BTC USD 28,025.4 Gold USD 1,968.11
Time now: Jun 1, 12:00 AM

TS Annuar Musa dipecat dari UMNO

Panji hitam putih

Active+ Member
gem
Messages
4,990
Joined
Nov 6, 2016
Messages
4,990
Reaction score
1,413
Points
111
Ada sebuah keluarga ni.

Kedua-dua orang tua tiada di rumah.

Tetapi rumah ada sedikit renovation perlu dibuat.

Ketika itu abang yang sulung sebagai ketua dengan ahli-ahli keluarga tengah meeting.

Macam-macam bagi pendapat tetapi keluarga semua tahu, kita kena settle dulu apa yang perlu buat.

Bagi rumah ok dulu.

Siapa nak tidur bilik satu, bilik dua, tidur kat ruang tamu, itu nanti.

Tetapi ada seorang ni berpakat dengan beberapa sepupu-sepupu yang sewaktu dengan dia pula buat hal.

Hari-hari main bunga api. Bising.

Tak tolong tak apa. Tetapi buat bising hari-hari.

Ada satu hari jerit kuat-kuat "Api, api!"

Tengok-tengok dia yang syok main dengan api, nak nyala meriam buluh kat pintu rumah dengan sepupu-sepupu.

Apa lagi, terbakar la rumah tu.

Keluarga yang tengah berbincang tu pun keluar nak padamkan api, nak pastikan api tak merebak, usaha lagi nak tambah baik rumah.

Dalam rumah ada perkara-perkara yang perlu settle, pintu rumah pun perlu settle sekarang.

Masa keluarga usaha sendiri tampal tampal simen, repair bumbung, cat rumah baru, dia pula cari ejen jualkan rumah kita.

Berpuluh juta sanggup dia ambil, jual tanah pusaka yang kononnya disayangi dan didiami lama.

Last-last buat cerita sedih, hanya mampu tengok rumah dari luar pagar sahaja ketika ni.
 
Sponsored Post

akecema

CG Top Poster Club
gem
Messages
29,547
Paid Membership
Joined
Jan 26, 2007
Messages
29,547
Reaction score
5,222
Points
486
Awards
1
alaaa nak bayangkan mcmana tu tn akecema

ajarlah saya wahai tn akecema bagaimana nak bayangkan,
saya budak baru belajar :D
Bayangkan la
Pru nnt HaNat menang 2/3
Zahid jadi pm
Then kite kawin meraikan kemenangan zahid
Happily ever after
 

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
401,162
Paid Membership
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
401,162
Reaction score
27,548
Points
2,836
Awards
2
Betul bang, teman pun belum tentu lepas...kena deme letak 10juta depan mata...ngetor juge🤣🤣🤣🤣

Atee
Usah kata 10 juta
Letak 100 ribu tunai depan mata pun belum tentu tak ngetor yop 😄
 

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
Tidak dinafikan Umno dalam kemelut. Ada kem presiden dan macam-macam kem. Pemecatan Annuar Musa sekadar menunjukkan situasi Umno masa kini. Persoalannya adakah krisis serius atau tidak?


Umno apa khabar?​





December 10, 2022 9:00 AM


Mohsin-Abdullah.jpg




Tidak memeranjatkan apabila Umno pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam 8 Dis lalu memecat Annuar Musa, bekas setiausaha agungnya. Malah dijangka berdasarkan “tingkah laku, tindak-tanduk” Annuar, orang Umno pro-Bersatu sejak sekian lama yang umum tahu. Lantas tidak perlu dihurai.

Turut dipecat ketua Wanita Arau dan ketua Wanita Maran. Kata ahli MKT Johan Abdul Aziz ketiga-tiga pemecatan tidak dipertikaikan semua ahli MKT. Mesyuarat dipengerusikan presiden parti Ahmad Zahid Hamidi berjalan baik dalam situasi “harmoni”, kata Johan.

Tidaklah saya tahu sama ada beliau menjawab pertanyaan wartawan atau terpanggil dengan sendiri untuk memberitahu khalayak mesyuarat berlangsung dalam “keadaan harmoni” yang seakan menggambarkan ada pihak yang menuduh atau menganggap mesyuarat diadakan dalam keadaan sebaliknya.




Apa pun sebelum mesyuarat diadakan yakni pada tengah hari 8 Dis seorang lagi ahli MKT Puad Zarkashi berkata menerusi hantaran di Facebook, partinya mesti menjadi “pendorong semak dan imbang” kepada kerajaan walaupun ramai ahli MKT menjadi anggota Jemaah Menteri.

Mesyuarat MKT Khamis lalu ialah yang pertama sejak enam pemimpinnya dilantik menjadi menteri dalam Jemaah Menteri Anwar Ibrahim, satu pertemuan yang pada hemat saya amat penting untuk Umno mengkaji apa telah dilakukan sejak duduk dalam kerajaan dan merangka langkah seterusnya.

Namun, ada yang tidak hadir termasuk Ismail Sabri Yaakob, bekas perdana menteri yang juga naib presiden Umno. Bagaimanapun beliau dikatakan mempunyai sebab (yang diterima MKT) untuk tidak hadir.

Kata Puad, Umno mahu kerajaan antaranya menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) terhadap bekas peguam negara Tommy Thomas, RCI berhubung Tabung Haji serta segerakan pendakwaan terhadap hakim Mohd Nazlan Ghazali juga Zeti Akhtar Aziz di samping “perbicaraan yang adil untuk Najib Razak”.


Adakah itu bermakna Zahid didesak melaksanakan tuntutan demikian? Tidak dipastikan sama ada itu semua dibincangkan pada mesyuarat Khamis lalu. Bagaimanapun Rosmah Mansor, isteri Najib dilihat wartawan tiba di ibu pejabat Umno sebelum mesyuarat bermula.

Beliau tidak memegang apa-apa jawatan dalam parti. Difahamkan Rosmah datang untuk bertemu Zahid dan bukan menyertai mesyuarat MKT. Tidak ada informasi lanjut berhubung kehadirannya di ibu pejabat Umno malam itu.




Beberapa hari sebelum MKT bermesyuarat, setiausaha agung parti Ahmad Maslan mengumumkan Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang dijadual hujung bulan ini ditangguh hingga awal tahun depan iaitu 11 hingga 14 Jan 2023.
Penangguhan itu, kata Ahmad kerana tarikh asal PAU iaitu 21 hingga 24 Dis “adalah waktu cuti sekolah dan ramai perwakilan ingin bercuti hujung tahun ke merata tempat”.

Tidak mahu saya persoalkan keputusan Umno. Cuma berasa pelik kerana PAU sebelum ini sering diadakan pada musim cuti sekolah. Perwakilan Umno luar Kuala Lumpur memanfaatkan keadaan dengan membawa keluarga mereka bercuti di ibu kota. Hanya perwakilan Kuala Lumpur tidak dapat bercuti di luar kota bersama keluarga waktu itu.

Tidak dinafikan Umno dalam kemelut. Ada kem presiden dan macam-macam kem. Pemecatan Annuar sekadar menunjukkan situasi Umno masa kini. Persoalannya adakah krisis serius atau tidak? Adakah penangguhan PAU untuk meredakan keadaan akibat kemelut dalaman termasuk keresahan sesetengah pihak dalam Umno berhubung pembabitan parti dalam kerajaan perpaduan?

Beberapa penganalisis politik “tidak yakin” PAU akan menjadi panas walaupun jika diadakan Disember ini. Begitu juga apabila ia dilangsungkan Januari depan.

Pun begitu pemilihan Umno mesti diadakan enam bulan selepas pilihan raya umum diadakan. Ini mengikut perlembagaan parti yang dipinda beberapa bulan lalu. Ertinya mengambil kira tarikh PRU15 lalu pemilihan Umno mesti diadakan selewat-lewatnya Mei tahun depan. Persoalan yang kerap ditanya – adakah Zahid akan dicabar?

Dalam Umno ada kumpulan tertentu yang menyalahkan Zahid berikutan prestasi buruk parti pada PRU15 lalu.

Kata mereka strategi Zahid silap dan salah. Tidak perlu saya huraikan apa strategi itu. Sekadar menegaskan Umno keseluruhannya (termasuk yang sekarang menyalahkan Zahid) bersetuju dan menyokong sebulat suara malah bersamanya memaksa PRU15 diadakan segera tanpa mengambil kira segala macam masalah termasuk keadaan cuaca.

Bagaimanapun, jika ditanya sebaik saja PRU15 selesai adakah Zahid akan dicabar pada pemilihan parti tahun depan, jawapannya tentunya ya. Apatah lagi ada pihak luar Umno yang mendakwa kononnya si anu dan si polan dalam Umno sedang merancang menjatuhkan Zahid.

Tetapi kemungkinan Zahid dicabar sekarang agak samar selepas beliau dilantik timbalan perdana menteri serta memegang portfolio menteri kemajuan desa dan wilayah. Jawatan TPM diiringi kuasa. Selaku menteri kemajuan desa dan wilayah pula akan membolehkan Zahid membawa pelbagai projek ke kawasan majoriti Melayu dalam usaha mengembalikan sokongan masyarakat Melayu khususnya luar bandar kepada Umno. Di samping memperkukuhkan “pangkalan sendiri”.

“Kabinet telah dibentuk dan anggota kem Zahid berada di dalamnya. Bermakna penguasaan Zahid dalam Umno masih kuat dan membawa semua itu sebagai ‘competitive edge’ kepada mana-mana pihak yang bercita-cita mencabarnya dalam Umno,” kata Mujibu Abd Muis daripada Ilham Centre.

Persoalan paling penting kata Mujibu ialah siapa yang mampu menyatukan kem-kem berbeza dalam Umno untuk melawan Zahid dan “bolehkan ketua-ketua bahagian ditarik untuk melawan Zahid dengan beliau sebagai TPM dan menteri mampu menawarkan penaungan kepada mereka berbanding menyokong kem yang tak punya apa-apa untuk ditawarkan”.

Kesimpulannya, apa yang beliau katakan ialah jawatan Jemaah Menteri membawa kelebihan. Banyak “advantage” sebenarnya. Wallahualam.
 
Last edited:

cek mek molek

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
128,469
Paid Membership
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
128,469
Reaction score
21,989
Points
2,866
Awards
1
Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim lebih rela dipecat daripada digantung tidak bertali bagi memudahkannya memilih perjuangan parti politik baharu yang diterima rakyat.
https://www.utusan.com.my/.../fatimah-rela-dipecat.../

Fatimah rela dipecat, Shamsiah yakin tak bersalah​

PHG-Fatimah-rela-pecat-pixlead-copy-re.png
Dari kiri: FATIMAH KASSIM, SHAMSIAH YASSIN dan ANNUAR MUSA

  • 10 Disember 2022, 7:45 am



MARAN: Bekas Ketua Wanita UMNO Bahagian Maran, Datin Seri Fatimah Kassim lebih rela dipecat daripada digantung tidak bertali bagi memudahkannya memilih perjuangan parti politik baharu yang diterima rakyat.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Fatimah berkata, beliau tiada masalah dipecat berikutan berlakunya perubahan fitrah doktrin perjuangan politik peribadi dipengaruhi tsunami politik Melayu yang menolak UMNO sebagai parti dominan.

Bagaimanapun, katanya, sehingga kini beliau belum menerima sebarang surat pemecatan daripada UMNO dan hanya mengetahui perkara tersebut daripada laporan media.

“Saya tidak menyesali apa yang berlaku dalam penghijrahan perjuangan politik ini kerana terbukti ia adalah pilihan terbaik dalam mempertahan kedudukan agama, bangsa dan negara,” katanya di sini semalam.

Beliau merupakan antara tiga pemimpin UMNO yang dipecat oleh parti itu selain Ketua UMNO Bahagian Ketereh, Tan Sri Annuar Musa dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shamsiah Yassin.

Fatimah merupakan isteri kepada penyandang kerusi Parlimen Maran, Datuk Seri Dr. Ismail Abd. Muttalib yang bertanding atas tiket Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) baru-baru ini manakala Shamsiah adalah isteri kepada bekas Ketua UMNO Bahagian Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga bertanding atas tiket PN.

Fatimah berkata, beliau kini semakin jatuh cinta kepada Pas dan majlis penyertaannya dalam parti itu akan diadakan tidak lama lagi.

Sementara itu, Shamsiah menyifatkan tindakan UMNO memecat beliau daripada parti itu sebagai tidak wajar kerana percaya beliau tidak membuat sebarang kesalahan kepada parti.

“Saya hanya menemani suami pada hari penamaan calon, bukan buat apa-apa pun. Perkara itu juga sudah dimaklumkan ketika dipanggil Lembaga Disiplin parti sebelum ini,” katanya.

Dalam pada itu, Shamsiah yang akan meneruskan kerja membantu rakyat seperti biasa mengingatkan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar tidak angkuh dengan memecat pemimpin sesuka hati. – UTUSAN
 

sir_hepi

Active Member
Messages
1,995
Joined
Nov 30, 2018
Messages
1,995
Reaction score
433
Points
51

Annuar Musa sah dipecat, sudah tiba masanya pemimpin UMNO tendang Zahid keluar atau keluar parti beramai-ramai​


RAGGIE-ANNUAR-MUSA-THE-THIRD-FORCE-scaled.jpg


“Apa gunanya berjuang untuk UMNO, sedangkan UMNO bukan hanya tersasar jauh dari landasan perjuangan asal, presidennya penipu dan memperlakukan pemimpin parti seolah-olah mereka ini hamba abdi yang wajib menurut segala telunjuknya, sekalipun telunjuk itu ke arah kebinasaan, kehinaan dan kemudaratan?”​


Annuar Musa sah dipecat dari UMNO.

Demikian menurut sumber-sumber saya, yang mengesahkan pemecatan itu dan ura-ura perbincangan usul “tidak harus cabar presiden UMNO” pada pemilihan parti.

Kesemua ini mengesahkan dakwaan saya sejak berbulan lalu bahawa Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan lakukan apa sahaja untuk kekalkan kedudukannya sebagai presiden UMNO, sekalipun perlu memecat mereka yang menegurnya secara ikhlas.

Sudah ramai dipecat dan digantung, dan ramai lagi dikatakan akan menjadi mangsa.

Pemecatan Annuar Musa disyaki bertujuan menakut-nakutkan ahli-ahli parlimen UMNO agar kesemuanya menyokong Anwar apabila undi percaya diusulkan pada 19hb ini.

Ianya juga disyaki bertujuan memastikan tidak ada yang berani menentang atau mencabar Zahid pada pemilihan UMNO, dijangka pada Febuari atau Mac tahun depan.

Saya difahamkan, ramai tidak hadir pada mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi kerana tidak berpuas hati dengan Zahid dan segala apa yang berlaku.

Sepatutnya, Zahid duduk di tangga teratas senarai pemimpin yang harus dipecat setelah mengenepikan ketetapan parti pada Perhimpunan Agung UMNO yang lalu.

Pada perhimpuan itu, UMNO memutuskan untuk tidak bekerjasama dengan Anwar dan DAP.
 
Sponsored Post

Top
Log in Register