti tetiba kes pakZhid tgh jalan tetiba digugurkan..
jangan ikut stail kerajaan PH dlm hal ni




JUMPA KAT MAHKAMAH
1 jam ·
Innocent until proven guilty. Kami tidak nampak sebarang masalah jika Zahid Hamidi dilantik ke kabinet. Bekas Menteri Lim Guan Eng juga berdepan kes Mahkamah semasa beliau berada dalam kabinet.

umno ni masih syok sendiri, igt dorang naik sbb popular dimata rakyat ke?
:ROFLMAO:
ini la peluang nak raih kepercayaan rakyat.
klu masih dgn peel lama, mmg bungkus jugak next pru.
 

pemain

Active Member
Joined
Jul 10, 2008
Messages
2,282
Reaction score
328
Points
51
umno ni masih syok sendiri, igt dorang naik sbb popular dimata rakyat ke?
:ROFLMAO:
ini la peluang nak raih kepercayaan rakyat.
klu masih dgn peel lama, mmg bungkus jugak next pru.
Pru 15 nnti undi berdasarkan kepada calon lah bukan kepada parti.

Kalo calon lompat pun tk mengapa begitu haha
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,755
Reaction score
1,869
Points
201
Kita tengok PN ni belajar dari kesilapan tak.

Cerdik ke tak cerdik.
 

Fayafa

Active Member
Joined
May 21, 2017
Messages
1,217
Reaction score
301
Points
41


Aznan Hasan

32 min ·


Agaknya UMNO ini belum puas menjadi pembangkang. Tidakkah mereka mendengar dan memerhati sentimen rakyat? Masih sibuk dengan jawatan. Sedarlah, rakyat mahukan kalian kembali bukan kerana mereka terlalu percaya pada kalian. Rakyat merasakan cengkaman kiasu, DAP dan kuncu-kuncunya terlalu kuat kepada kerajaan lalu. Rakyat merasakan bahawa jika kerajaan lalu terus berkuasa, umat Islam dan bangsa Melayu akan terus terpinggir di Negara ini. Lalu mereka bersedia untuk memberi satu lagi peluang kepada kalian, dengan harapan kalian sedar kesilapan lalu.

Tidak sedarkah kalian, rakyat masih belum dapat melupakan perlakuan rasuah yang berlaku pada zaman kalian. Kami tidak pernah menuduh mereka yang sedang didakwa sebagai bersalah. Kami sedar prinsip undang-undang tersebut. Kami bukannya bodoh. Tapi, tidak bolehkah kalian bersikap berhati-hati dan berhemah di dalam perlantikan kali kedua ini, dengan paling kurang memastikan mereka yang akan dilantik tidak dalam situasi masih didakwa di mahkamah. Apakah terlalu payah untuk melakukan perkara tersebut. Masih sibuk dengan "warlords" yang memegang tembolok dan perut kalian.

Jangan sampai rakyat merasa sekali lagi meluat dan meyampah dengan kalian. Jika itu berlaku untuk kali kedua, percayalah kepercayaan untuk memberi peliang seterusnya mungkin tidak berlaku lagi. Rakyat akan mencampak kalian sedalam-dalamnya ke dalam lipatan sejarah dan kalian tidak akan mampu untuk bangun lagi. Umat Islam tidak akan terjatuh ke lubang biawak dua kali.

Sedarlah. Dengarlah isi hati rakyat.

Dari saya,
Salah seorang rakyat.


View attachment 218643

xsedaq2 lg sesetengah pemimpin dlm umno ni..ni peluang utk tunjuk mana 1 pemimpin jiwa bsq & mana 1 pemimpin nk "poket bsq"..presiden party,they come&they go but party stays..dlm umno pun bkn rakyat xtau ada "daulah pendam" jgk..xblajaq dr pkr&ppbm lg ka?
 
Sponsored Post
Top
Log in Register