BTC USD 117,793 Gold USD 3,355.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Trump Beri Bayangan Lanjutkan Tarikh Akhir TikTok

combat13

Super Active Member
Messages
7,171
Joined
Dec 18, 2007
Messages
7,171
Reaction score
224
Points
73
fa67d37b03156f26f84e80fe1f3c6d7a67ca7fbe63241

Model miniatur cetakan 3D PresidenAS Donald Trump dan logo TikTok dilihat dalam ilustrasi ini yang diambil pada 19 Januari 2025. REUTERS/Dado Ruvic/Ilustrasi

Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis berkata beliau "mungkin" akan melanjutkan tarikh akhir bagi penjualan aplikasi media sosial milik China, TikTok, lapor Anadolu Ajansi (AA).

“Kita masih mempunyai sekurang-kurangnya sebulan lagi, jadi kita tidak memerlukan lanjutan. Tetapi jika saya perlu melanjutkannya, saya mungkin akan berbuat demikian.

“Kita mempunyai banyak pihak yang berminat dengan TikTok. Dan China akan memainkan peranan, jadi diharapkan mereka akan meluluskan perjanjian itu, tetapi mereka tetap akan terlibat,” katanya kepada wartawan di Pejabat Oval.

Selepas mengangkat sumpah jawatan pada 20 Jan, Trump menandatangani perintah eksekutif bagi menangguhkan larangan aplikasi itu selama 75 hari.

Beliau kini berusaha mencari penyelesaian yang dapat melindungi keselamatan negara sambil mengekalkan platform yang digunakan oleh 170 juta rakyat Amerika.

Mahkamah Agung AS sebelum ini mengekalkan undang-undang yang mengharamkan TikTok kecuali syarikat induknya yang berpusat di China, ByteDance menjual aplikasi itu.

 
Back
Top
Log in Register